Friday, January 16, 2009

MY LIFE...PART..28

my latest collection...
Photobucket

lets continue..

Alhamdulillah...mami diberi kesempatan berkongsi lagi dlm umah yg baru...
untuk dik azie...mami petik lah semula apa yg diluahkan di part 4...umah lama..
....."sungguh tabah..takpat nk di sangkal..lagi...sikap pemaaf cam mami..mungkin takde dlam hati azie lgi..klu terjadi pada azie..sama ada hitam atau putihlah jawapan nya...maksudnya..sama ada azie @ orang lain...azie juga tak suka lelaki mencari alasan..sedangkan..segala pengorbanan telah kita berikan..klulah anak dijadikan alasan..entahlah..kenapa masih ada orang kwin lain walaupun anak berderet...pikir2kan..kita boleh menerima kekurangan suami..bagaimana suami tidak boleh menerima kekurangan kita..itu sbnaranya EGO..dengan man power nya.."

Mami berpandangan bahawa ada kebenaran apa yg diluahkan oleh dik Azie,namun suami mempunyai kuasa mutlak ditangannya.Macam raja lah kiranyer.
Sebaikmana pun nikmat yg dikurniakan Allah buat kita,pastinya kita akan rasa kekurangan.Begitu jugalah halnya dgn suami kita.Apa yg diharapkan adalah doa dari kita semua supaya ianya tidak berlaku jika itu yg terbaik buat kita.Sekiranya ia berlaku maka kitalah org yg bakal mencorakkan masa depan yg ingin kita lalui.


*******
GeMiNi8117
Rakyat PCM
seronok baca ayat2 mami nie...
sungguh tabah mami....

***
cayalah...
kita hidup dgn kegembiraan atau kedukaan yg kita cipta sendiri..Tuhan yang menentukan..tq dik


*****

Ratu78 telah menulis:

tul tu gemini.....sonok baca ayat2 mami ni......
mami mmg sorang wanita yg tabah.....
moga mami akan terus tabah
& teruskan bg kata2 best kat PCM ni utk geng2 PCM
dr kata2 leh wat kita semua berfikir, renung2kan per yg telah kita pelajari dlm idup kita.....

*****

perjalanan adik masih jauh ...semoga apa yg dipaparkan ini menjadi pedoman..



ladyzie50
Dato' Seri Utama PCM



HARGAI KEHIDUPAN..
Pernahkah anda dengar ayat2 sebegini?
Orang lelaki amat sukar untuk berpoligami.Percubaan unt berpoligami biasanya akan ditentang atau tidak dipersetujui oleh isteri pertama.

Tapi kalau sudah berkahwin dua (berpoligami)..amat senang untuk beristeri 3....bila sudah berkahwin 3 amat mudah untuk berkahwin 4 cukupkan kota..
Pandangan mami ada benarnya ayat2 ini .Mami sendiri pernah dengar satu ketika dahulu walaupun tidak begitu menyetujuinya.

Sebagai org yg tergolong dlm suasana hidup berpoligami,pelbagai dugaan yang telah mami tempuhi.Tanpa mami sedari begitu cepat masa berlalu.Mami juga telah mula dimamah usia.Perasaan redho kian bertambah dari hari kehari apatah lagi menyedari hakikat seolah2 kita semakin tidak diperlukan lagi.Sebagai seorang wanita kita teramat maklom apakah yg boleh kita sumbangkan kepada suami ketika di usia ini.

Namun ini semua tidak menjadi persoalan kepada sesiapa yg tidak melalui kehidupan berpolgami.Disebelah mereka masih kental dan hangat dengan kasihsayang seratusperatus dari suami yg tercinta.Masih ada belaian yg sesuai dgn umur kita.Masih ada segala2nya yang kita harapkan menjadi penyubur kehidupan sehingga akhir hayat.

Untuk mereka yg berpolgami,anak2 seolah2 dipaksa membesar dengan suasana penuh hormat kepada kehidupan yg dilalui oleh mereka.Kejayaan mereka amat bermakna buat kita.Doa sentiasa meniti dibibir agar mereka tidak menjadi atau melalui hidup yg ditempuhi oleh kita.Kebahagiaan mereka menjadi peneman dan penghibur kita dikala sunyi.Kita tidak lagi mahu menoleh kebelakang meninjau2 hari silam yang penuh duka.

Barangkali inilah yang menjadikan kita tidak begitu kisah lagi sekiranya suami ingin beristeri lagi buat kali ketiga.Kita seolah2 sudah dapat penawar yg mengubati luka dihati...

Renungkan lah..semoga adik2 tidak diuji dengaan kehidupan yang sebegini..insyaallah..


****
DatinDew
Rakyat PCM Daftar: Jul 09, 2008
Mesej: 509

[color=darkred]Maaf Dew bertanya.. apa maksud Mami Ladyzie dgn kata2 di atas? Adakah suami Mami Ladyzie melahirkan hasrat beristeri lagi buat kali ketiga?
Kalu benar, aduh tabahnya hati mu, Mami Ladyzie... Semoga ganjaran menanti mu di akhirat kelak atas segala kesabaran mu..
****

mami juga mulanya kurang yakin dgn ayat2 yg sebegini...namun bagi sesiapa yg pernah menjalani hidup berpoligami pastinya ayat2 cinta seperti ini menjadi bahan gurauan.
Namun andaikata ianya benar2 membawa maksud yg jujur,maka mami ok jer...

No comments: