Wednesday, December 31, 2008

MY LIFE...part 25

mamiariani
Telah dihantar pada: Jumaat Nov 07, 2008 12:02 am
DatinDew
Rakyat PCM Daftar: Jul 09, 2008
Mesej: 489
Lokasi: MY/MYAE

ladyzie50 telah menulis:
Mami juga mempunyai kenalan (lelaki)..usia now 71tahun....yg telah pun berpoligami selama 20 tahun hingga kini masih tidak mampu memberitahu kpd isteri pertamanya (kini berusia 64 tahun)...anak2 dari isteri pertama juga masih tidak mengetahui hal ini...mami walaupun rapat dgn isteri beliau namun tidak mampu juga memberi hints kepada beliau akan suaminya yg berpoligami...

***
Aduh... dah berpoligami 20 thn tapi isteri tak tau...?? Astaghfirullah.. nauzubillah..!
Dew pun pernah dalam keadaan kita tau kawan kita (si suami) ada GF tapi Dew tak sampai hati memberi tau isterinya (juga kawan kita).. last2 bercerai gak pasangan tu...
Telah dihantar pada: Jumaat Nov 07, 2008 12:02 am
DatinDew
Rakyat PCM Daftar: Jul 09, 2008
Mesej: 489
Lokasi: MY/MYAE

****
samada ber gf atau pon bermadu...sama je sakitnya...
mami ada seorang lagi kenalan...ayahnya berusia 80 tahun..ibunya 74 tahun..anaknya (kenalan ibu...berusia 46 tahun kini)..baru saja tahu ayahnya baru berkahwin lagi pada usia 75 tahun dahulu..


***
Telah dihantar pada: Jumaat Nov 07, 2008 3:21 am
ladyzie50
Dato' Seri PCM

Daftar: Jan 19, 2008
Mesej: 7693
Lokasi: MY/MYAG

Mami ada juga kenalan lelaki yang ada girlfren dgn alasan sebagai teman untuk berbicara dan memecah kesunyian..hanya sekadar meneman untuk minum2 dan sembang2...Masing2 mempunyai family...maksudnya si gf itu isteri org manakala kwn mami ini sudahpon berkeluarga mempunyai anak 4 org....usia masing2 lingkungan lewat 40an..

katanya lagi gf nya itu dikatakan lebih memahami apa yg diinginkan olehnya berbanding dgn isterinya sendiri yg kurang beri perhatian kepadanya..
Menurutnya lagi beliau bukan mahu semua ini terjadi namun Tuhan telah menemukannya dgn gf nya itu yg masing2 dgn niat tidak sampai menghancurkan rumahtangga masing2. Perhubungan mereka telah berjalan hampir 2 tahun lamanya...

Walaupun mami tahu keadaan ini namun mami mengambil sikap tidak mahu memberitau isteri beliau krn ditakuti akan merosakkan rumahtangga beliau...mami juga tidak mampu untuk berbuat demikian..mami hanya mampu untuk memberi pandangan kpd beliau untuk kembali kepangkal jalan walaupun tahu mami bukanlah org yg sepatutnya untuk menasihatkannya..

Amat sukar untuk kita fahami situasi ini krn kita tidak berada dlm situasi tersebut...Andaikata kita diuji dgn sedemikian rupa...mampu kah kita menolaknya?

***
Terbaca kisah dik liss dlm hal menopos mengingatkan mami tentang diri sendiri yg bermadu.

Sebagai isteri pertama atau isteri 'tua' pastinya kita sememangnya berusia berbanding dgn madu kita yg jauh lebih muda...
Apakah kita akan terus menerus bersedih hati seandainya kita melalui alam tersebut?

Kita perlu menerima hakikat segala2nya akan berubah..kita tak period..bermakna tuntutan terhadap sexual akan berkurangan.Pastinya hubby kita masih merasakan enjoy menikmati nikmat sex bersama madu kita.Pastinya segala bentuk badan kita akan berubah..kemungkinan tidak menarik lagi...garis2 penuaan akan lebih terserlah...kekenduran disana sini menghambat kita.Pastinya perasaan sedih yg teramat dan pastinya hubby tidak akan mendapatkan kita yg 'vagina' hampir kering..atau pun kering.

Semua wanita akan melalui keadaan ini.Namun perasaan sedih lebih menghimpit org2 yg bermadu yg merasakan dirinya tidak berguna lagi dimata suami berbanding dgn madu.Pastinya airmata akan mudah mengalir bagi sesiapa saja yg diambang menopos ketika itu.

Namun mami buang perasaan ini jauh2 dari lubuk hati...kalaupun kita tidak mendapat belaian yg sewajarnya dari suami ketika itu...anggaplah kita telah menghadiahkan kegembiraan yg tidak terhingga kepada suami kita dlm hati yg terguris..mengukir senyuman dlm kesedihan..tidak kah itu dikira nikmat iman?....

Mami selalu amalkan fikiran yg positive..hidup bkn unt sex semata2...walaupun tidak menolak hakikat tersebut namun hidup perlu diteruskan unt menggunakan sisa2 hidup berbakti kpd suami...bajailah sikap ini dgn cara tersendiri melalui kegembiraan yg dicipta oleh kita.Mami tidak mampu untuk hidup dlm kesedihan yg mami cipta untuk diri sendiri. Banyak cara unt kita menghilangkan segala kesedihan dihati.Hanya kita dan Allah yg amat memahami situasi kita.Ketepikan cakap2 org..org boleh mengata tapi hanya kita yg tahu apa yg baik kita...jgn lah biarkan derita menghimpit diri...


***

dah lama tak menjengah thread ni.Walaupun mama tidak bermadu tapi turut terharu dgn coretan ikhlas dari mami.Tidak semua yang bermadu bernasib baik seperti mami ....
Kemungkinan hubby mami amat bertanggubgjwab dlm hal2 memberi nafkah sehingga diri tak terasa seperti diabaikan.Terusterang mama katakan di sini mama tak mampu nak hidup bermadu...
Sedangkan mama yang tak bermadu ni rasa sunyi kalau hubby ada kursus ke tinggalkan sehari dua,inikan pulak selamanya kita tahu hubby kita bersama dgn org lain...tak sanggup rasanya...
****
20 tahun??? mcm mustahil bunyinya
***
tu la kan ...lelaki ni pandai simpan semua ni sampai tak terhidu..
***
ALHAMDULILLAH...setakat harini...tak tau lah akan datang...sunyi memanglah sunyi..pandai2 la bawak diri

MY LIFE...part 24

walaupun date blog a bit lari but i wish u all...
Photobucket
TIPS KEHARMONIAN RUMAHTANGGA...

Pelbagai tips rumahtangga disarankan melalui media cetak atau electronik..
Kebanyakan tips disarankan berdasarkan pengalaman majoriti 'sample' dlm realiti kehidupan.

Sebagai org yg baru melalui fasa kehidupan alam rumahtangga...tips begini amat berguna dan boleh kita katakan 'wajib' untuk kita mengamalkannya...tips ini seakan2 menjanjikan kebahagiaan..

Sebagai org yg belum melalui fasa ujian Tuhan pula ,kehidupan dipandang bahagia dan semuanya manis2 belaka.Maka kita seakan2 mengiyakan semua tips yg dianggap kita telah berjaya melakukannya.

Sebagai org yg pernah dan sedang diuji oleh Allah,maka tips ini menjanjikan satu tandatanya dlm fikiran masing2.Apakah ianya berkesan ataupun tidak.Adakah ia merupakan satu teori ataupun tidak.

Bagi org yg pernah kecundang maka tips ini hanya tinggal kenangan.Kita mungkin telah melakukan yg terbaik namun takdir Tuhan penentu segala...

Bagi org yg tidak merasa kecundang walaupun betapa berat ujian Allah yg dipikul maka tips ini hanya akan menjadi satu kenangan pahit ,dan bukan semua tips ini menjanjikan kebahagiaan.


Mami berpandangan buat lah yg terbaik sepertimana yg disarankan ...andaikata kita masih tidak dihargai..hanya kita saja yg tahu dimana silapnya kita...kemungkinan apa yg baik disisi kita tidak dihargai oleh suami kita..maka anggaplah ianya satu ujian Tuhan...
***
Apa yang mami paparkan di sini hanyalah sekadar renungan unt kita semua...

Sahabat mami..(kini 51 tahun)...sebagai isteri pertama (setelah 20 tahun usia perkahwinan beliau dimadukan)...anak ada 11 orang...

Isteri kedua kini ...(madu beliau)..anak ada 6 orang..

Baru2 ini mami turut bersimpati dan terkejut bila sahabat mami mengatakan hubbynya telah bernikah lagi satu....isteri ke 3...baru 3 bulan...belum mengandung...

Jadi...kesimpulannya...ada zuriat maupun tidak ...bukanlah faktor yg menjadi halangan suami ingin berkahwin lagi...


***
tomatoterung telah menulis:
saya dah baca tulisan mami dalam topic nih, terharu sgt..saya nangis masa baca tulisan mami dr part 1 smpai part 4 nih... semoga mami tabah selalu..apapun, tomato percaya ahli2 pcm akan sentiasa ada dibelakang mami...mami jgn sedih2 yer...


dear mami,

mak fara pun same nasib cam mami..n fara cukup paham situasi mami... jgn sedih2 ye mami..tu je yang mampu fara ucapkan..

terus terang fara katakan fara amat fobia dgn poligami ni..semoga ALLAH sentiasa melindugi rumahtangga fara daripada terjadinya perkara sedemikian rupa..AMIN

***
Dew pun setuju lelaki kawin lain bukan sbb ada zuriat ke tidak...
Kakak ipar Dew dah kawin hampir 30 thn tanpa dikurniakn zuriat, namum suami dia tak pilh utk berpoligami..
***
makcik mas sebelah hubby ada pengalaman dimadukan dlm diam2..
spi satu tahap dia ckp hati dia dah kebal dah kering air mata...

skrg bila jpa kami byk bercerita kongsi pengalaman...

wlupon hubungan kami anak beranak hampir2 putus gara2 tindakan pakcik nih..Alhamdulillah..sekarang kami boleh terima makcik muda..muda dari mas..study blm abis lagi..

teringat masa majlis persandingan pakcik nih..
makcik mas ajak kami satu keluarga temankannya..
makcik mas tak nangis pon tp kami yg nemankannya nangis tgk dia...

****
sedih baca luahan kat sini
tetiba sebak je
yaAllah sesungguhnya madu itu manis tp amat pahit ditelan

jangan kau uji aku dengan dugaan yg ini wahai Allah yg maha kaya....
***
DatinDew telah menulis:

Dew pun setuju lelaki kawin lain bukan sbb ada zuriat ke tidak...
Kakak ipar Dew dah kawin hampir 30 thn tanpa dikurniakn zuriat, namum suami dia tak pilh utk berpoligami..

itu lah mami kata tadi..pada usia 53 tahun (suami beliau)....sape sangka anak dah 16 tapi masih ingin berkahwin lagi....jadi janganlah mendabik dada merasakan perkahwinan kita dah perfect..
***
faraOthman telah menulis:

dear mami,

mak fara pun same nasib cam mami..n fara cukup paham situasi mami... jgn sedih2 ye mami..tu je yang mampu fara ucapkan..

terus terang fara katakan fara amat fobia dgn poligami ni..semoga ALLAH sentiasa melindugi rumahtangga fara daripada terjadinya perkara sedemikian rupa..AMIN
alhamdulillah setakat harini mami dikurniai Allah dgn keinsafan akan kelemahan diri dan tidak pernah menyalahkan takdir...malahan setelah 10 tahun bermadu mami dapat melihat apakah yg Allah nak beri kepada mami didunia ini...semoga Allah ampunkan dosa2 mami..
***
sememangnya makcik mas 'kebal' yg mana mami tak lah sekebal itu nak mengadap hubby bernikah ketika itu...huby pon tak jemput mami.....kalau jemput puas gak mami memikirkan ketika itu..


***
satu saja mami nak pesan...sentiasa bersyukur dgn apa saja yg Allah beri kpd kita krn itu yg terbaik buat kita...kalaupun ketika ini kita merasakan perkahwinan kita begitu bahagia namun segala kemungkinan akan berubah dlm sekelip mata kalau itu yg terbaik untuk kita...

Jangan mudah memandang serong atau mengata org...itu saja....mami ni bkn lah jenis yg suka menghina atau mengata kelemahan org lain...namun kadang2 ada gak yg tersasul mengecilkan hati org..mungkin perkataan kita yg mengecilkan hati org tapi kita tak perasan ..terpalit akhirnya kpd kita juga...so hati2lah..

Pada usia hubby kita mencecah 40..kita mula merasa selamat akan tahap perkahwinan kita...namun sebenarnya itu adalah tahap kritikal dgn perkahwinan kita....kita biasanya menumpukan kepada hal anak2 yg mula membesar dan memerlukan perhatian yg lebih terutama hal2 pelajaran terutama yg bakal menduduko tahun2 peperiksaan yg penting...Maka itu yg kita utamakan ketika itu...so hati2lah...

MY LIFE...part 23

boring2...kita pergi ke A Famosa waterworld taw baru2 nih..sori yer..baju basah lepas berendam..
a famosa
jom sambung....
setiap yang berlaku tu,ada hikmahnya kan mami..

dalam quran pun ada tertulis,kadang2,apa yg tidak kita sukai itu adalah yang baik buat kita..begitu jugak sebaliknya..kita takkan tahu rahsia Allah..
sebagai hamba,kita wajib redha dan usaha untuk menuju ke arah lebih baik..

apa pun mami,tima kasih banyak sebab apa yg mami tulis ni amat memberi erti..teladan buat saya.. syukran jazilan.
***
ye dik...mami pasrah..
***
hepi belated besday tuk mami..
semoga hr2 mendatang yg akan mami lalui,
akan lbh memberi sinar kebahgiaan bt mami....

***
tq dik..Amiiinnnn

Photobucket
Sambutan hariraya kalini amatlah berbeza samasekali tidak seperti sambutan hariraya yg lalu.

Buat pertama kalinya mami memilih untuk tidak bersama hubby dimalam hariraya juga tidak bersama pada hariraya pertama.Mami bersyukur krn hubby memberi priority kepada mami untuk membuat pilihan untuk pertama kalinya.Setelah mengadakan perbincangan dgn anak mami (boy) ..akhirnya kami bersetuju untuk tidak bersama hubby kalini.

walaupun kesedihan tersemat dihati mami namun senyuman terpaksa diukir dibibir demi menjaga perasaan boy.Setelah bersembahyang raya dan menghantar sms ucap selamat kpd sanak saudara sebelah hubby dan setelah menunaikan solat sunat aidilfitri,hati mami teringat anak perempuan mami yg kini sedang menunaikan umrah dan hanya akan kembali pada hariraya ke9.Perasaan sedih mula menyelubungi hati mami..

Boy seakan2 memahami perasaan mami dan pada mlm hariraya kami habiskan masa dgn makan2 di Mall...dan tengok movie.Pada hari ini..raya pertama sekali lagi mami dibawa berjalan2 di Alamanda untuk melihat movie lagi.Balik mengadap tv ...makan...mengadap tv...

Sehingga saat coretan ini ditulis mami masih belum menerima apa2 berita dari hubby..no calls no sms...sejak semalam...namun mami tetap seperti ini.....cuba menggembirakan hati mami dgn cara yg tersendiri...mami tidak mahu mengganggu hubby dgn gangguan sms krn menghormati masanya bersama madu..

demikianlah adik2 hakikat kehidupan bermadu....semoga apa yg mami coretkan ini memberi renungan panjang untuk adik2..yg baik dijadikan tauladan,yang buruk dijadikan sempadan..

Selamat hariraya ,maaf zahir dan batin....

***
Selamat Hari Raya... maaf zahir batin Mami Ladyzie...

Sedih Dew membaca coretan mami Ladyzie ttg berhari raya tanpa suami di sisi...

Namun itulah hakikat hidup bermadu...

ALLAH lebih Maha Mengetahui segala-galanya...
***
tq datin dew..
sedih tidak terkira namun kene lah telan segalanya...mami mula terfikir beginikah keadaan org2 yg tidak bersuami?...suami yg telah pergi buat selama2nya?....berganda lagi kesedihan yg di rasa..
***
ladyzie50 telah menulis:
baizura_kim telah menulis:

mami, masa nikah kan ada kadi suruh pengantin lelaki lafaz taklik... anadai kata menyakiti isteri tanpa sebab...tinggal isteri lebih 3 bulan tanpa nafkah zahir batin...etc etc etc..maka jatuh la talak...yakni cerai taklik...

kim rs dlm kes Nor ni mesti suami dia pun ada lafaz yg sama... jatuh ke tak?? kang dah jatuh talak kita yg tak pasan.... harap mami dpt bantu jelaskan...hehe makaceh
***
kene rujuk jabtan agama dik..taksilap mami suami akan dipanggil sekiranya kita membuat aduan ...suami diminta memberi penerangan dan sebagainya...mami kurang arif bab nih..perlu mendapat pengesahan dari pejabat agama..
****

Dew rasa kalu si isteri mengadu ke pejabat agama ttg perkara dlm lafaz taklik, baru lah dikira jatuh talak...
****
tq datin dew..
sedih tidak terkira namun kene lah telan segalanya...mami mula terfikir beginikah keadaan org2 yg tidak bersuami?...suami yg telah pergi buat selama2nya?....berganda lagi kesedihan yg di rasa..


***
Apa yang berlaku dikalangan sahabat2 kita mami harapkan menjadi iktibar kepada kita semua.

Kadangkala kita mungkin terfikir bahawa alangkah baiknya kalau kita berseorangan...bebas membuat segala mcm...tak siapa yg melarang..maksudnya dari kita berkongsi kasih lebih baik kita tidak menjadi ayam dlm kurungan...makannya terjaga hidupnya tidak bebas.Namun ada juga ketikanya yang kita memikirkan bahawa kalaupun kita bebas namun mampukah kita hidup bersendirian?..mampukah kita menyara kehidupan kita bersama anak2 kita bersendirian?

Persoalan ini tidak akan terjawab selagi kita tidak membuat pilihan.Pilihan kita pula bergantung kepada suasana pada masa kejadian berlaku.Sesungguhnya kita umpama 'buah catur' yang bergerak dipapan catur...setiap pergerakan kitalah yg memilih...penghujungnya adalah hasil gerakan yg dipilih..pandai2lah kita membuat pilihan dgn hidayah Allah...kita merancang dan Allah yg menentukan...

MY LIFE...part 22

cuppies...bukan i yang buat...i am not good ...my doter did this..
cupcakes
***
mami, masa nikah kan ada kadi suruh pengantin lelaki lafaz taklik... anadai kata menyakiti isteri tanpa sebab...tinggal isteri lebih 3 bulan tanpa nafkah zahir batin...etc etc etc..maka jatuh la talak...yakni cerai taklik...

kim rs dlm kes Nor ni mesti suami dia pun ada lafaz yg sama... jatuh ke tak?? kang dah jatuh talak kita yg tak pasan.... harap mami dpt bantu jelaskan...hehe makaceh

***
kene rujuk jabtan agama dik..taksilap mami suami akan dipanggil sekiranya kita membuat aduan ...suami diminta memberi penerangan dan sebagainya...mami kurang arif bab nih..perlu mendapat pengesahan dari pejabat agama..

***
errynn telah menulis:
happy belated busday mami

better late than never

smoga mami lebih tabah mengharungi ari2 mendatang
jgn sedih2 ye mami..masih ada yg syg pd mami....

tq dik rynnnn..bila dapat jumpa mami nih?..hehhe
***
harap2 pas raya jadi kenyataan lah plan kita2 ni mami
***
ya allah,fara baru first time masuk diruangan ni.dlu pun ade juga tercari-cari tapi xtahu dibahagian mana,rupanya dibahagian sembang umum

mami,tabahnya mami.10tahun bermadu,xdpt fara nk gambarkan dengan kata -kata sedih.terharu,kecewa semua perasaan ade jika fara berada didalam situasi mami.

buat nor pula,fara agak terkejut dengan luahan perasaan nor tu.terpanggil untuk tahu kenapa & apa yang telah terjadi dlam rumahtangga nor.semoga nor tabah menghadapi dugaan hidup.Fara juga teruja dengan perubahn diri nor sekarang.semakin cantik,menawan & manis..
***
HARAP2 MCM TU..KALAU NAK CEPAT DTG JE JUMPA MAMI...drp mami jumpa adik2 mami nih..

***
tq dik atas simpati..
Kalau diberi pilihan sememangnya takde sapa yg nak bermadu...tapi kalau sudah ketentuan Ilahi...tak siapa dapat menghalangnya..

***
Hepi belated birthday mami...
Bila kimm baca kat ruangan ini, kimm pasti
melelehkan air mata...
Sbb tu kimm jarang masuk topik ni...
Kimm tak sampai hati nak baca.
Tp, bagi pandangan kimm secara peribadi, wanita
yg sanggung dimadu adalah wanita yang
paling tabah dan paling sabar.
Kimm memang respek pada wanita seperti ni.
***
kalau kimm, memang tak tahu apa yg terjadi pada kimm...
Semoga mami panjang umur, dimurahkan rezeki
dan sentiasa sihat dan hapi.
***
tq dik,...
mami faham...mami sekadar berkongsi pengalaman mami ...semoga apa yg mami luahkan di sini sedikit sebanyak memberi ruang untuk adik2 di sini menyelami gambaran sebenar kehidupan bermadu..masih banyak lagi yg mami ingin kongsikan di sini..


***
setiap yang berlaku tu,ada hikmahnya kan mami..

dalam quran pun ada tertulis,kadang2,apa yg tidak kita sukai itu adalah yang baik buat kita..begitu jugak sebaliknya..kita takkan tahu rahsia Allah..

sebagai hamba,kita wajib redha dan usaha untuk menuju ke arah lebih baik..

apa pun mami,tima kasih banyak sebab apa yg mami tulis ni amat memberi erti..teladan buat saya.. syukran jazilan.

***
hepi belated besday tuk mami..
semoga hr2 mendatang yg akan mami lalui,
akan lbh memberi sinar kebahgiaan bt mami....
***
ye dik...mami pasrah..
***
tq dik..Amiiinnnn

MY LIFE...part 21

koleksi bermakna...walau sekecil mana,ia harus dihargai..
Photobucket
****
SEGALAnya adalah belated....but its better than nothing...

Semalam adalah hari lahir lahir mami...18hb Sept 2008 yang ke 51...
Seperti biasa mami hanya dapt wishes dari kedua2 anak mami tepat pada pukul 12 am..

Walaupun hubby tiada bersama mami ketika itu namun mami tertunggu2 wish dari hubby....Seperti biasa mami tidak pernah mengharapkan apa2 dari hubby dari hadiah mahupun wishes tepat pada tarikh tersebut...

Walaupun ada sedikit sedih namun akhirnya mami dapat jugak ucapan hepi bday tersebut pada pukul 9 malam tersebut...itupun setelah ditegur oleh anak mami tentang ayahnya yg terlupa harijadi mami..

Demikian lah adik2 realiti kehidupan berpoligami...cukup lah kalau mami katakan segalanya adalah 'belated' berbanding dgn tahun2 sebelum mami bermadu...namun mami tetap bersyukur krn masih tetap disayangi...

***
Happy Birthday Mami Ladyzie...

Luv U lots...

***
tq datin dew...
***
Happy Belated Besdey Mami !! May God Bless U All The Way & All The Time Muaaahhhhhh


'ralit' ratu baca nukilan kisah mami & nor ni. kalau ratu di tempat mami & nor ni tak dpt nak dibayangkan mcmana, rasanya ratu tak dapat nak harungi nya....kes mcm gni perlukan kesabaran & ketabahan yg tinggi....per2pun semoga mami & nor terus hadapi semua ni ngan redha & pasrah coz semua yang kita hadapi dlm hidup ini adalah dr kehendakNya...tak semua perkahwinan menjanjikan kebahgiaan.....& sebagai hambaNya kita perlu terus berdoa & bertawakal utk menghadapi segala dugaan...

***
tq dik ratu doakan mami..insyaallah..masih banyak kekurangan mami di sini..
***
Heppi belated besday mami.....semoga segala perkara yg mami lalui, dipermudahkan oleh-NYA.

pada org yg dah biasa melaluinya...tanpa wish pun tetap tahu...diri sentiasa disayangi...jgn sedih2 ya mami....

****
yup dik....tq...hmmh..kadang2 rasa sedih itu tak dapat dibendung namun tak dapat dilihat oleh org luar krn sentiasa disembunyikan..

***
happy belated busday mami

better late than never

smoga mami lebih tabah mengharungi ari2 mendatang
jgn sedih2 ye mami..masih ada yg syg pd mami....
***
Happy belated besday mami...semoga sentiasa sihat, ceria & dirahmati Ilahi, banyakkan bersabar ye mami..

***
tq dik atas doa n ingatan

MY LIFE...part 20

me in Paris..
PARIS
***
KERIANGAN BERPUASA.JUGA BERBUKA...
Seperti mami katakan tadi...'hari' menjadi concern bagi org2 yg bermadu..
Kini tibalah masanya mami berbuka puasa berseorangan...apabila anak2 masih kecil mereka akan bersama kita walau hubby tiada untuk berbuka bersama.
Apabila anak2 sudah dewasa dan punyai komitmen yg lain...mami terpaksa redho unt berbuka bersendirian....walaupun ada bibik didepan mami namun hakikatnya hati mami begitu sunyi dan sayu..perasaan sedih terpaksa mami pendamkan dihati...

Menerima hakikat bukanlah ini pertama kali mami begini....syukur gak ada pcm untuk luahan hati...bayangkan nasib org2 yg tidak berpeluang spt mami...dimanakah mereka? apakah yg dimakan oleh mereka? bersendiriankah mereka???..apakah yg bermain dihati mereka??? Dimanakah mereka melepaskan kesedihan mereka? Hanya Allah yg Tahu...

***
PAGI ini mami berasa sedih yg teramat bila terbaca kisah adik azie 169...
Walaupun mami telah 10 tahun bermadu namun perasaan sedih masih menyelubungi mami sekiranya mendengar ujian yg sama ini berlaku kepada siapa2 saja.Airmata mami akan mudah mengalir..

Sememangnya amat terasa luka yg begitu mendalam yg tidak mudah untuk disembuhkan walaupun telah lama mami bermadu.Perasaan kecil hati ,jauh hati dan segala2 mcm yang melibatkan hati yg sudah tercalar masih mengusik jiwa mami.

Memang benar ...bukan mudah kita menggapai syurga ..laluan tidak semudah yg disangka...adakah dengan cara ini sebagai shortcut untuk mami menggapainya???....Kalaupun ini dikira shortcut ,namun masih banyak lagi rintangan yg harus ditepis...

Setabah mana pun kita melaluinya namun masih banyak lagi dugaan yg perlu dilalui untuk org2 yang 'terpilih' untuk melaluinya ...hanya Allah saja yg MengetahuiNya ...tidak mudah untuk diluahkan segala perasaan yg terpendam..kadangkala mami terasa mcm hidup ini berpura2....

Terpaksa senyum walaupun dihati dilanda sedih tidak terkira.Terpaksa harungi kesunyian bersendiri...menepis segala macam yg boleh memenuhi kesunyian mami...kadangkala mami kecundang dgn ujian ini...sekalisekala mami menang dlm pertarungan ini...kemenangan yg di raih kadangkala tidak mencukupi untuk menutup dosa2 kecundang mami...namun mami serahkan kepada Allah untuk menilainya dan Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.....sedalam lautan pon kalau airmata ini tercurah tidak akan kering...tidak akan menyelesaikan permasaalahan kecuali bermunajat kepada Allah memohon pertolonganNya..

Perasaan sedih yg mendalam dihadapi oleh adik azie169 adalah kerana hubby berkahwin tanpa pengetahuannya berbanding kalau hubby meminta izin terlebih dahulu.Tambahan pula kalau kita ketahui hubby telah pon dikurniakan cahayamata.Sukar untuk digambarkan kesedihan yg menghimpit.Tambahan pula kalau faktor zuriat diambil kira.Namun ini adalah hanya faktor penyebab.Berapa ramai yg walaupun mempunyai zuriat namun masih juga dimadukan.Ini adalah kerja Allah..jgn lah hendaknya kita mempertikaikannya....Bukankah kita berasa beruntung mendapat perhatian yg lebih dari Allah??? sentiasa kita berserah kepadaNya?? sentiasa ingatkan Allah???..sentiasa ingat bahawa manusia tidak mungkin dapat membantu memecahkan rahsia Allah??? Bukan kita menjadi org yg amat beruntung???

Untuk adik azie...menangis lah sepuas mahumu...mami tahu kita kan menangis sepanjang hayat...kita juga masih tidak ketahui samada penceraian itu adalah lebih baik..oleh yg demikian sandarkan harapan kepada Allah.....biarlah Allah yg memberi jawapnNya dengan hidayahNya...SABAR adalah kunci segalanya...

Ingatlah...segalanya tidak akan berlaku kalau tidak dengan izin Allah...kembalilah kepadaNya...

MY LIFE...part 19

kenangan indah...
me with the Malaysian delegation...biz trip ..Amsterdam..
Photobucket
***
Bahang Ramadhon...

Seperti biasa setiap kali menjelang ramadhon,mami akan mula perhatikan bila tarikh mula bertarawikh..seterusnya bersahur...haribulan (date) tak penting..yg penting ialah 'hari' apakah itu???

Org bermadu amat concern tentang hari bukan tarikh...
Alhamdulillah untuk kesekian kalinya hari mula bertarawikh dan bersahur jatuh pada ahad malam dan sebelum subuh Isnin...Ini bermakna mami akan bergembira menyambutnya bersama2 hubby n ahli keluarga...

Demikianlah adik hakikat bermadu,,, perlu mengenepikan kemahuan sendiri sekiranya 'hari' itu buka jatuh kepada giliran kita...bayangkan lah sekiranya anak2 kita masih kecil....dan sering bertanya kenapa papanya tidak bershur bersama2????..sedangkan yg dah besar panjang pon walau dah tahu akan juga bertanya.....

AMSTERDAM

***
semoga ramadhan yang datang ini memberi 1001 hikmah kepada sahabat ku disini..yaAllah rahmatilah kami, kasihanilah kami dan renunglah kami dengan pandangan belas dan kasih sayang mu...

mami, nor....saya tidak layak untuk menulis disini tetapi apa yg dapat saya simpulkan bahawa jika saya berada di pihak kalian tentunya saya tidak mampu mejadi seperti kalian, apa yang dapat saya katakan ......tabahkan hati sesungguhnya tidak seorang pun yang memahami serta merasai apa yang sebenarnya yang kalian rasa, kecuali pada mereka yg berpijak di landasan yang sama...

betulah kata nor sesungguh setiap dugaan yang datang berbeza-beza cukuplah dengan kita redha hadapinya walau titis2 air mata jika ia ditadah mampu menyaingi lautan...

mmg menjadi lumrah jika kesenangan yg diraih tanpa perlu membanting tulang mencari nafkah dan sikapnya itu lalu berpanjang akan menjadikan diri alpa dan lupa sesungguhnya mereka yg alpa serta lupa itu dipandang benci oleh Allah..

nor, saya kagum dgn perubahan nor....yg bertambah manis dan nampak remaja....be strong ok, semoga Allah memberi petunjuk dan jalan nya kepada mu...

****
Sedih Dew membaca luahan hati Mami Ladyzie...

Alangkan Dew yg tidak bermadu tapi adakala terpaksa berbuka tanpa kehadiran suami dan semua anak2 pun, terasa sayu bila berdepan dgn keadaan begitu.. Ini kan Mami Ladyzie dgn keadaan berkongsi suami...

Sungguh tabah hati Mami Ladyzie mengharungi segala kepedihan di hati...

Apa2 pun, yg penting semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah... dunia dan akhirat...
***
Dew turut simpati dgn apa yg menimpa Nor...
Perempuan mana yg sanggup bermadu? Tak semua perempuan segagah Mami Ladyzie untuk mengharungi hidup bermadu...

Baru tadi Dew tengok gambar2 Nor kat forum destinasi topik colmar tropicale... tampak bahagia...
Kini bebrapa bulan kemudian, Nor bersedih hati pulak...
Inilah dia onak duri dalam rumahtangga Nor...
Kita perlu lalui nya dgn tabah agar kita menjadi insan berhati teguh dan agar kita lebih dekat kpd Allah swt...
Dew doakan semoga Nor sentiasa dirahmati Allah...
***
suka maupun tidak...mami kene gak mengharunginya...alhamdulillah..sesedih mana pon hati ini kehidupan perlu diteruskan.


***
TQ dik...kerana luahan simpati .... yang namanya perempuan sedikit sebanyak akan tersentuh jua hatinya bila tiba hal2 yg sebegini...Tuhan Maha Mengetahui kpd siapakah hambanya yg akan diberi ujian sedemikian rupa dan hanya Dia jua lah yg Maha Mengasihani...semoga kita semua tabah menghadapi semua ujian apa saja yg mendatang...insyaallah..

***
dalam dunia ni dik mmg ada jenis lelaki yg suka memukul isteri,berang tak tentu pasal...namun kalau itu sudah ketentuan Ilahi akan jodoh kita ...terimalah dgn redho krn setiap kesusahan akan ada kemenangan/kesenangan...itu janji Allah...

MY LIFE...part 18

i love this too..
MY COLLECTION..

***
dik nor mempunyai pilihan sendiri...
Bukan semua org mampu menjalani hidup tanpa suami atau bukan semua org mampu lakukan sepertimana yg dilakukan oleh dik nor....disakiti walaupun telah melaksanakan tanggungjawab dgn baik...

Dik Nor boleh mengadu ke Pejabat Agama berdekatan jika mahu..namun pastinya akan memburukkan lagi suasana sekiranya hubby tahu...kerana hubby tidak segan silu memukul dik nor.

Walaubagaimanapun...kita boleh meminta perlindungan pejabat agama sekiranya hal ini berlaku.Pernah satu ketika dahulu kes yg sama berlaku kpd sahabat mami.Oleh kerana beliau tidak tahan lagi ,beliau mengambil keputusan untuk memohon penceraian.Beliau telah mengambil gamba serta merta dan terus ke pejabat agama berdekatan buat aduan dan memohon penceraian.Beliau telah di beri perlindungan setelah membuat repot polis sementara menunggu kes penceraian selesai..Ini sekiranya kita memilih untuk tidak bersamanya lagi...

Mami harap dik nor cuba memohon petunjuk dari Allah dgn bersolat istikhorah agar tiada penyesalan dikemudian hari..


***
norbaha telah menulis:
Hmm terus terang lah nor katakan.. nor pun tak kisah..kalau lah dia nak berkahwin dengan perempuan tu.. pergilah..klu dia rasa..itu yang membahagia kan dia..dan perempuan tu boleh bagi dia...apa yang nor tak boleh bagi... nak jugak tengok..sejauh mana perginya...

Bukanlah nak membangga diri..tapi..cuba menguatkan sekeping hati yang terluka nie... Nor ada kerja..nor ada anak..dan nor ada family dan kawan2..

tetapi terus terang nor katakan... nor tak sanggup untuk bermadu...


BUKAN MUDAH HIDUP BERMADU..
Sedangkan dik nor sorang pon hubby tak mampu nak carik nafkah zahir...namun kuasa Allah tak siapa yg tahu...Allah bisa mengubah segala2nya....

Dari pemerhatian mami ,adik perlu bersabar sekiranya masih ingin bersamanya..sekiranya ditakdirkan kita hidup bermadu tak siapa dapat melawan takdir..tak siapa pula dapat menduga segala rahmat disebalik dugaan ini....

mcm mami kata tadi...ada baiknya adik mengambil gamba kesan2 pukulan hubby dibadan setiap kali dipukul tanpa pengetahuannya...simpanlah segala bukti dgn baik sehingga tidak dapat dikesan pleh suami sehingga memburukkan keadaan lagi...
Bukti ini akan menjadi saksi terbaik sekiranya ditakdirkan dik nor telah mendapat hidayah serta kekuatan untuk tidak bersamanya lagi...


****
HIDUP PENUH DUGAAN...

Tak semudah itu kita mendapat syurga Allah...mcm yg pernah mami katakan dulu...semakin kita ingin menggapai syurga semakin jauh pula ia pergi...

Syurga akan diperolehi dgn hidayah Allah...tak siapa boleh menghukum apatah lagi untuk ...'mentelah'...

Sememangnya yg terbaik adalah dari Allah,yang buruk adalah dari kita..
Bukan mudah menyemai iman untuk org2 yg tidak bermadu...apatah lagi untuk org2 yg bermadu...

Kadangkala kita kecundang ketika mempertahankan yang ada...apakah semuanya akan mendapat payung emas????
Barangkali mungkin mahu saja kita menukar payung emas dari melepaskan hubby kawin lagi satu..seperti yg digembargemburkan untuk org2 yg bermadu...

Apapun..bagi yg bermadu...payung emas ni tolak tepi..tak pernah terfikir apa itu payung emas..tapi kalau Allah nak beri alangkah baiknya...layak kah kita????

Bagi mami bukan itu yg difikirkan ketika memberi laluan untuk hidup bermadu...apa yg ada dlm kotak fikiran ketika itu hanya sekadar merenung kesilapan diri sendiri,muhasabah akan dosa2 yg ada terhadap suami..moga2 pengorbanan ini mendapat perhatian dari suami dan Allah..
Ternyata tidaklah semudah mengeluarkan kata2...sehingga kini mami terus menerus mendapat perhatian Allah dgn ujian yg berat...Masyaallah..Astaghfirullah...
Semoga mami mendapat pengamponanNya...


***
mami..nor yakin pada satu perkara.. Allah menguji kita dengan ujian sebegitu kerana allah tahu..kita mampu menghadapinya.... Setiap antara kita.. dugaan yang diturunkan allah..berbeza-beza... dan Allah hendak menguji sejauh mana keimanan kita terhadapnya....

Bila difikirkan pasal itu... kadangkala membuatkan nor insaf... Tetapi..ada kalanya.. nor juga akan menyesali diri... bertanya pada diri sendiri... Apakah dosa ku sehingga tuhan menduga aku dengan ujian yang sebegini...

***
Atas dasar yakin lah mami masih mampu mengukir senyum...seolah2 tiada apa yg telah berlaku..terlupa seketika akan hati yg tercalar krn yakin bahawa Tuhan turunkan ujian kepada manusia tidak sia2...

Bukan ini saja yg dihadapi oleh org2 yg 'telah tersenarai atau masih menjadi calon menunggu' dalam senarai pencalonan bermadu...hanya Allah yg tahu... harini kita bergelak ketawa dgn kebahagiaan yg ada...namun esok lusa tak siapa yg tahu...apakah jodoh kita masih kekal bersama suami kita??? Atau...adakah ini hari2 terakhir kita bersama suami kita akan pergi meninggalkan kita buat selama2nya.....

Justeru,mami sentiasa mengambil sikap positif terhadap sesuatu perkara.Sentiasa ingat adalah hikmahnya.Allah memberi pandangan yg teramat istimewa kpd setiap kita yg diujinya...dgn cara itu lah maka kita dapat melaluinya dgn sabar...insyaallah,mami harap dik nor tabah dan bersangkabaiklah dgn Allah..moga2 ada rahmat disebalik dugaan ini...

MY LIFE...part 17

My collection...one of the most that i love...
Photobucket

****
norbaha telah menulis:
Sunyi... satu perkataan yang sukar untuk ditafsirkan apabila ianya dilafazkan oleh seseorang yang bergelar lelaki..

Sunyi dari sudut mana??? nak kata isteri tiada...isteri ada dirumah... tiada anak.. telah dikurniakan allah cahayamata yang comel... apa lagi...

sememangnya sukar untuk ditafsirkan.. nor sendiri keliru...apabila..suami mengatakan yang dia sunyi.. sebagai alasan..untuk dia mencari teman diluar...

kesunyian yang nor lalui..terpaksa nor letak ketepi..disebabkan keterbatasan waktu.. dan kesunyian yang dia lalui..akibat daripada.. sikapnya yang melepaskan segalanya di bahu nor.. berdosakah nor sekiranya kesunyian itu di pihak dia..sedangkan nor terpaksa menggalas segala beban.. yang menyebabkan tiada tempat untuk nor memikirkan tentang kesunyian nor...

untuk menerima kenyataan hidup berpoligami...amatlah sukar... alang baru mendpat tahu suami mempunyai teman diluar.. telah cukup meluluhkan hati yang setia...

******

KESUNYIAN..........

Setiap org mempunyai definasi tersendiri terhadap erti kesunyian..
Kadangkala diri yg begitu sibuk tidak sempat memerhati hati kita yg sunyi..apatah lagi untuk menyedari hati suami yg mula dilanda resah..

Kesibukan menguruskan tanggungjawab sebagai isteri menyebabkan kita tidak sempat memikirkan hal2 remeh yg sempat menjengah disudut hati..

Apabila malam berlabuh ..barulah kita sempat merenung dan sedar bahawa kita sebenarnya telah lama sunyi dalam riuhrendah alam sekeliling...ketika itu lah airmata akan mudah mengalir dan jiwa akan memendam perasaan yg terpaksa disembunyikan oleh kerana tuntutan kehidupan yg memerlukan perhatian..
umpamanya...rasa tanggungjawab yg begitu mendalam terhadap kesejahteraan anak2...kita sanggup mengenepikan perasaan kita dan sering mengabaikan yg lain termasuk suami..terabai yg tidak disenghajakan

Bagi kita anak2 adalah priority ketika itu...kita mengharapkan suami menghargai pengorbanan yg kita lalui..kita mengharapkan suami sama2 menggalas pengorbanan ini...namun bkn semua antara kita yg bernasib baik dan tidak teruji dgn 'kelalaian' yg tidak disenghajakan ini..

Kesunyian walaupun sekelumit sekiranya ia telah mengambil tempat walau sebesar zarah akan mengganggu fikiran..mempengaruhi pekerjaan dan rutin harian hidup...

Jiwa tidak akan tenteram sekiranya org yg disayangi seakan2 tidak membelai jiwa yg sudah terusik...
Bagi seorang lelaki...erti kesunyian amat mudah merembat segala kebahagiaan yg telah lama dikecapi...akan mudah berlabuh disudut hati dan akan mudah pula menerima sesiapa saja yg dapat mengesannya dengan mudah...Amat mendukacitakan sekali kalau rasa sunyi ini telah pun diisi oleh org lain yg mula mengambil perhatian dan suami pula membenarkan keadaan ini...

Mami berpandangan masih belom terlewat untuk adik membetulkan keadaan...kasih akan bertaut semula sekiranya suami membenarkan segala keluhan kita mengambil tempat dihatinya...Jangan mudah berputus asa dan jgn biarkan perkara ini berlarutan...raihlah simpati darinya dgn menyedarkannya rasa tanggungjawab terhadap anak2 yg kian membesar dan perlu diberi perhatian yg lebih...Atas kefahaman ini kemungkinan akan melembutkan hatinya untuk menolak apa saja yg menginggah dihatinya melainkan kita dan anak2.. Tiada senjata lain yg boleh membantu kita melainkan dgn DOA...sesibuk mana pon kita ...bermunajatlah kpd Allah dan mohonlah petunjuk darinya unt menyelesaikan keadaan...krn segala ujian adalah datang dari Nya dan kepadaNya lah kita memohon pertolongan untuk menanganinya..


***
Mami.. sememangnya nor hendak perbaiki apa yang sedang nor lalui bersama hubby..tapi macam mana mami..

Bukanlah kesibukan menguruskan anak membuatkan nor terleka... mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.. untuk pengetahuan mami..nor memikul tanggungjawab lebih dari tanggungjawab seorang suami.. malah tanggungjawab sebagai seorang suami pun.. yang mencari nafkah untuk keluarga.. ia perlu diuruskan oleh nor seorang...

apa daya nor mami.. mungkin nasib nor tak seperti kawan2 yang lain... nor berusaha..berkerja keras..demi mencari nafkah..untuk kami sekeluarga. tanggungjawab yang sepatutnya digalas oleh dirinya..tetapi telah diletakkan di atas bahu nor..untuk nor pikul seorang diri..

berdosakah nor sekiranya dia merasa sunyi sedangkan segalanya telah dilepaskan tanpa belas kepada nor??

***
Quote:
kesedihan sangat2lah subjektif sebenarnya dik..
kadangkala kita menangis kerana sedih..
juga menangis kerana gembira..betul tak dik??
**
betul apa yg mami tulis tuh, tp kadang2 kita boleh belajar dr pengalaman org lain, sbb mrka lebih makan garam daripada kita dan kesedihan yg dialami oleh mrka berpengalaman juga menjadi pengajaran pada kita.....
***

apa saja yg baik jadikan iktibar walaupun ianya tidak berlaku kpd kita..

************
Dik nor sentiasa kene beringat...adik bukan berseorangan diuji sedemikian rupa oleh Allah..dan Allah Maha Mengetahui ...Allah tidak akan mensia2kan pengorbanan adik ...apa saja yg berbentuk 'ikhlas' akan diberi perhatian dan ganjaran yg lebih dari usaha dan pengorbanan yg di taburkan..

Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..
Mami faham apa yg adik alami...memang sukar untuk menerima keadaan ini.Namun sentiasalah beringat bahawa inilah yg terbaik disisi Allah buat adik ketika ini.Kesabaran melaluinya pastinya tidak akan dipersia2kan oleh Allah..

Banyak kemungkinan2 rahmat disebalik dugaan ini.Perkara2 yg tersurat tidak akan mudah difahami dgn hakikat apa yg bakal adik perolehi dimasa akan datang..

Faktor suami berkemungkinan mula beralih arah pastinya tersembunyi rahmat disebaliknya.Adik yg telah lama memikul bebanan mencarik nafkah unt keluarga sememangnya amat memeritkan...kesabaran manusia juga ada batasnya...

Pertimbangkan lah baik buruk bersamanya (suami)...kalau kita hidup tanpanya...apakah risiko2 yg akan dihadapi???
Sebaliknya,kalau ingin meneruskan hidup bersamanya...tandanya kita tidak mahu kehilangannya...maka perlulah kita menjalani kehidupan yg sebegini untuk kesekian kalinya...

Sikap manusia tidak mungkin akan berubah tanpa hidayah Allah...mami berharap jalankan tanggungjawab seperti biasa demi anak2 dan keluarga kita...mami percaya berkat kesabaran dan doa yg tidak putus2 mengharapkan pertolongan dan hidayah Allah pastinya akan merubah segala2nya kerana kita telah memilih untuk hidup bersamanya...
Serahkan lah segala2nya kepada Allah..memohon dan berdoa lah agar Allah menentukan apa yg terbaik untuk adik disisi Allah...insyaallah adik akan temui jawapannya..org yg teraniaya akan dimakbulkan segala doa2nya..

*********

**rezeki..demi anak... pernah nor katakan pada dia..nor telah penat mencari rezeki untuk dirinya...tapi tidak untuk anak... nor sanggup buat apa sahaja demi anak..

mami...sememangnya nor sayangkan dia..mahu terus bersamanya..kalau boleh...sehingga ke nafas yang terakhir... tetapi mami..adakan berbaloi pengorbanan yang nor lakukan sekarang terhadap dirinya dan keluarga... ???? berbaloikan bila nor keluar mencari rezeki ..menggalas tanggungjawab dan beban yang sepatutnya di tanggung oleh dirinya.. dan kemudian..cinta nor dikhianati.. lebih memeritkan..

berbaloikah kalau nor terus menunggu... sekiranya, setiap kali kesilapan yang dia lakukan dapat nor kesan.. kaki dan tangannya mula hinggap dia muka dan badan nor..berbaloikah itu mami????

maafkan nor..bukan niat nor untuk mengaibkan sesiapa..tetapi...itulah yang nor fikirkan..berbaloikah...

***nor.. sabar bebnyk ye..

cian lak ej dgr citer nor.. di sblik kejayaan yg nor kecapi.. rupanya ada citer sedih disbliknya
moga tuhan saja yg memblas pgorbanan nor... slgi boleh bertahan..bertahanlah nor..moga satu hari nanti suami nor sedar dan mgerti atas sgla yg tlh nor korbankn...

****itulah dia ej..tu yang nor maksudnya..di sebalik senyuman nor.. gelak tawa nor... manis muka nor.. terselindung..sesuatu tyang amat perit..yang terpaksa nor tanggung..

nor sedar..nor juga ada silap nor ... tetapi... apa dosa nor..sehingga dihukum sebegitu... setelah dilepaskan geram terhadap nor... dia datang.. memohon maaf... hati isteri mana yang tidak terguris..dan terluka... lebih2 lagi..dia bertindak kasar terhadap kita..semata2 kerana permpuan lain..
***
isteri @ ibu kepada anak2 dr benih dia...subhanallah...

kak nor..akak byk2 bersabar ye..lizz pon xde pengalaman..kawin pon belom tp sedih sgt bila baca kisah kak nor nie...kak nor byk berkorban n bersabar tp inikah balasan yg kak nor dpt...?

inilah yg org kata dugaan dlm perkahwinan..berat mata memandang,berat lg bahu yg memikul..hanya kak nor lebih tahu mana yg terbaik buat diri kak nor n famili...bersabar byk2 ye..

***
Hmm terus terang lah nor katakan.. nor pun tak kisah..kalau lah dia nak berkahwin dengan perempuan tu.. pergilah..klu dia rasa..itu yang membahagia kan dia..dan perempuan tu boleh bagi dia...apa yang nor tak boleh bagi... nak jugak tengok..sejauh mana perginya...

Bukanlah nak membangga diri..tapi..cuba menguatkan sekeping hati yang terluka nie... Nor ada kerja..nor ada anak..dan nor ada family dan kawan2..

tetapi terus terang nor katakan... nor tak sanggup untuk bermadu...

***
akk...

xsangka sebegini dugaaan akak time..

sabar ye kak...

be strong

MY LIFE...part 16

i do love theatre...
Photobucket
my fren..
here again..who am i...
Mami sambung di sini ....

Pengalaman mengajar mami apa erti kesunyian....mami selalu terfikir bahawa setara mami yg telah berusia selalu dihimpit kesunyian apatah lagi dikala waktu muda2 yg penuh rasa 'gelora'...

Tidak dapat mami bayangkan erti kesunyian yg menghimpit diri seorang lelaki ketika itu...Bagi mami sekiranya rumahtangga dikurniai cahayamata,hilai tawa anak2 dan rumahtangga yang dijaga dgn rapi ...kebersihan diri,makan minum ,kebersihan rumah dan lain2 yg kita fikirkan akan dapat memenuhi erti kesunyian seorang suami...
namun erti kesunyian bagi seseorang hubby adalah 'lain' sama sekali...
Cuba lah adik2 renungkan kata2 mami...
***
****Dew setuju dgn kata2 Mami Ladyzie tu....

Sbg isteri, kita sering berfikiran bhw kita sudah menjadi isteri yg cukup baik bila anak2 dididik dgn baik, makan minum keluarga dijaga, rumah kita dijaga dgn rapi dan bersih...

Sepanjang pengalaman Dew sbg isteri, berwaspada lah jika suami menyebut dia sunyi atau menunjukkan tanda2 dia sepi. Pada ketika itu, cepat2 beri perhatian kpd suami
dan pastikan suami ketahui dia lah lelaki yg kita puja...

**
betul tu dew...namun kadangkala naluri suami kita berbeza2....tambahan pula apabila keluarga kita telah di jengah rasa selesa,rezki yang baik juga hubby kita telah 'di intai2' oleh yg 'peminat'nya yg kita tidak ketahui.

peminat ini mungkin meminta simpati atau apa saja kemungkinan yg bermain dikotak fikiran mereka..ingin menumpang teduh dan kasih kita terpaksa dikongsi apabila ianya datang bertalu2 di telinga...ada ketikanya kalaupun hubby kita mampu menolakanya untuk kali pertama kedua dan seterusnya,namun adakah dia masih mampu bertahan apabila kita sibuk menguruskan rumahtangga ...terutama pelajaran anaak2,hantar tuition anak2,sibuk pula kita membantu pendapatan keluarga...

Benda2 yg mcm ni sebenarnya yg membuatkan kita terlupa seketika tentang kesunyiannya...

Namun bagi mami faktor tersebut merupakan faktor penyebab yang Allah telah aturkan untuk ujianNya....mampukah kita menolaknya kalau setiap waktu kita berdoa untuk meminta apa yg terbaik disisi Allah untuk kita???
Inilah doa mami ketika itu..ketika itu mami berdoa kepada Allah agar dikurniakan rezki yg melimpah ruah dan kurniakan lah apa yg terbaik disisi Allah buat mami....maka inilah yang terbaik buat mami disisi Allah...hanya airmata saja sebagai peneman doa yg telah dimakbulkan oleh Allah...alhamdulillah nasib mami sebenarnya jauh lebih baik dari sesetengah org lain yg dimadukan oleh suaminya...
**
****saya dah baca tulisan mami dalam topic nih, terharu sgt..saya nangis masa baca tulisan mami dr part 1 smpai part 4 nih... semoga mami tabah selalu..apapun, tomato percaya ahli2 pcm akan sentiasa ada dibelakang mami...mami jgn sedih2 yer...

**
Sunyi... satu perkataan yang sukar untuk ditafsirkan apabila ianya dilafazkan oleh seseorang yang bergelar lelaki..
Sunyi dari sudut mana??? nak kata isteri tiada...isteri ada dirumah... tiada anak.. telah dikurniakan allah cahayamata yang comel... apa lagi...
sememangnya sukar untuk ditafsirkan.. nor sendiri keliru...apabila..suami mengatakan yang dia sunyi.. sebagai alasan..untuk dia mencari teman diluar...

kesunyian yang nor lalui..terpaksa nor letak ketepi..disebabkan keterbatasan waktu.. dan kesunyian yang dia lalui..akibat daripada.. sikapnya yang melepaskan segalanya di bahu nor.. berdosakah nor sekiranya kesunyian itu di pihak dia..sedangkan nor terpaksa menggalas segala beban.. yang menyebabkan tiada tempat untuk nor memikirkan tentang kesunyian nor...

untuk menerima kenyataan hidup berpoligami...amatlah sukar... alang baru mendpat tahu suami mempunyai teman diluar.. telah cukup meluluhkan hati yang setia...

***
Sedihnye lizz baca luahan kak nor...sabar byk2 ye kak...org lelaki nie...hmmm...xtau la cmne nk ckp...
***
itulah...

senyuman yang terukir di bibir seseorang itu, belum tentu menandakan yang dia sedang bahagia.....
***
betul tuh..lizz harap akak bersaar dgn dugaan ni ek...tentu ada hikmahnyee..
**
***
kesedihan sangat2lah subjektif sebenarnya dik..
kadangkala kita menangis kerana sedih..
juga menangis kerana gembira..betul tak dik??

***
betul apa yg mami tulis tuh, tp kadang2 kita boleh belajar dr pengalaman org lain, sbb mrka lebih makan garam daripada kita dan kesedihan yg dialami oleh mrka berpengalaman juga menjadi pengajaran pada kita.....

**
***
norbaha telah menulis:
Sunyi... satu perkataan yang sukar untuk ditafsirkan apabila ianya dilafazkan oleh seseorang yang bergelar lelaki..

Sunyi dari sudut mana??? nak kata isteri tiada...isteri ada dirumah... tiada anak.. telah dikurniakan allah cahayamata yang comel... apa lagi...

sememangnya sukar untuk ditafsirkan.. nor sendiri keliru...apabila..suami mengatakan yang dia sunyi.. sebagai alasan..untuk dia mencari teman diluar...

kesunyian yang nor lalui..terpaksa nor letak ketepi..disebabkan keterbatasan waktu.. dan kesunyian yang dia lalui..akibat daripada.. sikapnya yang melepaskan segalanya di bahu nor.. berdosakah nor sekiranya kesunyian itu di pihak dia..sedangkan nor terpaksa menggalas segala beban.. yang menyebabkan tiada tempat untuk nor memikirkan tentang kesunyian nor...

untuk menerima kenyataan hidup berpoligami...amatlah sukar... alang baru mendpat tahu suami mempunyai teman diluar.. telah cukup meluluhkan hati yang setia...

*****

erti kesunyian..
Kadangkala diri yg begitu sibuk tidak sempat memerhati hati kita yg sunyi..apatah lagi untuk menyedari hati suami yg mula dilanda resah..

Kesibukan menguruskan tanggungjawab sebagai isteri menyebabkan kita tidak sempat memikirkan hal2 remeh yg sempat menjengah disudut hati..

Apabila malam berlabuh ..barulah kita sempat merenung dan sedar bahawa kita sebenarnya telah lama sunyi dalam riuhrendah alam sekeliling...ketika itu lah airmata akan mudah mengalir dan jiwa akan memendam perasaan yg terpaksa disembunyikan oleh kerana tuntutan kehidupan yg memerlukan perhatian..
umpamanya...rasa tanggungjawab yg begitu mendalam terhadap kesejahteraan anak2...kita sanggup mengenepikan perasaan kita dan sering mengabaikan yg lain termasuk suami..terabai yg tidak disenghajakan

Bagi kita anak2 adalah priority ketika itu...kita mengharapkan suami menghargai pengorbanan yg kita lalui..kita mengharapkan suami sama2 menggalas pengorbanan ini...namun bkn semua antara kita yg bernasib baik dan tidak teruji dgn 'kelalaian' yg tidak disenghajakan ini..

Kesunyian walaupun sekelumit sekiranya ia telah mengambil tempat walau sebesar zarah akan mengganggu fikiran..

HARGAI KEHIDUPAN...part 9

kehadiranmu memberi seribu erti sahabatku..
hanya untuk sekeping hati yang mahu mengerti..
mami n fren

Tuesday, December 16, 2008

HARGAI KEHIDUPAN...part 8

SAHABATKU...i love u so much..u r the only one..
MIDI AUG 2007..
BELOVED FREN
Photobucket

HARGAI KEHIDUPAN...part 7

Pengalaman ku bersama pembantu rumah..
Photobucket
Photobucket
Photobucket

HARGAI KEHIDUPAN...part 6

HOME SWEET HOME..
First time my house decor published in mag..WANITA..tahun?? tak ingat dah...
Photobucket
Photobucket
Photobucket

HARGAI KEHIDUPAN...part 5

...MAJALAH MIDI...2008
...cantik bergaya...maluuuuuuuuuuuuuuu...!!!
MIDI MAG
CANTIK BERGAYA

HARGAI KEHIDUPAN...part 4

..MIDI 2008..
Raikan tetamu..
satu hobi..
RAIKAN TETAMU
MORNING COFFEE

HARGAI KEHIDUPAN...part 3

HOME SWEET HOME...2
..Mingguan Wanita...2008
Photobucket
HOME SWEET HOME
Photobucket
Photobucket
Photobucket

HARGAI KEHIDUPAN...part 2

HOME SWEET HOME..
..MIDI MAGAZINE...2008

MAG 4

Photobucket

HOME SWEET HOME

HOME SWEET HOME

HARGAI KEHIDUPAN...

sweet memory..1976..
..haha..it was not the first time i've been given a chance.. so called 'publicity'..
..best student ..Form 6...SEK. MEN. AMINUDDIN BAKI,KUALA LUMPUR..
Photobucket
at last...
bukan aku saja yg graduate waktu itew..ramai lagi ..but...as a matter of appreciation..
here i am..
graduation

Wednesday, December 10, 2008

YOU and ME

frenship
..u n me... r a partnership of destiny...

Sunday, December 7, 2008

SALAM AIDILADHA 2008..

mami
Buat sesiapa saja yang pernah mengenali diriku..
..first time celebration with my kids..
SALAM AIDIL ADHA ...semoga bermula detik keberkatan...bersyukur dengan apa yang ada disisi..

Friday, December 5, 2008

LETS SHARE...BICARA HATI....

Photobucket

Mesti ada yang nak diluahkan di sini....lets share with me

LOVE..
LOVE... will keep us together..
LOVE ...will keep me warm nite n day...