Wednesday, December 31, 2008

MY LIFE...part 19

kenangan indah...
me with the Malaysian delegation...biz trip ..Amsterdam..
Photobucket
***
Bahang Ramadhon...

Seperti biasa setiap kali menjelang ramadhon,mami akan mula perhatikan bila tarikh mula bertarawikh..seterusnya bersahur...haribulan (date) tak penting..yg penting ialah 'hari' apakah itu???

Org bermadu amat concern tentang hari bukan tarikh...
Alhamdulillah untuk kesekian kalinya hari mula bertarawikh dan bersahur jatuh pada ahad malam dan sebelum subuh Isnin...Ini bermakna mami akan bergembira menyambutnya bersama2 hubby n ahli keluarga...

Demikianlah adik hakikat bermadu,,, perlu mengenepikan kemahuan sendiri sekiranya 'hari' itu buka jatuh kepada giliran kita...bayangkan lah sekiranya anak2 kita masih kecil....dan sering bertanya kenapa papanya tidak bershur bersama2????..sedangkan yg dah besar panjang pon walau dah tahu akan juga bertanya.....

AMSTERDAM

***
semoga ramadhan yang datang ini memberi 1001 hikmah kepada sahabat ku disini..yaAllah rahmatilah kami, kasihanilah kami dan renunglah kami dengan pandangan belas dan kasih sayang mu...

mami, nor....saya tidak layak untuk menulis disini tetapi apa yg dapat saya simpulkan bahawa jika saya berada di pihak kalian tentunya saya tidak mampu mejadi seperti kalian, apa yang dapat saya katakan ......tabahkan hati sesungguhnya tidak seorang pun yang memahami serta merasai apa yang sebenarnya yang kalian rasa, kecuali pada mereka yg berpijak di landasan yang sama...

betulah kata nor sesungguh setiap dugaan yang datang berbeza-beza cukuplah dengan kita redha hadapinya walau titis2 air mata jika ia ditadah mampu menyaingi lautan...

mmg menjadi lumrah jika kesenangan yg diraih tanpa perlu membanting tulang mencari nafkah dan sikapnya itu lalu berpanjang akan menjadikan diri alpa dan lupa sesungguhnya mereka yg alpa serta lupa itu dipandang benci oleh Allah..

nor, saya kagum dgn perubahan nor....yg bertambah manis dan nampak remaja....be strong ok, semoga Allah memberi petunjuk dan jalan nya kepada mu...

****
Sedih Dew membaca luahan hati Mami Ladyzie...

Alangkan Dew yg tidak bermadu tapi adakala terpaksa berbuka tanpa kehadiran suami dan semua anak2 pun, terasa sayu bila berdepan dgn keadaan begitu.. Ini kan Mami Ladyzie dgn keadaan berkongsi suami...

Sungguh tabah hati Mami Ladyzie mengharungi segala kepedihan di hati...

Apa2 pun, yg penting semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah... dunia dan akhirat...
***
Dew turut simpati dgn apa yg menimpa Nor...
Perempuan mana yg sanggup bermadu? Tak semua perempuan segagah Mami Ladyzie untuk mengharungi hidup bermadu...

Baru tadi Dew tengok gambar2 Nor kat forum destinasi topik colmar tropicale... tampak bahagia...
Kini bebrapa bulan kemudian, Nor bersedih hati pulak...
Inilah dia onak duri dalam rumahtangga Nor...
Kita perlu lalui nya dgn tabah agar kita menjadi insan berhati teguh dan agar kita lebih dekat kpd Allah swt...
Dew doakan semoga Nor sentiasa dirahmati Allah...
***
suka maupun tidak...mami kene gak mengharunginya...alhamdulillah..sesedih mana pon hati ini kehidupan perlu diteruskan.


***
TQ dik...kerana luahan simpati .... yang namanya perempuan sedikit sebanyak akan tersentuh jua hatinya bila tiba hal2 yg sebegini...Tuhan Maha Mengetahui kpd siapakah hambanya yg akan diberi ujian sedemikian rupa dan hanya Dia jua lah yg Maha Mengasihani...semoga kita semua tabah menghadapi semua ujian apa saja yg mendatang...insyaallah..

***
dalam dunia ni dik mmg ada jenis lelaki yg suka memukul isteri,berang tak tentu pasal...namun kalau itu sudah ketentuan Ilahi akan jodoh kita ...terimalah dgn redho krn setiap kesusahan akan ada kemenangan/kesenangan...itu janji Allah...

No comments: