Wednesday, December 31, 2008

MY LIFE...part 16

i do love theatre...
Photobucket
my fren..
here again..who am i...
Mami sambung di sini ....

Pengalaman mengajar mami apa erti kesunyian....mami selalu terfikir bahawa setara mami yg telah berusia selalu dihimpit kesunyian apatah lagi dikala waktu muda2 yg penuh rasa 'gelora'...

Tidak dapat mami bayangkan erti kesunyian yg menghimpit diri seorang lelaki ketika itu...Bagi mami sekiranya rumahtangga dikurniai cahayamata,hilai tawa anak2 dan rumahtangga yang dijaga dgn rapi ...kebersihan diri,makan minum ,kebersihan rumah dan lain2 yg kita fikirkan akan dapat memenuhi erti kesunyian seorang suami...
namun erti kesunyian bagi seseorang hubby adalah 'lain' sama sekali...
Cuba lah adik2 renungkan kata2 mami...
***
****Dew setuju dgn kata2 Mami Ladyzie tu....

Sbg isteri, kita sering berfikiran bhw kita sudah menjadi isteri yg cukup baik bila anak2 dididik dgn baik, makan minum keluarga dijaga, rumah kita dijaga dgn rapi dan bersih...

Sepanjang pengalaman Dew sbg isteri, berwaspada lah jika suami menyebut dia sunyi atau menunjukkan tanda2 dia sepi. Pada ketika itu, cepat2 beri perhatian kpd suami
dan pastikan suami ketahui dia lah lelaki yg kita puja...

**
betul tu dew...namun kadangkala naluri suami kita berbeza2....tambahan pula apabila keluarga kita telah di jengah rasa selesa,rezki yang baik juga hubby kita telah 'di intai2' oleh yg 'peminat'nya yg kita tidak ketahui.

peminat ini mungkin meminta simpati atau apa saja kemungkinan yg bermain dikotak fikiran mereka..ingin menumpang teduh dan kasih kita terpaksa dikongsi apabila ianya datang bertalu2 di telinga...ada ketikanya kalaupun hubby kita mampu menolakanya untuk kali pertama kedua dan seterusnya,namun adakah dia masih mampu bertahan apabila kita sibuk menguruskan rumahtangga ...terutama pelajaran anaak2,hantar tuition anak2,sibuk pula kita membantu pendapatan keluarga...

Benda2 yg mcm ni sebenarnya yg membuatkan kita terlupa seketika tentang kesunyiannya...

Namun bagi mami faktor tersebut merupakan faktor penyebab yang Allah telah aturkan untuk ujianNya....mampukah kita menolaknya kalau setiap waktu kita berdoa untuk meminta apa yg terbaik disisi Allah untuk kita???
Inilah doa mami ketika itu..ketika itu mami berdoa kepada Allah agar dikurniakan rezki yg melimpah ruah dan kurniakan lah apa yg terbaik disisi Allah buat mami....maka inilah yang terbaik buat mami disisi Allah...hanya airmata saja sebagai peneman doa yg telah dimakbulkan oleh Allah...alhamdulillah nasib mami sebenarnya jauh lebih baik dari sesetengah org lain yg dimadukan oleh suaminya...
**
****saya dah baca tulisan mami dalam topic nih, terharu sgt..saya nangis masa baca tulisan mami dr part 1 smpai part 4 nih... semoga mami tabah selalu..apapun, tomato percaya ahli2 pcm akan sentiasa ada dibelakang mami...mami jgn sedih2 yer...

**
Sunyi... satu perkataan yang sukar untuk ditafsirkan apabila ianya dilafazkan oleh seseorang yang bergelar lelaki..
Sunyi dari sudut mana??? nak kata isteri tiada...isteri ada dirumah... tiada anak.. telah dikurniakan allah cahayamata yang comel... apa lagi...
sememangnya sukar untuk ditafsirkan.. nor sendiri keliru...apabila..suami mengatakan yang dia sunyi.. sebagai alasan..untuk dia mencari teman diluar...

kesunyian yang nor lalui..terpaksa nor letak ketepi..disebabkan keterbatasan waktu.. dan kesunyian yang dia lalui..akibat daripada.. sikapnya yang melepaskan segalanya di bahu nor.. berdosakah nor sekiranya kesunyian itu di pihak dia..sedangkan nor terpaksa menggalas segala beban.. yang menyebabkan tiada tempat untuk nor memikirkan tentang kesunyian nor...

untuk menerima kenyataan hidup berpoligami...amatlah sukar... alang baru mendpat tahu suami mempunyai teman diluar.. telah cukup meluluhkan hati yang setia...

***
Sedihnye lizz baca luahan kak nor...sabar byk2 ye kak...org lelaki nie...hmmm...xtau la cmne nk ckp...
***
itulah...

senyuman yang terukir di bibir seseorang itu, belum tentu menandakan yang dia sedang bahagia.....
***
betul tuh..lizz harap akak bersaar dgn dugaan ni ek...tentu ada hikmahnyee..
**
***
kesedihan sangat2lah subjektif sebenarnya dik..
kadangkala kita menangis kerana sedih..
juga menangis kerana gembira..betul tak dik??

***
betul apa yg mami tulis tuh, tp kadang2 kita boleh belajar dr pengalaman org lain, sbb mrka lebih makan garam daripada kita dan kesedihan yg dialami oleh mrka berpengalaman juga menjadi pengajaran pada kita.....

**
***
norbaha telah menulis:
Sunyi... satu perkataan yang sukar untuk ditafsirkan apabila ianya dilafazkan oleh seseorang yang bergelar lelaki..

Sunyi dari sudut mana??? nak kata isteri tiada...isteri ada dirumah... tiada anak.. telah dikurniakan allah cahayamata yang comel... apa lagi...

sememangnya sukar untuk ditafsirkan.. nor sendiri keliru...apabila..suami mengatakan yang dia sunyi.. sebagai alasan..untuk dia mencari teman diluar...

kesunyian yang nor lalui..terpaksa nor letak ketepi..disebabkan keterbatasan waktu.. dan kesunyian yang dia lalui..akibat daripada.. sikapnya yang melepaskan segalanya di bahu nor.. berdosakah nor sekiranya kesunyian itu di pihak dia..sedangkan nor terpaksa menggalas segala beban.. yang menyebabkan tiada tempat untuk nor memikirkan tentang kesunyian nor...

untuk menerima kenyataan hidup berpoligami...amatlah sukar... alang baru mendpat tahu suami mempunyai teman diluar.. telah cukup meluluhkan hati yang setia...

*****

erti kesunyian..
Kadangkala diri yg begitu sibuk tidak sempat memerhati hati kita yg sunyi..apatah lagi untuk menyedari hati suami yg mula dilanda resah..

Kesibukan menguruskan tanggungjawab sebagai isteri menyebabkan kita tidak sempat memikirkan hal2 remeh yg sempat menjengah disudut hati..

Apabila malam berlabuh ..barulah kita sempat merenung dan sedar bahawa kita sebenarnya telah lama sunyi dalam riuhrendah alam sekeliling...ketika itu lah airmata akan mudah mengalir dan jiwa akan memendam perasaan yg terpaksa disembunyikan oleh kerana tuntutan kehidupan yg memerlukan perhatian..
umpamanya...rasa tanggungjawab yg begitu mendalam terhadap kesejahteraan anak2...kita sanggup mengenepikan perasaan kita dan sering mengabaikan yg lain termasuk suami..terabai yg tidak disenghajakan

Bagi kita anak2 adalah priority ketika itu...kita mengharapkan suami menghargai pengorbanan yg kita lalui..kita mengharapkan suami sama2 menggalas pengorbanan ini...namun bkn semua antara kita yg bernasib baik dan tidak teruji dgn 'kelalaian' yg tidak disenghajakan ini..

Kesunyian walaupun sekelumit sekiranya ia telah mengambil tempat walau sebesar zarah akan mengganggu fikiran..

No comments: