Wednesday, December 31, 2008

MY LIFE...part 20

me in Paris..
PARIS
***
KERIANGAN BERPUASA.JUGA BERBUKA...
Seperti mami katakan tadi...'hari' menjadi concern bagi org2 yg bermadu..
Kini tibalah masanya mami berbuka puasa berseorangan...apabila anak2 masih kecil mereka akan bersama kita walau hubby tiada untuk berbuka bersama.
Apabila anak2 sudah dewasa dan punyai komitmen yg lain...mami terpaksa redho unt berbuka bersendirian....walaupun ada bibik didepan mami namun hakikatnya hati mami begitu sunyi dan sayu..perasaan sedih terpaksa mami pendamkan dihati...

Menerima hakikat bukanlah ini pertama kali mami begini....syukur gak ada pcm untuk luahan hati...bayangkan nasib org2 yg tidak berpeluang spt mami...dimanakah mereka? apakah yg dimakan oleh mereka? bersendiriankah mereka???..apakah yg bermain dihati mereka??? Dimanakah mereka melepaskan kesedihan mereka? Hanya Allah yg Tahu...

***
PAGI ini mami berasa sedih yg teramat bila terbaca kisah adik azie 169...
Walaupun mami telah 10 tahun bermadu namun perasaan sedih masih menyelubungi mami sekiranya mendengar ujian yg sama ini berlaku kepada siapa2 saja.Airmata mami akan mudah mengalir..

Sememangnya amat terasa luka yg begitu mendalam yg tidak mudah untuk disembuhkan walaupun telah lama mami bermadu.Perasaan kecil hati ,jauh hati dan segala2 mcm yang melibatkan hati yg sudah tercalar masih mengusik jiwa mami.

Memang benar ...bukan mudah kita menggapai syurga ..laluan tidak semudah yg disangka...adakah dengan cara ini sebagai shortcut untuk mami menggapainya???....Kalaupun ini dikira shortcut ,namun masih banyak lagi rintangan yg harus ditepis...

Setabah mana pun kita melaluinya namun masih banyak lagi dugaan yg perlu dilalui untuk org2 yang 'terpilih' untuk melaluinya ...hanya Allah saja yg MengetahuiNya ...tidak mudah untuk diluahkan segala perasaan yg terpendam..kadangkala mami terasa mcm hidup ini berpura2....

Terpaksa senyum walaupun dihati dilanda sedih tidak terkira.Terpaksa harungi kesunyian bersendiri...menepis segala macam yg boleh memenuhi kesunyian mami...kadangkala mami kecundang dgn ujian ini...sekalisekala mami menang dlm pertarungan ini...kemenangan yg di raih kadangkala tidak mencukupi untuk menutup dosa2 kecundang mami...namun mami serahkan kepada Allah untuk menilainya dan Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.....sedalam lautan pon kalau airmata ini tercurah tidak akan kering...tidak akan menyelesaikan permasaalahan kecuali bermunajat kepada Allah memohon pertolonganNya..

Perasaan sedih yg mendalam dihadapi oleh adik azie169 adalah kerana hubby berkahwin tanpa pengetahuannya berbanding kalau hubby meminta izin terlebih dahulu.Tambahan pula kalau kita ketahui hubby telah pon dikurniakan cahayamata.Sukar untuk digambarkan kesedihan yg menghimpit.Tambahan pula kalau faktor zuriat diambil kira.Namun ini adalah hanya faktor penyebab.Berapa ramai yg walaupun mempunyai zuriat namun masih juga dimadukan.Ini adalah kerja Allah..jgn lah hendaknya kita mempertikaikannya....Bukankah kita berasa beruntung mendapat perhatian yg lebih dari Allah??? sentiasa kita berserah kepadaNya?? sentiasa ingatkan Allah???..sentiasa ingat bahawa manusia tidak mungkin dapat membantu memecahkan rahsia Allah??? Bukan kita menjadi org yg amat beruntung???

Untuk adik azie...menangis lah sepuas mahumu...mami tahu kita kan menangis sepanjang hayat...kita juga masih tidak ketahui samada penceraian itu adalah lebih baik..oleh yg demikian sandarkan harapan kepada Allah.....biarlah Allah yg memberi jawapnNya dengan hidayahNya...SABAR adalah kunci segalanya...

Ingatlah...segalanya tidak akan berlaku kalau tidak dengan izin Allah...kembalilah kepadaNya...

No comments: