Wednesday, December 31, 2008

MY LIFE...part 23

boring2...kita pergi ke A Famosa waterworld taw baru2 nih..sori yer..baju basah lepas berendam..
a famosa
jom sambung....
setiap yang berlaku tu,ada hikmahnya kan mami..

dalam quran pun ada tertulis,kadang2,apa yg tidak kita sukai itu adalah yang baik buat kita..begitu jugak sebaliknya..kita takkan tahu rahsia Allah..
sebagai hamba,kita wajib redha dan usaha untuk menuju ke arah lebih baik..

apa pun mami,tima kasih banyak sebab apa yg mami tulis ni amat memberi erti..teladan buat saya.. syukran jazilan.
***
ye dik...mami pasrah..
***
hepi belated besday tuk mami..
semoga hr2 mendatang yg akan mami lalui,
akan lbh memberi sinar kebahgiaan bt mami....

***
tq dik..Amiiinnnn

Photobucket
Sambutan hariraya kalini amatlah berbeza samasekali tidak seperti sambutan hariraya yg lalu.

Buat pertama kalinya mami memilih untuk tidak bersama hubby dimalam hariraya juga tidak bersama pada hariraya pertama.Mami bersyukur krn hubby memberi priority kepada mami untuk membuat pilihan untuk pertama kalinya.Setelah mengadakan perbincangan dgn anak mami (boy) ..akhirnya kami bersetuju untuk tidak bersama hubby kalini.

walaupun kesedihan tersemat dihati mami namun senyuman terpaksa diukir dibibir demi menjaga perasaan boy.Setelah bersembahyang raya dan menghantar sms ucap selamat kpd sanak saudara sebelah hubby dan setelah menunaikan solat sunat aidilfitri,hati mami teringat anak perempuan mami yg kini sedang menunaikan umrah dan hanya akan kembali pada hariraya ke9.Perasaan sedih mula menyelubungi hati mami..

Boy seakan2 memahami perasaan mami dan pada mlm hariraya kami habiskan masa dgn makan2 di Mall...dan tengok movie.Pada hari ini..raya pertama sekali lagi mami dibawa berjalan2 di Alamanda untuk melihat movie lagi.Balik mengadap tv ...makan...mengadap tv...

Sehingga saat coretan ini ditulis mami masih belum menerima apa2 berita dari hubby..no calls no sms...sejak semalam...namun mami tetap seperti ini.....cuba menggembirakan hati mami dgn cara yg tersendiri...mami tidak mahu mengganggu hubby dgn gangguan sms krn menghormati masanya bersama madu..

demikianlah adik2 hakikat kehidupan bermadu....semoga apa yg mami coretkan ini memberi renungan panjang untuk adik2..yg baik dijadikan tauladan,yang buruk dijadikan sempadan..

Selamat hariraya ,maaf zahir dan batin....

***
Selamat Hari Raya... maaf zahir batin Mami Ladyzie...

Sedih Dew membaca coretan mami Ladyzie ttg berhari raya tanpa suami di sisi...

Namun itulah hakikat hidup bermadu...

ALLAH lebih Maha Mengetahui segala-galanya...
***
tq datin dew..
sedih tidak terkira namun kene lah telan segalanya...mami mula terfikir beginikah keadaan org2 yg tidak bersuami?...suami yg telah pergi buat selama2nya?....berganda lagi kesedihan yg di rasa..
***
ladyzie50 telah menulis:
baizura_kim telah menulis:

mami, masa nikah kan ada kadi suruh pengantin lelaki lafaz taklik... anadai kata menyakiti isteri tanpa sebab...tinggal isteri lebih 3 bulan tanpa nafkah zahir batin...etc etc etc..maka jatuh la talak...yakni cerai taklik...

kim rs dlm kes Nor ni mesti suami dia pun ada lafaz yg sama... jatuh ke tak?? kang dah jatuh talak kita yg tak pasan.... harap mami dpt bantu jelaskan...hehe makaceh
***
kene rujuk jabtan agama dik..taksilap mami suami akan dipanggil sekiranya kita membuat aduan ...suami diminta memberi penerangan dan sebagainya...mami kurang arif bab nih..perlu mendapat pengesahan dari pejabat agama..
****

Dew rasa kalu si isteri mengadu ke pejabat agama ttg perkara dlm lafaz taklik, baru lah dikira jatuh talak...
****
tq datin dew..
sedih tidak terkira namun kene lah telan segalanya...mami mula terfikir beginikah keadaan org2 yg tidak bersuami?...suami yg telah pergi buat selama2nya?....berganda lagi kesedihan yg di rasa..


***
Apa yang berlaku dikalangan sahabat2 kita mami harapkan menjadi iktibar kepada kita semua.

Kadangkala kita mungkin terfikir bahawa alangkah baiknya kalau kita berseorangan...bebas membuat segala mcm...tak siapa yg melarang..maksudnya dari kita berkongsi kasih lebih baik kita tidak menjadi ayam dlm kurungan...makannya terjaga hidupnya tidak bebas.Namun ada juga ketikanya yang kita memikirkan bahawa kalaupun kita bebas namun mampukah kita hidup bersendirian?..mampukah kita menyara kehidupan kita bersama anak2 kita bersendirian?

Persoalan ini tidak akan terjawab selagi kita tidak membuat pilihan.Pilihan kita pula bergantung kepada suasana pada masa kejadian berlaku.Sesungguhnya kita umpama 'buah catur' yang bergerak dipapan catur...setiap pergerakan kitalah yg memilih...penghujungnya adalah hasil gerakan yg dipilih..pandai2lah kita membuat pilihan dgn hidayah Allah...kita merancang dan Allah yg menentukan...

No comments: