Wednesday, December 31, 2008

MY LIFE...part 18

i love this too..
MY COLLECTION..

***
dik nor mempunyai pilihan sendiri...
Bukan semua org mampu menjalani hidup tanpa suami atau bukan semua org mampu lakukan sepertimana yg dilakukan oleh dik nor....disakiti walaupun telah melaksanakan tanggungjawab dgn baik...

Dik Nor boleh mengadu ke Pejabat Agama berdekatan jika mahu..namun pastinya akan memburukkan lagi suasana sekiranya hubby tahu...kerana hubby tidak segan silu memukul dik nor.

Walaubagaimanapun...kita boleh meminta perlindungan pejabat agama sekiranya hal ini berlaku.Pernah satu ketika dahulu kes yg sama berlaku kpd sahabat mami.Oleh kerana beliau tidak tahan lagi ,beliau mengambil keputusan untuk memohon penceraian.Beliau telah mengambil gamba serta merta dan terus ke pejabat agama berdekatan buat aduan dan memohon penceraian.Beliau telah di beri perlindungan setelah membuat repot polis sementara menunggu kes penceraian selesai..Ini sekiranya kita memilih untuk tidak bersamanya lagi...

Mami harap dik nor cuba memohon petunjuk dari Allah dgn bersolat istikhorah agar tiada penyesalan dikemudian hari..


***
norbaha telah menulis:
Hmm terus terang lah nor katakan.. nor pun tak kisah..kalau lah dia nak berkahwin dengan perempuan tu.. pergilah..klu dia rasa..itu yang membahagia kan dia..dan perempuan tu boleh bagi dia...apa yang nor tak boleh bagi... nak jugak tengok..sejauh mana perginya...

Bukanlah nak membangga diri..tapi..cuba menguatkan sekeping hati yang terluka nie... Nor ada kerja..nor ada anak..dan nor ada family dan kawan2..

tetapi terus terang nor katakan... nor tak sanggup untuk bermadu...


BUKAN MUDAH HIDUP BERMADU..
Sedangkan dik nor sorang pon hubby tak mampu nak carik nafkah zahir...namun kuasa Allah tak siapa yg tahu...Allah bisa mengubah segala2nya....

Dari pemerhatian mami ,adik perlu bersabar sekiranya masih ingin bersamanya..sekiranya ditakdirkan kita hidup bermadu tak siapa dapat melawan takdir..tak siapa pula dapat menduga segala rahmat disebalik dugaan ini....

mcm mami kata tadi...ada baiknya adik mengambil gamba kesan2 pukulan hubby dibadan setiap kali dipukul tanpa pengetahuannya...simpanlah segala bukti dgn baik sehingga tidak dapat dikesan pleh suami sehingga memburukkan keadaan lagi...
Bukti ini akan menjadi saksi terbaik sekiranya ditakdirkan dik nor telah mendapat hidayah serta kekuatan untuk tidak bersamanya lagi...


****
HIDUP PENUH DUGAAN...

Tak semudah itu kita mendapat syurga Allah...mcm yg pernah mami katakan dulu...semakin kita ingin menggapai syurga semakin jauh pula ia pergi...

Syurga akan diperolehi dgn hidayah Allah...tak siapa boleh menghukum apatah lagi untuk ...'mentelah'...

Sememangnya yg terbaik adalah dari Allah,yang buruk adalah dari kita..
Bukan mudah menyemai iman untuk org2 yg tidak bermadu...apatah lagi untuk org2 yg bermadu...

Kadangkala kita kecundang ketika mempertahankan yang ada...apakah semuanya akan mendapat payung emas????
Barangkali mungkin mahu saja kita menukar payung emas dari melepaskan hubby kawin lagi satu..seperti yg digembargemburkan untuk org2 yg bermadu...

Apapun..bagi yg bermadu...payung emas ni tolak tepi..tak pernah terfikir apa itu payung emas..tapi kalau Allah nak beri alangkah baiknya...layak kah kita????

Bagi mami bukan itu yg difikirkan ketika memberi laluan untuk hidup bermadu...apa yg ada dlm kotak fikiran ketika itu hanya sekadar merenung kesilapan diri sendiri,muhasabah akan dosa2 yg ada terhadap suami..moga2 pengorbanan ini mendapat perhatian dari suami dan Allah..
Ternyata tidaklah semudah mengeluarkan kata2...sehingga kini mami terus menerus mendapat perhatian Allah dgn ujian yg berat...Masyaallah..Astaghfirullah...
Semoga mami mendapat pengamponanNya...


***
mami..nor yakin pada satu perkara.. Allah menguji kita dengan ujian sebegitu kerana allah tahu..kita mampu menghadapinya.... Setiap antara kita.. dugaan yang diturunkan allah..berbeza-beza... dan Allah hendak menguji sejauh mana keimanan kita terhadapnya....

Bila difikirkan pasal itu... kadangkala membuatkan nor insaf... Tetapi..ada kalanya.. nor juga akan menyesali diri... bertanya pada diri sendiri... Apakah dosa ku sehingga tuhan menduga aku dengan ujian yang sebegini...

***
Atas dasar yakin lah mami masih mampu mengukir senyum...seolah2 tiada apa yg telah berlaku..terlupa seketika akan hati yg tercalar krn yakin bahawa Tuhan turunkan ujian kepada manusia tidak sia2...

Bukan ini saja yg dihadapi oleh org2 yg 'telah tersenarai atau masih menjadi calon menunggu' dalam senarai pencalonan bermadu...hanya Allah yg tahu... harini kita bergelak ketawa dgn kebahagiaan yg ada...namun esok lusa tak siapa yg tahu...apakah jodoh kita masih kekal bersama suami kita??? Atau...adakah ini hari2 terakhir kita bersama suami kita akan pergi meninggalkan kita buat selama2nya.....

Justeru,mami sentiasa mengambil sikap positif terhadap sesuatu perkara.Sentiasa ingat adalah hikmahnya.Allah memberi pandangan yg teramat istimewa kpd setiap kita yg diujinya...dgn cara itu lah maka kita dapat melaluinya dgn sabar...insyaallah,mami harap dik nor tabah dan bersangkabaiklah dgn Allah..moga2 ada rahmat disebalik dugaan ini...

No comments: