Wednesday, December 31, 2008

MY LIFE...part 17

My collection...one of the most that i love...
Photobucket

****
norbaha telah menulis:
Sunyi... satu perkataan yang sukar untuk ditafsirkan apabila ianya dilafazkan oleh seseorang yang bergelar lelaki..

Sunyi dari sudut mana??? nak kata isteri tiada...isteri ada dirumah... tiada anak.. telah dikurniakan allah cahayamata yang comel... apa lagi...

sememangnya sukar untuk ditafsirkan.. nor sendiri keliru...apabila..suami mengatakan yang dia sunyi.. sebagai alasan..untuk dia mencari teman diluar...

kesunyian yang nor lalui..terpaksa nor letak ketepi..disebabkan keterbatasan waktu.. dan kesunyian yang dia lalui..akibat daripada.. sikapnya yang melepaskan segalanya di bahu nor.. berdosakah nor sekiranya kesunyian itu di pihak dia..sedangkan nor terpaksa menggalas segala beban.. yang menyebabkan tiada tempat untuk nor memikirkan tentang kesunyian nor...

untuk menerima kenyataan hidup berpoligami...amatlah sukar... alang baru mendpat tahu suami mempunyai teman diluar.. telah cukup meluluhkan hati yang setia...

******

KESUNYIAN..........

Setiap org mempunyai definasi tersendiri terhadap erti kesunyian..
Kadangkala diri yg begitu sibuk tidak sempat memerhati hati kita yg sunyi..apatah lagi untuk menyedari hati suami yg mula dilanda resah..

Kesibukan menguruskan tanggungjawab sebagai isteri menyebabkan kita tidak sempat memikirkan hal2 remeh yg sempat menjengah disudut hati..

Apabila malam berlabuh ..barulah kita sempat merenung dan sedar bahawa kita sebenarnya telah lama sunyi dalam riuhrendah alam sekeliling...ketika itu lah airmata akan mudah mengalir dan jiwa akan memendam perasaan yg terpaksa disembunyikan oleh kerana tuntutan kehidupan yg memerlukan perhatian..
umpamanya...rasa tanggungjawab yg begitu mendalam terhadap kesejahteraan anak2...kita sanggup mengenepikan perasaan kita dan sering mengabaikan yg lain termasuk suami..terabai yg tidak disenghajakan

Bagi kita anak2 adalah priority ketika itu...kita mengharapkan suami menghargai pengorbanan yg kita lalui..kita mengharapkan suami sama2 menggalas pengorbanan ini...namun bkn semua antara kita yg bernasib baik dan tidak teruji dgn 'kelalaian' yg tidak disenghajakan ini..

Kesunyian walaupun sekelumit sekiranya ia telah mengambil tempat walau sebesar zarah akan mengganggu fikiran..mempengaruhi pekerjaan dan rutin harian hidup...

Jiwa tidak akan tenteram sekiranya org yg disayangi seakan2 tidak membelai jiwa yg sudah terusik...
Bagi seorang lelaki...erti kesunyian amat mudah merembat segala kebahagiaan yg telah lama dikecapi...akan mudah berlabuh disudut hati dan akan mudah pula menerima sesiapa saja yg dapat mengesannya dengan mudah...Amat mendukacitakan sekali kalau rasa sunyi ini telah pun diisi oleh org lain yg mula mengambil perhatian dan suami pula membenarkan keadaan ini...

Mami berpandangan masih belom terlewat untuk adik membetulkan keadaan...kasih akan bertaut semula sekiranya suami membenarkan segala keluhan kita mengambil tempat dihatinya...Jangan mudah berputus asa dan jgn biarkan perkara ini berlarutan...raihlah simpati darinya dgn menyedarkannya rasa tanggungjawab terhadap anak2 yg kian membesar dan perlu diberi perhatian yg lebih...Atas kefahaman ini kemungkinan akan melembutkan hatinya untuk menolak apa saja yg menginggah dihatinya melainkan kita dan anak2.. Tiada senjata lain yg boleh membantu kita melainkan dgn DOA...sesibuk mana pon kita ...bermunajatlah kpd Allah dan mohonlah petunjuk darinya unt menyelesaikan keadaan...krn segala ujian adalah datang dari Nya dan kepadaNya lah kita memohon pertolongan untuk menanganinya..


***
Mami.. sememangnya nor hendak perbaiki apa yang sedang nor lalui bersama hubby..tapi macam mana mami..

Bukanlah kesibukan menguruskan anak membuatkan nor terleka... mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.. untuk pengetahuan mami..nor memikul tanggungjawab lebih dari tanggungjawab seorang suami.. malah tanggungjawab sebagai seorang suami pun.. yang mencari nafkah untuk keluarga.. ia perlu diuruskan oleh nor seorang...

apa daya nor mami.. mungkin nasib nor tak seperti kawan2 yang lain... nor berusaha..berkerja keras..demi mencari nafkah..untuk kami sekeluarga. tanggungjawab yang sepatutnya digalas oleh dirinya..tetapi telah diletakkan di atas bahu nor..untuk nor pikul seorang diri..

berdosakah nor sekiranya dia merasa sunyi sedangkan segalanya telah dilepaskan tanpa belas kepada nor??

***
Quote:
kesedihan sangat2lah subjektif sebenarnya dik..
kadangkala kita menangis kerana sedih..
juga menangis kerana gembira..betul tak dik??
**
betul apa yg mami tulis tuh, tp kadang2 kita boleh belajar dr pengalaman org lain, sbb mrka lebih makan garam daripada kita dan kesedihan yg dialami oleh mrka berpengalaman juga menjadi pengajaran pada kita.....
***

apa saja yg baik jadikan iktibar walaupun ianya tidak berlaku kpd kita..

************
Dik nor sentiasa kene beringat...adik bukan berseorangan diuji sedemikian rupa oleh Allah..dan Allah Maha Mengetahui ...Allah tidak akan mensia2kan pengorbanan adik ...apa saja yg berbentuk 'ikhlas' akan diberi perhatian dan ganjaran yg lebih dari usaha dan pengorbanan yg di taburkan..

Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..
Mami faham apa yg adik alami...memang sukar untuk menerima keadaan ini.Namun sentiasalah beringat bahawa inilah yg terbaik disisi Allah buat adik ketika ini.Kesabaran melaluinya pastinya tidak akan dipersia2kan oleh Allah..

Banyak kemungkinan2 rahmat disebalik dugaan ini.Perkara2 yg tersurat tidak akan mudah difahami dgn hakikat apa yg bakal adik perolehi dimasa akan datang..

Faktor suami berkemungkinan mula beralih arah pastinya tersembunyi rahmat disebaliknya.Adik yg telah lama memikul bebanan mencarik nafkah unt keluarga sememangnya amat memeritkan...kesabaran manusia juga ada batasnya...

Pertimbangkan lah baik buruk bersamanya (suami)...kalau kita hidup tanpanya...apakah risiko2 yg akan dihadapi???
Sebaliknya,kalau ingin meneruskan hidup bersamanya...tandanya kita tidak mahu kehilangannya...maka perlulah kita menjalani kehidupan yg sebegini untuk kesekian kalinya...

Sikap manusia tidak mungkin akan berubah tanpa hidayah Allah...mami berharap jalankan tanggungjawab seperti biasa demi anak2 dan keluarga kita...mami percaya berkat kesabaran dan doa yg tidak putus2 mengharapkan pertolongan dan hidayah Allah pastinya akan merubah segala2nya kerana kita telah memilih untuk hidup bersamanya...
Serahkan lah segala2nya kepada Allah..memohon dan berdoa lah agar Allah menentukan apa yg terbaik untuk adik disisi Allah...insyaallah adik akan temui jawapannya..org yg teraniaya akan dimakbulkan segala doa2nya..

*********

**rezeki..demi anak... pernah nor katakan pada dia..nor telah penat mencari rezeki untuk dirinya...tapi tidak untuk anak... nor sanggup buat apa sahaja demi anak..

mami...sememangnya nor sayangkan dia..mahu terus bersamanya..kalau boleh...sehingga ke nafas yang terakhir... tetapi mami..adakan berbaloi pengorbanan yang nor lakukan sekarang terhadap dirinya dan keluarga... ???? berbaloikan bila nor keluar mencari rezeki ..menggalas tanggungjawab dan beban yang sepatutnya di tanggung oleh dirinya.. dan kemudian..cinta nor dikhianati.. lebih memeritkan..

berbaloikah kalau nor terus menunggu... sekiranya, setiap kali kesilapan yang dia lakukan dapat nor kesan.. kaki dan tangannya mula hinggap dia muka dan badan nor..berbaloikah itu mami????

maafkan nor..bukan niat nor untuk mengaibkan sesiapa..tetapi...itulah yang nor fikirkan..berbaloikah...

***nor.. sabar bebnyk ye..

cian lak ej dgr citer nor.. di sblik kejayaan yg nor kecapi.. rupanya ada citer sedih disbliknya
moga tuhan saja yg memblas pgorbanan nor... slgi boleh bertahan..bertahanlah nor..moga satu hari nanti suami nor sedar dan mgerti atas sgla yg tlh nor korbankn...

****itulah dia ej..tu yang nor maksudnya..di sebalik senyuman nor.. gelak tawa nor... manis muka nor.. terselindung..sesuatu tyang amat perit..yang terpaksa nor tanggung..

nor sedar..nor juga ada silap nor ... tetapi... apa dosa nor..sehingga dihukum sebegitu... setelah dilepaskan geram terhadap nor... dia datang.. memohon maaf... hati isteri mana yang tidak terguris..dan terluka... lebih2 lagi..dia bertindak kasar terhadap kita..semata2 kerana permpuan lain..
***
isteri @ ibu kepada anak2 dr benih dia...subhanallah...

kak nor..akak byk2 bersabar ye..lizz pon xde pengalaman..kawin pon belom tp sedih sgt bila baca kisah kak nor nie...kak nor byk berkorban n bersabar tp inikah balasan yg kak nor dpt...?

inilah yg org kata dugaan dlm perkahwinan..berat mata memandang,berat lg bahu yg memikul..hanya kak nor lebih tahu mana yg terbaik buat diri kak nor n famili...bersabar byk2 ye..

***
Hmm terus terang lah nor katakan.. nor pun tak kisah..kalau lah dia nak berkahwin dengan perempuan tu.. pergilah..klu dia rasa..itu yang membahagia kan dia..dan perempuan tu boleh bagi dia...apa yang nor tak boleh bagi... nak jugak tengok..sejauh mana perginya...

Bukanlah nak membangga diri..tapi..cuba menguatkan sekeping hati yang terluka nie... Nor ada kerja..nor ada anak..dan nor ada family dan kawan2..

tetapi terus terang nor katakan... nor tak sanggup untuk bermadu...

***
akk...

xsangka sebegini dugaaan akak time..

sabar ye kak...

be strong

No comments: