Monday, March 30, 2009

MY LIFE...PART..36

me n one and only beloved doter..
Photobucket

again...
Telah dihantar pada: Rabu Mac 04, 2009 3:22 pm
xhoszaa Mesej: 369
Mami….
Terpanggil xhoszaa nak bercerita kat sini…membaca luahan2 mami tue buat saya jd lebih tenang dan menggunakannya sebagai rujukan kepada seseorang…
Bukan orang lain tetapi SUAMI saya sendiri…
Tapi bukanlah saya yg dimadukan, sebaliknya IBU MERTUA saya…
Sebenarnya kejadian nie berlaku saat saya sedang sarat mengandungkan Ay, ketika tue usia kandungan saya dlm 5-6 bulan…(tahun 2006)
sedang ranjak merancang majlis perkahwinan adik saya sendiri di kampung, suami menerima panggilan talifon dari ibunya…lebih kurang jam 10pm….saya tak mengendahkan sbb dah biasa ibunya akan menghubunginya setiap malam…selepas 1 jam berbual…suami mendekati saya dan menarik tangan saya mengajak saya masuk kedalam kereta…saya lihat ketika itu suami saya MENANGIS!!!!
Sambil teresak2 dia bercerita….ayahnya mempunyai isteri kedua..dengan 3 orang anak kandung, yg sulung berusia 23 tahun, kedua, 20 tahun dan yg bongsu baru berusia 3 tahun!!!
Saya tahu perasaan suami ketika itu, mentelah dia sangat rapat dengan ibunya dan sebagai anak sulung, jelas ibunya byk bergantung dan bercerita dgnnya!!!
Subuh2 keesokan harinya kami ke KL dan menaiki bas utk pulang ke A.Star…suami tidak mampu memandu, dlm emosi yg tak stabil bgt….
Saya rasa, Mami boleh bayangkan keadaan ibu mertua saya sesampainya kami ke rumahnya….cukup sedih utk saya gambarkan…selama 23 tahun dia tertipu!!! Abah pulak hanya duduk diam di kerusi, x bersuara…
Berhari2 kami memujuk…selama dekat 1 minggu di sana…hampir setiap waktu kami memerhatikan tingkah laku ibu, (sbb byk kali dia cuba melarikan diri-memandu kereta @ motorsikalnya) sambil menangis)…risau kalau ada perkara buruk yg menimpa padanya(kemalangan)…namun berlaku jugak….Ibu mertua saya hilang lebih 24 jam, handphonenya tidak dijawab awalnya..kmdn x dapat dihubungi…SAYA DAPAT LIHAT KERISAUAN PD WAJAH SUAMI, KESEDIHAN YG NYATANYA!!!
..Ibu menghubungi kami sehari slps tue menyatakan dia dirumah kawannya..
menenangkan perasaan…lega kami masa tue…
Sehingga hari ini, setiap malam menghubungi suami xhosza…ibu masih menangis dan x dapat menerima hakikat..walau dah letih suami saya menasihatinya…
Pernah kami minta dia berpindah saja kerumah kami buat smtr utk tenangkan hati, tp dia xnak, krn bimbang abah akan pergi menemui keluarga keduanya…

Apa lagi nak kami katakan Mami…saya tahu Ibu susah untuk terima kenyataan…tapi sikapnya tue akhirnya memakan dirinya sendiri…
Ibu semakin kurus, enggan makan, sering sakit….L
*****

****

dik,
...yang penting kita merenung kembali adakah kita ini sudah begitu hampir sempurna dimata suami??? adakah kita tidak seperti apa yg kita fikirkan..???

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya...."surah Al Baqarah:284-286.

Siapalah kita untuk mempersoalkan ujian Allah...Kadangkala timbul keadaan dimana kita hilang pertimbangan dgn bertanya kpd Allah...WHY ME???????...

Kesedihan hati yg dialami ibu mertua adik adalah sama saja spt mana2 perempuan lain yg dimadukan..Ia umpama sebuah batu yg menghempap kepala kita yg tidak mungkin kita berdaya mengangkat kepala kembali sekiranya tidak ada daya kekuatan mental dan fizikal ..

Cara penyelesaian yg diambil sebaik saja kita tahu bahawa kita telah dimadukan adalah banyak bergantung kpd kebijaksanaan seorang suami memberi perhatian kpd masaalah yg ditimbulkan olehnya..
Buat lah apa yg termampu untuk membawa kedukaan hati asalkan ianya tidak bertentangan dgn Islam...
Bawalah hati yg lara itu ketempat yg disenangi dan kembalilah kerumah sekiranya ketenangan telah ditemui keranaa syurga itu terletak atas keredhoan suami dan Allah...

Pergantungan kita ketika itu hanyalah pada Allah bukan manusia .Manusia hanya mampu melahirkan simpati tetapi Allah adalah tempat terbaik untuk kita mengadu krn semua itu datangnya dari Allah..
Berbekalkan keimanan dan hidayah yg ada dalam dada seseorang,maka tindakan yg diambil adalah berbeza2 antara satu sama lain.

Mami yakin bahawa Allah akan memberi ganjaran yg setimpal dengan ujian yg diberi kepada seseorang.Atas keyakinan ini kita bisa tegak kembali dan bangun dgn satu harapan ianya ada hikmah disebalik dugaan ini..apakah kita mahu segalanya Allah kurniakan ganjaran itu sewaktu hidup didunia???...pastinya alam akhirat adalah lebih bermakna...

Kita hanya akan mendapat hidayah untuk menjadi sabar dan tabah sekiranya kita bermohon untuk hidayah dari Allah...

Mami mengambil masa selama 3 tahun untuk tegap kembali menerima hakikat dengan redho bahawa kasihsayang suami hanyalah kurniaan dan pinjaman Allah untuk dikongsi bersama insan lain....segala nikmat yang Allah berikan kepada kita sebenarnya adalah jauh lebih banyak dari nilai ujian yg kita terima..insyaallah..


Tangisan yg ditunjukkan oleh seorang lelaki bukanlah menjadi pengukur untuk kita berasa selesa dgn kasihsayang suami yg Allah pinjamkan..
Kita harus bersedia dgn dugaan walaupun kita tidak tahu saatnya.Berdoalah untuk kebahagiaan keluarga sehingga kehujung nyawa...
****

No comments: