Tuesday, May 19, 2009

MY LIFE..PART 37

lets share this...

Assalamualaikum..
Semalam mami terdengar bunyi2 org menyatakan betapa sukarnya hidup bermadu....belum pun sempat redanya hilang kini bertambah lagi kepedihan yg dialami oleh sahabat mami.
Kadangkala mami terfikir..apalagi yg dicari oleh seorang suami tatkala usia mencecah 72 tahun (2009 ini)???...tatkala usia telah dimamah ,tatkala hati seharusnya tenteram dan mengadap Allah dgn hati yg seharusnya telah tenang.Barangkali dgn berkahwin ramai hatinya bertambah tenang.

Kini mami pula terkejut apabila baru saja mendapat tahu dari majikan beliau bahawa suami sahabat mami itu sebenarnya telahpun berkahwin lagi satu setahun yg lalu dgn Indonesian dan kini telahpun mempunyai seorang bayi...maksudnya bermadu tiga...

Demikianlah kalau sudah kehendak Tuhan.Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.Barangkali apakah telah reda kesedihan sahabat mami yg baru saja dikejutkan dgn berita yg suaminya memadukannya pada masa beliau berusia lebihkurang 44 tahun dahulu (kini 64 tahun)????
Semoga perkabaran ini menjadi renungan untuk kita semua dan bertambah lagi lah kasihsayang kita terhadap keluarga kita.Eratkanlah hubungan kita bersama suami juga anak2 yg kita kasihi.Insyaallah...

Telah dihantar pada: Khamis Mac 05, 2009 11:25 am
norbaha Dato' PCM
***Adoi..dah macam drama tv dah.... yang peliknya..kenapa lelaki sekarang lebih suka perempuan indon tu yer.... mungkin dari segi layanan kot...

****
....sukar untuk kita fikirkan apa sebenarnya kelebihan yg ada dimatanya..kata org kalau sudah 2 senang manjadi 3..
***
MesejTelah dihantar pada: Khamis Mac 05, 2009 3:08 pm
ladyzie50 Dato' Seri Utama PCM
Mesej: 8875

Semalam mami mendapat tahu bahawa seorang sahabat hubby di PD telahpun 'mengembangkan sayapnya'...
Beliau (60 tahun),baru saja berkahwin lagi .Kali ini seorang gadis menjadi pilihan hatinya.Semua koleksinya kini telah lengkap menjadi 4...cukup 'kota' kata org tu.
Apabila ditanya kenapa berkahwin lagi???
Maka jwb beliau...
'.....senang...dah cukup 'kota' tak payah nak fikir2 lagi.Tambahan pula ketiga2 isterinya itu merestui..'
Apa yg mami tertanya2 dlm hati ialah apakah benar2 semua isteri2 nya itu sememangnya 'redho'???

Mami pernah bertanya kepada isteri pertama beliau...sememang tak kisah ke?
Jwb beliau....'biar lah lantak apa dia nak buat janji dia kasi duit secukupnya setiap bulan.'

Isteri 1....54 tahun...9 org anak
Isteri ke 2..40an......2 org anak..........(janda)
isteri ke 3..30an.......4 org anak
dan isteri ke 4...30an..kini sedang sarat mengandung...

Menurut suaminya lagi kini beliau bebas untuk memilih untuk bermalam dimana saja memandangkan ketiga2 isterinya 'redho'...so dia memilih untuk bermalam dirumah isteri ke 4 lebih banyak dari yg lain.
Pandangan mami isterinya bukan 'redho'...tapi dah tak kuasa...sudah tidak lagi mengambil berat hal suaminya.
Apakah seorang suami suka kalau isterinya sudah tidak mengendahkan lagi hal mereka?

***

No comments: