Tuesday, May 19, 2009

MY LIFE...PART 41

..again..

Telah dihantar pada: Rabu Mei 20, 2009 1:18 pm
ladyzie50 Dato' Seri Utama PCM
***
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh..
sekian lama baru lah mami berkesempatan berkongsi di sini..
Sebenarnya terlalu banyak unt dikongsi namun tidak tegamak pula untuk menulis..
Sempena hari ibu yg telah lalu kesempatan ini mami gunakan unt mengucapkan selamat hari ibu untuk adik2 mami.

Dilema melanda diri mami sejak kebelakangan ini memandangkan tidak berapa lama lagi mami bakal menerima menantu.
Apa yg mami musykilkan di sini,apakah mami bersedia untuk menatap wajah madu mami sebagai jemputan nanti di majlis perkahwinan itu nanti?
Setakat hari ini beberapa keadaan tidak memungkinkan mami untuk menerimanya sebagai jemputan di majlis tersebut.Bunyinya mcm janggal bagi mereka2 yg tidak mengalaminya atau pun sekiranya ada diantara forumers di sini yg berhadapan dgn perkara yg sama mungkin mami kelihatan 'tidak baik' di mata semua.

Hanya sekadar meluahkan perasaan di sini sebenarnya mami tidak mampu untuk menatap wajah madu mami...
Kalaupun ada di antara forumers di sini ingin berkongsi pengalaman ibu atau ayah masing2 pada situasi mami,maka amatlah di alu2kan...sekiranya tiada maka mami sekadar berkongsi perasaan dgn adik2 di sini.Semoga dugaan yg berlaku kepada mami tiada berlaku kapada adik2 mami di sini.Insyaallah..

****
Telah dihantar pada: Jumaat Mac 06, 2009 11:30 am
xhoszaa Rakyat PCM

xhoszaa telah menulis:
mami...xhosza nak kongsi pengalaman mama saya menghadapi situasi nie...
papa mempunyai 3 org anak perempuan hasil perkongsian hidupnya dgn isteri kedua...
anak pertama dan kedua, TINGGAL BERSAMA MAMA xhosza sejak kecil lg!!!---atas permintaan papa... Rolling Eyes
tahun lepas anak sulung perempuannya melangsungkan perkahwinan, krn terlalu rapat dgn mama, dia mahukan majlis dibuat dirumah kami...saya terdiam, mama pun sama...walaupun jenuh memujuk dia membuat kenduri di rumah ibunya di KL..adik xhoszaa ttp berkeras....
sampailah hari pernikahan (mlm)..mama akhirnya bersuara..."walau apapun yg terjd atr mama n ibu ema, ibu kena jg dijemput utk majlis nie...mama xnak kmdn hari timbul masalah lain!!"
mlmnya ibu tiri dan anak2nya yg lain tiba dirumah mama, saya lihat wajah mama x menggambarkan apa2 perasaan..tenang dan senyum spt biasa (mama mmg mcm ni)..sampai ke akhir majlis...ibu tiri dan keluarganya, mama tempatkan disebuah rumah yg disewa khas utknya, memandangkan majlis bersandingnya esok..

sepanjang majlis...mama, saya lihat x byk berubah, masih tersenyum pd tetamu, menyapa mesra keluarga ibu tiri (termasuk rombongan yg dtg dr Indonesia) dan menjamu mereka termasuklah menyediakan cenderahati istimewa sblm pulang..

hm...saya xtaulah mami....mama saya mmg kuat dan susah pulak nak meneka perasaan nya..mama mmg terlalu tenang!!...tp saya yakin dlm hatinya tidak bgt...

***
tq dik krn sudi berkongsi bersama mami..
Last mami jumpa madu mami ialah 10 tahun yg lalu..apapun situasi mami mungkin tidak sama dgn mama adik.Walaubagaimanapun mami amat terharu apabila membaca nukilan ini..Mami juga tidak banyak tahu tentang dirinya ,apa yg pasti mami tidak lagi involve dalam perniagaan hubby .Maka kami mmg ditakdirkan sebegitu.Mami tidak mahu ambil tahu banyak perkara tentang dirinya kecuali hubby yg bercerita.
Mama adik sememangnya wanita yg tabah.Mami sememangnya dari awal ingin memelihara anak madu mami sejak ia dilahirkan malangnya ia tidak mendapat tempat di hati kedua2 anak mami.Tambahan pula madu mami tidak bersetuju dgn cadangan mami untuk memelihara anaknya.Barangkali tahap keimanan mami tidak sampai di situ..masih jauh di sisi Allah..

3 comments:

cintaKusayangMu said...

smoga mami tabah atas apa jua kemungkinan yg akan tiba...Allah bersama2 dgn mami...

cIk pEnNa said...

Mami,
sy pasti mami kuat hadapi nye..

mami ada blog jugak ye..
;)

ROSE KAY said...

tq adik2 mami