Tuesday, May 19, 2009

MY LIFE...PART 39

hmmmh..

Telah dihantar pada: Jumaat Mac 06, 2009 10:54 am
ladyzie50 Dato' Seri Utama PCM
Mesej: 8875
**alasan apa pun yg diberikan oleh seseorang isteri untuk bertindak terhadap dirinya maupun suaminya adalah sebenarnya untuk memuaskan perasaanya .Kita mungkin merasakan satu kepuasan apabila tidak mengizinkan suami kita berpihak kpd madu.Namun sebenarnya kita adalah punca segala masaalah yg akan timbul kemudian hari.Siapakah yg akan memberi pembalasan kpd kita kalau suami tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin untuk cuba berlaku adil???...melainkan Allah lah yg akan memberi pembalasan kepada kita.Semoga kita tidak menjadi batu penghalang kepada suami untuk berlaku adil.Tanggungjawab kita membantu suami untuk berlaku adil dgn penuh keikhlasan ,insyaallah akan dinilai oleh Allah..
***
xhoszaa telah menulis:

Suami pun banyak menasihati Ibu supaya lebih byk berdoa, mengaji dan sabar.

...saya pernah bersuara menyatakan..."biarlah Allah yg menilai kesalahan dan apa yg pernah dibuat Abah, tp sbg Kt. keluarga dia bertanggungjawab pd anak2nya..."..semenjak tue Ibu mertua agak berasa hati dgn saya... Rolling Eyes ..xpalah 1 hari nnt saya yakin Ibu akan faham niat saya.... :(

Telah dihantar pada: Jumaat Mac 06, 2009 11:10 am
ladyzie50
Dato' Seri Utama PCM
***
Sebagai menantu kita hanya boleh menunjukkan simpati kpd apa yg berlaku kepada MIL.Mami faham niat adik namun sebagai menantu adik jgn sesekali menyentuh perasaan MIL atau cuba2 menasihatinya.Ia bkn saja menambah kedukaan hatinya gara2 adik ingin 'mengajarnya' walaupun itu bkn niat adik...
Seorang MIL yg dimadukan akan terus tersentap hatinya kalau menantunya yg menegurnya atau cuba menasihatinya.Cukuplah dgn menunjukkan simpati.

Pandangan mami kalau lah mami ditempatnya,hanya anak2 mami saja yg boleh memberi pandangan atau menegur mami sekiranya ia satu teguran.Mami tidak memerlukan menantu untuk menegur mami tapi mami amat menyayangi kalau menantu mana yg selalu bertanya khabar atau menggembirakan hati mami di saat itu.Teguran akan menambah kelukaan dihatinya.Seorang ibu akan lebih dekat dihati anak2nya dari hati seorang menantu.Oleh yg demikian,anak2 lebih tepat untuk memberi teguran secara berhikmah di saat itu.Pandai2 lah adik memujuk hatinya kembali ..

***
MesejTelah dihantar pada: Jumaat Mac 06, 2009 11:30 am
xhoszaa Rakyat PCM
**
itulah yg sebenarnya saya cuba elakkan dr awal lg...xnak langsung mengecilkan hatinya, dan mmg xnak berkata apa2 ats tindakan yg dibuatnya....
tapi stp kali dia menghubungi @ menemui saya, dia selalu bertanya dan bercerita ttg keburukan dan sikap Abah dan seolah2 berbangga dgn tindakannya menghalang pemergian Abah...
saya mmg x berniat melukakan hatinya...saya tau bgmn sedihnya MIL sbb mama saya sndr mengalami nasib yg serupa, malah lebih teruk lg!!..
saya x sangka, akan bercakap mcm tue pd MIL, xder niat pun nak 'MENASIHATINYA', saya tau saya nie masih terlalu muda dlm pengalaman berumah tangga...tp saya kasihankan anak2 Abah yg lain...(saya pernah menemui mereka)...
entahlah...saya masih berbual mesra dgn MIL..tp stp kali dia bercerita ttg keluarga madunya, saya cuba utk mengelak mengeluarkan apa2 kenyataan.... Rolling Eyes ..xmahu dia berasa hati...
***
MesejTelah dihantar pada: Jumaat Mac 13, 2009 1:26 am
ladyzie50 Dato' Seri Utama PCM
**
sememangnya niat adik adalah suci,sebagai menantu memadai lah kita meminjamkan telinga dan menunjukkan rasa simpati sahaja kepadanya.
Tak salah kalau kita hanya memintanya supaya bersabar tanpa memberitahu kepadanya perbuatannya itu salah.
Jadilah pendengar yg setia kepadanya.

Sebagaimana yg mami katakan tadi,kedudukan kita sebagai menantu amatlah berbeza sekali walaupun masaalah yg serupa berlaku kepada mak kita sendiri.Hati seorang ibu lebih dekat kepada anak2nya dari kita sebagai menantu.Biarlah anaknya saja yg menegur kesilapannya atau memujuknya.Hatinya tidak akan pernah terguris kalau ditegur oleh anaknya berbanding menantu.

Mami harap sebaik2nya adik rahsiakan darinya bahawa adik telah pun bertemu dgn 'anak2 abah yg lain'.Mami percaya MIL bukanlah seorang yg kejam dan tindakannya itu adalah sementara untuk mententeramkan hatinya.Kita hanya boleh menunjukkan rasa simpati kepada 'anak2 abah yg lain',namun biarlah abah saja yg menyelesaikan masaalah yg ditimbulkan olehnya.

No comments: