Tuesday, May 19, 2009

MY LIFE...PART 38

AGAIN..

ladyzie50 telah menulis:

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya...."surah Al Baqarah:284-286.

Siapalah kita untuk mempersoalkan ujian Allah...Kadangkala timbul keadaan dimana kita hilang pertimbangan dgn bertanya kpd Allah...WHY ME???????...

Kesedihan hati yg dialami ibu mertua adik adalah sama saja spt mana2 perempuan lain yg dimadukan..Ia umpama sebuah batu yg menghempap kepala kita yg tidak mungkin kita berdaya mengangkat kepala kembali sekiranya tidak ada daya kekuatan mental dan fizikal ..

Cara penyelesaian yg diambil sebaik saja kita tahu bahawa kita telah dimadukan adalah banyak bergantung kpd kebijaksanaan seorang suami memberi perhatian kpd masaalah yg ditimbulkan olehnya..
Buat lah apa yg termampu untuk membawa kedukaan hati asalkan ianya tidak bertentangan dgn Islam...
Bawalah hati yg lara itu ketempat yg disenangi dan kembalilah kerumah sekiranya ketenangan telah ditemui keranaa syurga itu terletak atas keredhoan suami dan Allah...

Pergantungan kita ketika itu hanyalah pada Allah bukan manusia .Manusia hanya mampu melahirkan simpati tetapi Allah adalah tempat terbaik untuk kita mengadu krn semua itu datangnya dari Allah..
Berbekalkan keimanan dan hidayah yg ada dalam dada seseorang,maka tindakan yg diambil adalah berbeza2 antara satu sama lain.

Mami yakin bahawa Allah akan memberi ganjaran yg setimpal dengan ujian yg diberi kepada seseorang.Atas keyakinan ini kita bisa tegak kembali dan bangun dgn satu harapan ianya ada hikmah disebalik dugaan ini..apakah kita mahu segalanya Allah kurniakan ganjaran itu sewaktu hidup didunia???...pastinya alam akhirat adalah lebih bermakna...

Kita hanya akan mendapat hidayah untuk menjadi sabar dan tabah sekiranya kita bermohon untuk hidayah dari Allah...

Mami mengambil masa selama 3 tahun untuk tegap kembali menerima hakikat dengan redho bahawa kasihsayang suami hanyalah kurniaan dan pinjaman Allah untuk dikongsi bersama insan lain....segala nikmat yang Allah berikan kepada kita sebenarnya adalah jauh lebih banyak dari nilai ujian yg kita terima..insyaallah..

Tangisan yg ditunjukkan oleh seorang lelaki bukanlah menjadi pengukur untuk kita berasa selesa dgn kasihsayang suami yg Allah pinjamkan..
Kita harus bersedia dgn dugaan walaupun kita tidak tahu saatnya.Berdoalah untuk kebahagiaan keluarga sehingga kehujung nyawa...

***
Telah dihantar pada: Jumaat Mac 06, 2009 9:57 am
xhoszaa Rakyat PCM

***terima kasih Mami...tenang rasa hati membaca nukilan Mami nie...
Alhamdulillah..semenjak akhir2 nie...Ibu dah agak berubah, x membentak2, x menangis lagi bila bercerita...mungkin Ibu dah cuba utk terima hakikat.
Suami pun banyak menasihati Ibu supaya lebih byk berdoa, mengaji dan sabar.
Saya kurang berkomunikasi dgn Ibu akhir2 nie...krn agak kecewa dgn sikapnya yg x membenarkan Abah menemui keluarga keduanya (anak keduanya sedang sakit teruk, dan yg bongsu kini berusia 6-7 tahun sakit rindukan Abah)...saya pernah bersuara menyatakan..."biarlah Allah yg menilai kesalahan dan apa yg pernah dibuat Abah, tp sbg Kt. keluarga dia bertanggungjawab pd anak2nya..."..semenjak tue Ibu mertua agak berasa hati dgn saya... Rolling Eyes ..xpalah 1 hari nnt saya yakin Ibu akan faham niat saya.... Sad

No comments: