Tuesday, May 19, 2009

MY LIFE..part 40

terlalu banyak untuk di kongsi bersama...semoga kalian tidak jemu ..
***
Telah dihantar pada: Jumaat Mac 27, 2009 10:48 pm
ladyzie50 Dato' Seri Utama PCM

Sekadar untuk tatapan adik2 mami yg di kasihi.
Masa berlalu terasa begitu pantas.
Barangkali semakin kita di mamah usia,kita menjadi semakin redho ,lebih memberi dari menerima.

Bagi mereka yg melalui pengalaman yg sama dgn mami lalui, mami berpandangan tiada yg lebih baik melainkan menanamkan rasa syukur di hati.Namun sebagai insan biasa,sesekali akan terlintas difikiran detik2 hitam yg dilalui.Walaupun perasaan sedih itu bukan mudah untuk di hilangkan dari ingatan ,kesungguhan kita melarikan diri dari imbasan tersebut akan memberi impak yg besar dlm kehidupan.
Sebaiknya tanamkan lah di dalam hati bahawa apa yg kita inginkan itu kemungkinan akan kita perolehi di akhirat kelak.

Sungguhpun begitu mami 'salute' kepada mereka2 yg mampu menjadikan madu mereka sebagai 'adik beradik' mereka sendiri.Mampu menghadiri majlis2 tertentu bersama2 madu..apatah lagi membantu madu sewaktu mereka bersalin,menjaga madu ketika mereka sakit ..Mami masih gagal dalam bab ini..

Renungkan lah.....
***
MesejTelah dihantar pada: Khamis Apr 09, 2009 4:39 pm
mamanice43 Rakyat PCM

***Gagal bukan bermaksud kita telah kalah mami,Tuhan Maha Mengetahui.Sebagai insan biasa sememangnya kita akan diuji.Perkataan nak merasakan "redho" amatlah sukar untuk diterjemah.Namun merelakan apa yang berlaku lebih bererti dan sudah memadai kan mami.Semoga mami tabah hadapi dugaan hidup.Tuhan lebih tahu nak menilainya.
Walaupun saya tak melaluinya tapi turut merasa simpati terhadap sesiapa saja yang melaluinya.Mungkin saya tidak setabah mami atau tak mampu nak melaluinya.
Mcm jiran saya,bukan tak ramai org minat kat dia selama dia bermadu namun katanya dia masih setia dgn suaminya.Camana tu ?
***
MesejTelah dihantar pada: Sabtu Apr 11, 2009 7:09 am
ladyzie50 Dato' Seri Utama PCM


***Banyak faktor unt kita mengenepikan 'godaan2' yg mendatang.Faktor unt memulakan hidup baru bersama 'org baru' bukan lah semudah yg dijangkakan.Tambahan pula tatkala kita meniti usia emas.Mampukah mereka menerima kita seadanya?

Faktor anak juga memerlukan pertimbangan yg sewajarnya terutama kalau yg sudi menerima kita itu bukan lah duda atau bujang.
Mampukah kita melalui hari2 itu dgn baik? Apakah mereka sudi menerima kita sepenuh hati? Keluarganya pula bagaimana?
Satu faktor lain yg kemungkinan dianggap penting ialah apabila diri kita begitu 'agak mewah',anak2 pula tidak terabai malah kita bergantung sepenuhnya kepada suami kita.Kemungkinan besar rasa bersyukur lebih menjiwai kita walaupun kesedihan melanda.

Mungkin ada benarnya cinta yg datang dari oleh org lain ketika itu amatlah diperlukan.Kemewahan bukan lah segalanya.Kita memerlukan seseorang untuk merawat hati yg luka.Namun kalau kita tidak pasti apa yg kita inginkan sebenarnya maka sekali lagi menjadi titik persoalan.Apakah yg kita cari dalam hidup ini di akhir2 usia begini?
Kalaupun kita masih muda,banyak pula pertimbangan yg perlu diberi perhatian.Apakah kita juga sanggup bermadu sekali lagi? Melainkan kita ditemukan dgn seorang 'duda'.Pon begitu masih banyak pertimbangan yg sewajarnya perlu dilakukan.

No comments: