Tuesday, February 3, 2009

MY LIFE...PART..32

my new collection..
senang nak bwk air lebih2..kalau bwk handbag biasa takut tertumpah..ni kalau tertumpa air pun orait jer..
lisportsac

lets share this..

Telah dihantar pada: Jumaat Jan 23, 2009 1:08 pm
ellisha_love
Rakyat PCM
Mesej: 296
mami mmg tabah...Kalau Sha mesti tak dapat nak terima hakikat diri dimadukan...Lebih sanggup undur diri dari terus menerus disakiti.....

******
MesejTelah dihantar pada: Jumaat Jan 23, 2009 2:21 pm
DatinDew
Rakyat PCM
Mesej: 515
Nauzdubillah...
Kesiannya kat kwn Mami Ladyzie..

Dew tak terkata apa2...
Sedangkan suami berhubung dgn perempuan lain pon dah mengamuk²..inikan plak bermadu
****
MesejTelah dihantar pada: Jumaat Jan 23, 2009 2:21 pm
ladyzie50
Dato' Seri Utama PCM
Mesej: 8285
Lokasi: MY/MYAG

setabah mana hati perempuan kalau sudah tercalar amat sukar untuk dilupakan...mami dimadukan sewaktu umur mami 40 tahun diusia perkahwinan mami menjangkau 18 tahun..Banyak pertimbangan yg mami perlu ambil kira,terutama mami terlibat dlm perniagaan hubby dan memikirkan masa depan anak2 terutama perbelanjaan pembelajaran mereka .Mami tidak mampu untuk memulakan hidup baru setelah lama anak2 menikmati kehidupan yg agak mewah.Mami juga memikirkan pada usia 40 siapalah org nak ambil mami bekerja.Tidak mungkin untuk mami lupakan begitu sahaja demi mendahulukan kepentingan hidup mami dari anak2.Mami tidak mampu untuk memberi anak2 apa yg telah mereka kecapi dan kemungkinan mereka akan menyesali perbuatan mami untuk berpisah ketika itu apabila mereka telah dewasa kelak.

Tidak pernah terlintas di hati mami untuk menerima kehadiran cinta baru kalaupun ada jauh sekali untuk memikirkannya.Apa yg mami fikirkan ialah kepentingan anak2 mami.

Syukur alhamdulillah mami yakin Allah berpihak kepada mami walaupun mami memilih untuk meneruskan hidup dgn hati yg terluka ketika itu.Kini mami tidak pernah kesal dgn apa yg telah ditakdirkan kpd mami dan bersyukur ketika itu Allah memberi petunjukNya kepada mami .

Keadaan mungkin berlainan sekiranya mami dimadukan dlm usia yang muda dalam lingkungan 30 an mungkin atau 20an.Mami insyaallah mampu berdiri atas kegagalan rumahtangga mami .Mami kemungkinan mampu untuk mencari pekerjaan atau apa saja yg dapat menanggung kehidupan mami dan anak2.


****
MesejTelah dihantar pada: Jumaat Jan 23, 2009 8:23 pm
ladyzie50
Dato' Seri Utama PCM
Mesej: 8285
Lokasi: MY/MYAG

Kita tidak sepertimana yang kita fikirkan sehingga kita menerima atau berhadapan dgn ujian dari Allah.Kadangkala kita merasakan dgn kekentalan pengetahuan dan pemahaman agama yang mendalam ,kita boleh menghadapinya padahal apabila saat itu datang ternyata kita tidak mampu untuk menolaknya begitu jua sebaliknya.Hanya kita memohon keampunan dan hidayah dari Allah kerana kita tidak mampu untuk menanganinya.

Sama seperti kehidupan seorang yang terjerumus dlm lembah kehidupan yang hina.Mereka tidak pernah terfikir bahawa kehidupan mereka akan terjadi sedemikian rupa.Mereka sebenarnya dlm keadaan tidak mampu lagi untuk mempertahankan keimanan mereka disaat2 genting untuk memutuskan halatuju kehidupan mereka.Namun hanya Allah yang Maha Mengetahui akan segala yg tersembunyi disebalik dugaan ini.Kita hanya mampu berdoa dan memohon hidayah dari Allah agar kembalikan kita ke jalan yg diredhoi seandainya kita diuji sedemikian rupa.Sekurang2nya ujian poligami ini tidak seberat ujian Allah yang lain..semoga Allah lindungi kita semua dan menerima kita setelah diampuni segala dosa2 kita sebagai hambanya yg diredhoi....insyaallah..

No comments: