Tuesday, February 24, 2009

MY LIFE...PART..34

baru2 ini saya dan anak2 berkesempatan menonton teater...PGL season 3...sememangnya Tiara haru diberi pujian...

Photobucket
pgl
jom kita sambung di sini...

*****Telah dihantar pada: Rabu Feb 04, 2009 2:32 pm
mummyrock
Rakyat PCM
Mesej:30

ternyata mami seorang wanita yg tabah..

************
MesejTelah dihantar pada: Rabu Feb 04, 2009 3:01 pm
ladyzie50
Dato' Seri Utama PCM
Mesej: 8537

alhamdulillah..setakat harini Tuhan masih meminjamkan mami dgn kesabaran..

*****

MesejTelah dihantar pada: Rabu Feb 04, 2009 5:26 pm
wahida1603
Mesej: 952

tabah betul hati mami..kalau saya..sah-sah jadi kes cam abby abadi..buat apa berpura2 sedangkan hati kecewa, tak boleh nak terima..lama-lama tension sudahnya masuk wad psikiatri..si suami suka ria dapat madu baru, yg kita dok menjerit meroyan kat wad psikiatri..baik bawa hala tuju sendiri..anak2?..mcm mana pon dier tetap bapa kandung diorang, yang putus cuma hubungan ibu dan ayah mereka..btw hanya org yang betul2 kuat je boleh melalui saat nih.

*********
Telah dihantar pada: Rabu Feb 04, 2009 6:57 pm
ladyzie50
Dato' Seri Utama PCM
Mesej: 8537

nak tegelak pon ada denga luahan hati adik nih..
Mmg lah tahap cipan meroyan nya saat itew...hanya berbekalkan keimanan saja ..
lahai dik,mami masa tu dah 40 tahun umo mami...mami tak bekerja..apa yg boleh mami buat waktu itu?
Mami takde keyakinan diri unt berdikari.Kalaulah waktu itew mami masih bekerja tetap di bank..barangkali keputusan mami mmg lah mcm adik ni.
Tiada apa yg harus mami kesalkan.Sememangnya kene sabar krn mami telah memilih unt hidup bersama walaupun terluka.
Namun bertambah luka lagi kalau mami jadi mcm kwn mami.Dah lah bermadu sekian lamanya.Kwn yg dianggap adik angkat rupanya madunya.Dapat tahu akan kebenaran pun agak terlewat.Sedih hati mami bila ingat2kan nasib kwn mami.

**************
MesejTelah dihantar pada: Rabu Feb 04, 2009 7:07 pm
ladyzie50
Dato' Seri Utama PCM
Mesej: 8537

Apa yg mami bayangkan saat ini hanyalah kemampuan mami unt hadapi saat2 akhir mami kalau lah ditakdirkan hubby mami yg pergi dulu.Atau pun saat2 mami terpaksa bergilir2 dgn madu menjaga hubby yg sakit.Allah Maha Mengetahui akan kemampuan hambanya.

Samada mami atau hubby yg akan pergi dulu ,hanya Tuhan Yg Tahu.Mami selalu mengharapkan agar mami yg pergi dulu krn tak mampu rasanya unt berdepan2 dgn madu saat2 begitu.Satu hari ianya akan berlaku jua.Cuma masanya saja yg kita tak ketahui.Semoga Allah lindungi mami disaat2 getir itew.Mampukan mami melaluinya?

*******
sempat gak tengok wayang...
upin
MesejTelah dihantar pada: Isnin Feb 23, 2009 8:19 am
ladyzie50
Dato' Seri Utama PCM
Mesej: 8537

Assalamualaikum..
Semalam mami terdengar bunyi2 org menyatakan betapa sukarnya hidup bermadu....belum pun sempat redanya hilang kini bertambah lagi kepedihan yg dialami oleh sahabat mami.
Kadangkala mami terfikir..apalagi yg dicari oleh seorang suami tatkala usia mencecah 72 tahun (2009 ini)???...tatkala usia telah dimamah ,tatkala hati seharusnya tenteram dan mengadap Allah dgn hati yg seharusnya telah tenang.Barangkali dgn berkahwin ramai hatinya bertambah tenang.

Kini mami pula terkejut apabila baru saja mendapat tahu dari majikan beliau bahawa suami sahabat mami itu sebenarnya telahpun berkahwin lagi satu setahun yg lalu dgn Indonesian dan kini telahpun mempunyai seorang bayi...maksudnya bermadu tiga...

Demikianlah kalau sudah kehendak Tuhan.Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.Barangkali apakah telah reda kesedihan sahabat mami yg baru saja dikejutkan dgn berita yg suaminya memadukannya pada masa beliau berusia lebihkurang 44 tahun dahulu (kini 64 tahun)????
Semoga perkabaran ini menjadi renungan untuk kita semua dan bertambah lagi lah kasihsayang kita terhadap keluarga kita.Eratkanlah hubungan kita bersama suami juga anak2 yg kita kasihi.Insyaallah...

*********
MesejTelah dihantar pada: Selasa Feb 24, 2009 6:32 pm
ladyzie50
Dato' Seri Utama PCM
Mesej: 8537
**********8

ladyzie50 telah menulis:

***********
MesejTelah dihantar pada: Selasa Feb 24, 2009 5:58 pm
Ratu78
Dato' Seri PCM
Mesej: 4542

ermmm...tak terkomen rasanya baca citer mami ni....

**********
MesejTelah dihantar pada: Selasa Feb 24, 2009 6:32 pm
ladyzie50
Dato' Seri Utama PCM
Mesej: 8537

ni lah bak kata cik latipah..ku sangka dua rupanya tiga...

No comments: