Tuesday, February 3, 2009

MY LIFE...PART..33

one of my feberets..ikan pari bakar..
paribakar

lets continue..
Telah dihantar pada: Ahad Feb 01, 2009 8:49 am
ladyzie50
Dato' Seri Utama PCM
Mesej: 8285

Harini mami dipelawa oleh sahabat mami untuk berjumpa dgnnya..
Walau bagaimanapun mami akan cuba untuk menjadi pendengar dari menokok menambah krn mami tidak mahu mengusutkan keadaan.

Mami faham dlm keadaan yg begini beliau memerlukan seseorang untuk bercerita.Namun ketika ini sahabat hanya sebagai tempat meluahkan segala kerunsingan yg ada.Bagi org yg sewaktu dengannya citer2 yg sewaktu ini yang akan di luahkan pastinya akan mendapat tempat dihati mereka.Agak malang kalau kita bercerita kpd org yg tidak sewaktu dgn permasaalah spt ini.Walaupun pada zahirnya mereka kelihatan bersimpati namun tidak banyak yg dapat diselami atau tak mungkin kita dapat membantu buah fikiran krn kita tidak mengalaminya.

Mami berpandangan sekiranya ada diantara kita yg menghadapi ujian yg sebegini..luahkan kepada mereka yg sewaktu dgn kita yg kurang bermasaalah walaupun sewaktu.Maksud mami biarlah org yg kita ingin luahkan perasaan ini hidupnya juga agak tenang dan tidak kucar kacir..

****
MesejTelah dihantar pada: Rabu Feb 04, 2009 2:17 pm
ladyzie50
Dato' Seri Utama PCM
Mesej: 8285
Masa berlalu terlalu pantas..
Mami berkesempatan berjumpa kedua2 sahabat mami yg bermadu.Isteri pertama dan isteri kedua kwn lelaki mami tadi.

Isteri kedua mengadu bahawa sekarang beliau semakin susah unt berjumpa suaminya semenjak isteri pertama telah pon mengetahui akan kedudukannya sebagai isteri kedua.Selama ini keadaan menjadi mudah apabila isteri kedua telah pun lama mengenali antara satu sama lain (10 tahun lamanya) dgn isteri pertama.Untuk mengaburi mata isteri pertama,suaminya telah memperkenalkannya sebagai adik angkat suaminya.Mami hanya mampu untuk menyuruhnya supaya bersabar paling tidak 6 bulan lamanya.

Memandangkan beliau diterima baik oleh isteri pertama sebagai adik angkat,maka isteri kedua bebas keluar masuk rumah isteri pertama sebagai adik angkat.Terutama apabila ada kenduri kendara dan sebagainya.Malah suaminya telah pun membawa kedua2nya untuk menunaikan fardhu haji tanpa disedari oleh isteri pertama.

Isteri pertama malah membantu isteri keduanya (tanpa disedari olehnya bahawa itu madunya) untuk berubat mendapatkan zuriat.Namun nasib tidak menyebelahi isteri kedua.Kandungannya gugur.

Dalam pertemuan dgn sahabat mami (isteri pertama),mami terpaksa menahan sebak didada krn tangisan akan hanya menambah kepiluan sahabat mami.Menurut sahabat mami beliau bersyukur krn madunya tidak memunyai anak.

Mami berpandangan apapun yg kita lakukan pastinya akan mendapat perhatian dari madu.Malahan bkn semua antara kita yg sedar bahawa kita bersyukur atas kesedihan org lain.



.

No comments: