Sunday, December 13, 2009

MY LIFE...part 46

my family..
my fam
my son"s big day..
bersanding

my life..
Telah dihantar pada: Rabu Jul 08, 2009 3:15 pm
Mesej: 9287
****
**Pagi tadi mami bersama teman bermorning walk.Sahabat mami memberitahu bahawa temannya (seorang wanita pemilik syarikat pelancongan terkenal,berusia 50an) telahpun diceraikan oleh suaminya baru2 ini gara2 isteri kedua (40 tahun)yg telahpun dikahwininya selama setahun meminta suaminya membuat pilihan.
Walaupun mami tidak pernah bersua muka dgn beliau namun menyebut saja namanya yg sememang agak dikenali mami tahu beliau bukanlah calang2 org.
Apa yg berlaku kepadanya masih menjadi tandatanya kepada mami.Namun beliau ada segalanya.Anak2 lulusan luar negara ,kehidupan yg mewah masih tidak menjamin kebahagiaan yg di cari oleh seorang suami.Apalah yg diharapkan oleh seorang wanita yg sudah berusia? Apa juga yg diharapkan oleh seorang suami di hujung penghidupannya?

****
Telah dihantar pada: Selasa Jul 21, 2009 9:17 am
Mesej: 9287
******
****Suka mami berkongsi cerita ini.
Bukan mudah bagi seorang lelaki nak berterusterang hal2 berpoligami.
Baru2 ini mami bertanya kpd sahabat mami (lelaki) yg telah pun beristeri seramai 3 orang.
Isteri manakah yg lebih disayangi oleh beliau.
Jawapannya mudah....kalau lah diberi kesempatan untuk memutar semula waktu ini kebelakang maka pastinya beliau tidak akan berpoligami.Apa yg pasti tiada siapa pun dapat menggantikan tempat isteri pertama yg dilihatnya sebagai isteri yg sanggup berkorban deminya.
Demikianlah pengakuannya.Semoga ianya menjadi renungan kita bersama.Sebagai isteri pertama kemungkinan kenyataan ini sedikit sebanyak boleh membuat mereka tersenyum walau hatinya terluka.

No comments: