Sunday, December 13, 2009

MY LIFE...part 51

Majlis resepsi di Lake Club Putrajaya..17th Oct 2009
Photobucket
Photobucket
****
Lets share with me..

Topik: KONGSI PENGALAMAN BERPOLIGAMI...part 5
Telah dihantar pada: Khamis Nov 12, 2009 2:22 am
ladyzie50****Dato' Seri Utama PCM
**Alhamdulillah perkahwinan anak mami sudah pun selesai tanpa ada halangan maupun apa2 perkara yg tidak diingini berlaku.Sebagai seorang ibu perasaan gundah membayangi diri ini apakah majlis itu nanti akan berjalan lancar dan sebagainya.Beberapa bulan sebelum majlis berjalan Mami sentiasa bersembahyang hajat agar diberi perlindungan oleh Allah tanpa ada apa2 yg mengaibkan ketika majlis berjalan.
Namun dari raut wajah hubby mami dapat rasakan kekecewaan hatinya bila mami tidak mengundang madu mami ke majlis tersebut.Malahan mami berasa terkilan sedikit bila mami juga tidak boleh menjemput staf2 di main branch office gara2 tidak mengundang "boss' mereka yakni madu mami.
Mami pun tidak tergamak unt meminta maaf kpd staf2 yg selama kini bersama mami malahan mengenali mami lebih 10 tahun yg lalu krn tidak boleh menjemput mereka.
Mami juga tidak dapat membayangkan apakah alasan yg di beri oleh hubby agar tidak melukakan hati madu mami.Nyatanya selepas majlis perkahwinan tersebut mami memberi kelonggaran kepada hubby unt bersama2 dgn madu mami seberapa banyak masa dan hari sebagai mengambil hati hubby.
Mami...sekadar berkongsi pengalaman sebagai ibu juga sebagai isteri..

*****
Telah dihantar pada: Jumaat Nov 13, 2009 1:34 pm
queen nurr***Dato' Seri PCM
**yaAllah, tabahnya hati mami, semoga mami mendapat perlindungan dan mendapat tempat dalam golongan yang di redhai Allah......
****
high table
pelamin
***
Telah dihantar pada: Jumaat Nov 13, 2009 4:37 pm
nini_82**Rakyat PCM

lama tak baca kisah mamie..
saya raser mami nie cool orangnya...
*****
Telah dihantar pada: Selasa Des 08, 2009 5:32 am
ladyzie50**Dato' Seri Utama PCM
**Sebenarnya mami nih bkn lah tergolong dlm kategori org penyabar.Namun apabila telah ditimpa ujian sebegini mami perlu mencari kekuatan unt menggembirakan hati yg sememangnya hancur.Perasaan sedih masih belum terbendung hingga ke saat ini.Semakin kita dipanjat usia semakin matang fikiran.Demi kebahagiaan anak2 segala perasaan sedih itu terus terpendam sehingga melatih kita menemui kesabaran.
Pandangan mami tiada ruginya mami bersabar.Mami telah pun melihat ganjaran kesabaran ini saat ini setelah 11 tahun melaluinya.Tak lama hubby akan menyambut wedding anniversarynya yg ke 12.Semoga hubby berbahagia selamanya.Insyaallah..

*****
Telah dihantar pada: Selasa Des 08, 2009 5:38 am
ladyzie50**Dato' Seri Utama PCM
Photobucket
Photobucket

Berpoligami perlu dilalui dgn tidak menaruh perasaan dendam,irihati ,tamak apatahlagi sifat cemburu.Kita semestinya ingat bahawa kita terpaksa berkongsi kasih dgn org lain.Selama mana kita bertahan hanya Allah saja yg tahu krn jodoh pertemuan di tanganNya.
Yang penting hati kene ikhlas dan redho dgn ketentuan Tuhan .Carilah kegembiraan dgn cara yg tersendiri.Walaupun kadangkala cara itu tidak bersesuaian dgn jiwa namun kita masih ingat cara itu tidak mengganggu kebahagiaan rumahtangga madu kita.Hanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Menagasihani.

1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)