Thursday, November 27, 2008

MY LIFE...part 9

ME N MAG..4
BEST FREN EVER..


MAG 4

BELOVED FREN

Photobucket

@@@
..LUAHAN RASA..
..Harini mami turut merasa sebak bila mendapat tahu bahawa salah seorang kawan mami telah pun selamat diijabkabulkan..Sahabat mami ni yang dikenali sebagai 'F' berusia 50 tahun...seorang ibu tunggal kematian suami..beranak 6..manakala suaminye pula berusia 55 tahun....Takdir Tuhan tak siapa dapt menolaknye..Menurutnye lagi..kalau boleh dia sendiri tidak mahu untuk bermadu dan tidak pernah terfikir bahawa pada usia 50 beliau akan bertemu jodoh sekali lagi...apatah lagi untuk menjadi isteri kedua..mereka ditakdirkan bertemu empat tahun yg lalu...berjiran lagi...selorong..F mengaku bahawa hidupnye penuh kesepian..namun tidak pernah terfikir unt melukai hati wanita lain..tambahan pula mereka adalah berjiran...Sebagai sahabat hanya mami mampu berdoa agar beliau tabah mengharungi satu lagi ujian Allah iaitu berkongsi kasih dgn oranglain.Jika sebelum ini beliau menanggung ujian melayari kehidupan yg penuh kesunyian...kini beliau di uji lagi dgn ketabahan kehidupan berpoligami.
F dihadiahkan dengan sebentuk cincin berlian dgn hantaran 5,000RM..oleh suami yang tercinta...berhoneymoon di Cameron Highland..Untuk mengukuhkan lagi rasa cinta mereka..hubby F telah pun menukarkan nama secara senyap2 KWSP beliau kepada F sebaik sahaja mereke diijabkabulkan...begitulah kehendak Tuhan....
Mami faham tksiapa adik2 mami yg berani memberi komen dlm hal ini..memadailah bahawa ianye menjadi renungan bersama..

***Ternyata semua pengalaman dan kisah2 yang mami kongsi sejauh ini sangat sangat membuka mata saya. Mana yang selama ini saya tak faham dan kurang saay sedari akan hati dan perasaan orang yang ber-poligami, ternyata jalur2 kesedaran itu telah mula saya fahami kini.

***Memang perit jika hidup bermadu. Tapi.... ada sebab mengapa Allah menjadikannya untuk berlaku. Semua itu rahsia Allah. Cuma sebagai manusia....kita perlu jalani kehidupan ini semampu dan sebaik mungkin. Iye tak mami?

@@@
askm DIK IRMA...mmg itulah hakikat org bermadu...kehidupan perlu diteruskan...seperti apa yg berlaku kpd sahabat mami F tu hanya sebahagian dari asam garam kehidupan..
Bercerai kasih kerana kematian..berakhir dgn melayari hidup penuh kesunyian disamping memenuhi tanggungjwb sbagai ibu tunggal unt membesarkan anak2...sungguh perit namun tiada siapa yg menyakitkan hati kita..memerlukan semangat yg kental..
Bercerai hidup...melayari kehidupan dengan kesunyian yg tidak dizahirkan...juga meneruskan tjwb sebagai ketua rumahtangga..berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul...namun hati terus tertanya2...mampukah si dia hidup tanpa diriku atau bahagiakah si dia melayari kehidupannye tanpaku...Ada gak yg berjaya menjadi sahabat karib dgn bekas suami..itu semua berkat ketabahan hati.Namun tk kurang juga yg masih bermusuh dan memenuhi undangan mahkamah...
menyelesaikan hal2 tuntutan nafkah n harta sepencarian yg tk tentu pula menang kalahnye dlm membuat tuntutan tersebut...juga keperitan hidup menghampiri diri...struggle 4 life..

Bermadu...masih berkongsi kasih yg sama..cuma kadangkala kesepian menjelma...mklomlah..kadang2 ade..kadang tidak...ikut giliran..betapa sukarnye unt suami mengagih kasih sayangnye..beruntunglah bagi isteri2 yg mendapat kelebihan dlm bab ini...kehidupan yg mengharapkan simpati n kasih suami..Keperitan, kesedihan juga kesepian menghampiri diri..Kehidupan juga menghadapi risiko yg sama...samada kita yg menanggung perbelanjaan keluarga secara bersama bagi suami yg masih bertanggungjwb..ataupun kita saja yg menanggungnye...bebanan perbelanjaan isirumah yg sering menjadi punca perbalahan...
Walauapapun yg berlaku...sudah ketentuan Ilahi...sebagai manusia yg masih diberi hidayah iman...tempuhilah ianya dgn kesabaran..

@@@
YE DIK ..mmg sukar unt diluahkan dgn kata2..apalagi unt dikongsi dgn org yg kita tidak kenal..

@@@
Sebagai seorang isteri..kita tidak mempunyai banyak pilihan..
1.Seandainya BERCERAI MATI...
...Melayari kehidupan dgn penuh tanggungjawab berseorangan.Menerima takdir Ilahi dgn dada yg lapang..Sebagai ibu dan bapa kpd anak2..membesarkan anak2 dengan kemampuan yg ada.Menelan segala kepahitan.Menerima hakikat bahawa suaminya tidak akan kembali lagi.Tiada sesiapa yg akan menyakiti hatinya..namun menggalas bebanan yg ada secara berseorangan..Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...kadangkala perasaannye dibuai..alangkah indahnye sekiranye aku diketemukan jodoh sekali lagi...Merawat hatinya yg sunyi tanpa dizahirkan...namun ramai juga yg memilih unt bersendirian..
2.BERCERAI HIDUP
....Mempunyai pelbagai sebab musabab...taksanggup lagi berkongsi kehidupan dgn suami..telah hilang kasih dan sayang...Juga seharusnye meneruskan kehidupan berseorangan...bersama anak2..Sekiranya suami memenuhi tanggungjawab hak2 tuntutan mahkamah,beerti masih adalah kasih suami yg berbaki..Kadangkala kita tertanya2...adakah bekas suamiku berbahagia dgn sidia...masih ingin mengambil tahu kerana hati kita telah pun kosong dan menjadi sunyi dgn perlahan...Perasaannye juga mungkin dibuai rindu untuk belaian seorang suami...kalau ada jodoh tidak kemana..kalau sudah takdir dan kehendakNya..maka bertemu juga akhirnya..demikianlah hati yg sentiasa dilanda gelora...namun sekiranya tiada jodoh lagi..hati ini akan menjadi sunyi semula n perlu dirawat dgn pelbagai cara..mendekatkan diri kepada Allah adalah yg terbaik..tidak hairanlah sekiranya hati terpanggil untuk bermadu...dgn harapan kesunyian terisi keperitan kehidupan boleh dikongsi bersama suami walaupun dgn berkongsi kasih dgn org lain...namun ramai juga yg memilih untuk bersendirian..

SANGGUP BERMADU...
Walau apapun situasi ...unt yg masih bergelar isteri,maupun balu atau ibu tunggal...haruslah menerima hakikat ini sekiranya memilih unt berkongsi kasih bersama org lain.Kehidupan perlu diteruskan dgn harapan bebanan akan digalas bersama suami atau suami baru yg tercinta.,Apapun keadaannya...hati sememangnye bertambah sunyi tatakala kita mula bermadu.Sebagai isteri yg sama2 berkongsi kasih suami...kita mula mencari kedamaian hati .Kesunyian hati mula melanda tanpa mengenal usia...apatah lagi sekiranya kita mula dimamah usia,terutamanya isteri pertama....Disinilah letaknye kesabaran dan ketabahan hati.Berperang unt melawan nafsu demi menghormati nilainya seorang suami.Kadangkala kecundang lalu bangun unt memperbaiki diri.
Pelbagai beban perlu digalas bersama suami dan harus diingat kita ini berkongsi suami.Mengharungi hidup dgn tabah n sabar kerana kemungkinan kita tidak mendapat bahagian dlm menagih kasih suami.Jgn terlalu menaruh harapan unt suami memberi perhatian yg lebih kpd kita.Sebaik mungkin kita membantu suami unt berlaku adil dgn membuang jauh karenah yg tidak mungkin mendapat tempat di hati suami.Namun sekurang2nye suami berada didepan mata ...walaupun tahu bila gilirannye tiba..menanti dgn penuh setia..jauhkan lah perasaan tamak dan haloba..

***Hmm...insaf jugak nor baca statment mami nie.... Nor cuma nak berkongsi pengalaman nor ajer...

Bukan apa..satu masa dahulu..nor juga hampir2 untuk berpoligami dan bermadu... bukan nor dimadukan tetapi nor yang akan bermadu masa tu..

sebagai orang ketiga dalam sesebuah rumahtangga..ternyata.. nor jadi lebih tamak untuk meraih kasih dan perhatian dari Dia... nor bukanlah seorang gadis yang jahat masa tu..tapi disebabkan ketamakkan... nor boleh dan berani bertindak diluar batasan... Pernah juga isterinya telefon nor..meminta agar nor meinggalkan suaminya... tapi tak tahu kenapa..nor seolah2 gembira..bila isteri dia merayu pada nor...

kami decide untuk berkahwin walaupun tanpa restu.. kedua orang tua nor..membantah sekeras-kerasnya.. begittu juga dengan isteri si-Dia... tapi masa tu.. nor seolah-olah tekad untuk teruskan niat untuk menerima dia sebagai suami.... tapi mungkin tiada jodoh.... tapi apa pun..nor bersyukur sangat kerana nor tidak dijodohkan dengan dia... mungkin sekiranya nor mengikut nafsu masa tu.. pastinya hidup nor tak seperti sekarang...

apa yang nor nampak.. nor tak meletakkan kesalahan tu pada isteri nya.. setelah nor bergelar isteri..nor berfikir...sekiranya suami ku mempunyai orang lain juga..nor juga akan bertindak sedemikian... untuk mempertahankan hak kita..


sesungguhnya... Allah itu maha berkuasa.. dan nor telah pun menerima balasan dari perbuatan nor dulu...dan sememangnya begitu sakit dan perit bila diperlakukan sedemikian...

@@@
ADIKKU NOR...itulah yg dinamakan jodoh..itu jugalah yg dinamakan ujian Tuhan..semakin jauh kita cuba menghindari..semakin mendekat dia kembali..Sebagai org luar..kita hanya mampu memerhati dan mencari2 sebab musabab secara peribadi..Sekiranya suami berpoligami..sebagai isteri pertama kitalah yg menanggung segala cemohan...tak pandai melayan suami,takpandai menggoda suami,tkcukup layanan di ranjang,tkpandai itu,tkpandai ini...segala2nya dibahu kitalah terpikulnye segala kesilapan yg menyebabkan suami kita berpoligami.Namun sebagai isteri pertama ..hanya airmata menjadi teman yg setia..tiada guna lagi kata2 unt menerangkan keadaan.Kita tidak mampu unt menerangkan keadaan yg sebenar.Hanya Tuhan sajalah yg maha Mengetahui .Seandainya kita mampu mencari kesilapan suami ketika itu..setakat manakah kita boleh menahan keinginan suami ketika itu..
sehari?sebulan?setahun?....

...Kita cuba hilangkan tekanan atau bebanan masaalah dgn berkongsi masaalah bersama sahabat2 atau sesiapa yg difikirkan dpt membantu..
...Kita juga mengumpul kekuatan untuk meraih simpati org ketiga..merayu..dgn harapan dia akan berundur...namun mampukah kita menahan keinginan suami??...selama manakah keinginan yg bergelora itu dpt ditahan???5 tahun?10 tahun??? Mampukah kita menjatuhkan ego suami?..Bukan untuk melawan takdir yg kita tidak ketahui ketika itu..namun sebagai manusia biasa kita harus berusaha bertindak sebaik mungkin..

@@@
..ADIK NOR sendiri mengaku dan merasakan satu kemenangan bila isteri pertama merayu2 melalui telefon..Walaupun tidak mendapat restu dari kedua org tua ketika itu tetapi DIK NOR bertekad unt meneruskan hajatnya...Itulah sebenarnya perasaan sesiapa yg sanggup bermadu ketika itu..Cuma kalau bkn jodoh kita..maka terlepaslah kita semua dari ujian Tuhan ini...

..Mami amat memahami situasi DIK NOR waktu itu..kematangan kita berfikir ketika itu bercamporaduk dgn nafsu yg perlu dibendung.Segala rayuan isteri pertama tidak menjejaskan hasrat yg membuak2 dihati suami kita maupun bakal madu.Hasratnya tidak akan terpadam sampai bila2.Percayalah akan kata2 mami ini.Pengalaman mengajar mami untuk akur kepada takdir Ilahi bila sampai waktunya.Kita mampu merancang but Allah menentukan.
..mami berharap DIK NOR sudi berkongsi sedikit pengalaman keperitan dan balasan Tuhan yang dimaksudkan itu.Anggaplah luahan DIK NOR kelak sebagai iktibar unt direnungkan bersama..
TQ DIK NOR..

***Hmm..segan rasanya mami nor nak bercerita kat sini..tentang pengalaman yang pernah nor lalui... tapi apa yang boleh nor katakan.. memang sedih..sakit... geram.. dan...macam-macam perasaan yang tak dapat digambarkan timbul bila kita find out..yang hubby kita ada orang lain...

Walau apa pun, tuhan masih lagi sayangkan nor kerana dugaan yang diberi pada nor... tidak sehebat bekas bakal madu nor tu dulu... sedangkan masa dengan bekas bakal madu nor dulu tu.. hinggakan depan mata dia sendiri, dia nampak... suaminya menangis semahu-mahunya.. merayu pada Nor.. untuk kembali pada dia.. selepas nor dimarahi oleh isterinya..

sekurang-kurangnya nor masih lagi bernasib baik..sebab hubby nor tak ada or maybe belum ada intention untuk berkahwin dengan that gurl masa tu kerana mungkin, perhubungan itu baru sahaja bermula..Cuma yang buat ia bertambah perit dan menjadi trauma adalah kerana..waktu ia berlaku.. nor sedang sarat mengandung 7 bulan...

Kesan dia hingga ke hari nie.. walaupun cerita tu dah lama berlalu... dan hubby telah menginsafi segala perbuatannya dulu... trauma tu tetap ada.. nor jadi trauma untuk pregnant lagi even keinginan untuk ada second baby tu ada... Tapi apa pun mami..pengalaman yang pernah nor lalui tu... membuatkan nor lebih tabah..lebih kuat dan lebih berfikiran matang... sebab nor mulai sedar..yang tak semua yg kita miliki sekarang..akan terus kekal menjadi milik kita selamanya...

@@@
TQ DIK NOR...Mengalah tidak bererti kalah..namun sebelum kita dikalahkan,kita harus berusaha mempertahankan yg ada.Ada ketikanya kita tidak mampu lagi menahannya...Mami juga pernah merasa apa yg DIK NOR pernah alami...mmg terlalu pahit unt dikenang...keinginan hubby unt berkahwin lagi dapat dielak .Ketika itu kedudukan kewangan tidak begitu mengizinkan..anak2 pula masih terlalu kecil dan mami pula sudah berhenti kerja..Memang ada hikmahnya mami berhenti kerja..jika mami bekerja waktu itu maka besar kemungkinan mami sudahpun bergelar ibu tunggal .
Namun mmg sudah suratan takdir...5 tahun kemudian keinginan hubby yang terpendam sekian lama untuk berpoligami timbul semula..kali ini tkmampu lagi mami menahannya..demikianlah kehendak TUhan...

@@@
ladyzie50 telah menulis:
TQ DIK NOR...Mengalah tidak bererti kalah..namun sebelum kita dikalahkan,kita harus berusaha mempertahankan yg ada.Ada ketikanya kita tidak mampu lagi menahannya...Mami juga pernah merasa apa yg DIK NOR pernah alami...mmg terlalu pahit unt dikenang...keinginan hubby unt berkahwin lagi dapat dielak .Ketika itu kedudukan kewangan tidak begitu mengizinkan..anak2 pula masih terlalu kecil dan mami pula sudah berhenti kerja..Memang ada hikmahnya mami berhenti kerja..jika mami bekerja waktu itu maka besar kemungkinan mami sudahpun bergelar ibu tunggal .
Namun mmg sudah suratan takdir...5 tahun kemudian keinginan hubby yang terpendam sekian lama untuk berpoligami timbul semula..kali ini tkmampu lagi mami menahannya..demikianlah kehendak TUhan...


***entahlah mami...nor pun sekarang bersedia sahaja untuk sebarang kemungkinan..apa yang pasti..sekiranya niat itu timbul.. nor tetap akan memberi kata dua padanya.. pilih..antara aku dan dia....

***mami...maaf nor nak bertanya.. yang hubby mami tu... after 5 years timbul kembali niat nak berkahwin lain.. dengan perempuan yang sama atau yang berlainan mami??

@@@
YE DIK NOR...pengalaman pahit tu kita ingat dah berlalu...sebagai manusia kita ni mudah terlalai n terlupa...so we take things 4 granted..Kita menjadi lebih sibuk krn anak2 sedang membesar...memberi sepenuh perhatian kpd anak2 dgn harapan suami turut memahami masa yg kita peruntukkan itu adalah unt kebaikan bersama...demi anak2 yg ketika itu memerlukan perhatian dari kita...mana taknye...hantar mengaji,jempot balik..hantar plak tuition...attend plak mesyuarat ibubapa...cikgu panggil tengok prestasi anak2...jumpa lak cikgu kelas tanya perkembangan anak2..hantar plak untuk KOKO dia...sibuk...terlalu sibuk...belum lagi berniaga sambilan...masaalah2 lain sekiranye ade..

So,kita terlalu ingin menjadi isteri yg mithali...dgn harapan suami menghargai tanpa perasan yg hati suami semakin sunyi...tambahan plak bila anak2 dah mula masuk boarding school...so kita sibuk dihujung minggu..Kemungkinan besar kita terleka lalu terabai dgn tanggungjawab thdp hubby...so...ketika inilah kemungkinan besar dia ingatannye berpoligami dtg kembali...akhirnya..tk dpat dgn gadis yg dulu...dia pekenan plak dgn janda beranak satu..namun inilah yg dikatakan kalau jodoh tidak kemana...kalau dah retak tangan bermadu...bermadu jugalah akhirnye...

INGATAN:..jgn sesekali memberi kata dua kpd suami...PILIH AKU ATAUPUN SIDIA...jawapannya hubby akan memilih si Dia...bolehkah kita menghalang org yg sedang mabuk bercinta?????Hubby akan mencarik segala kesilapan kita dimasa lalu...so berhati2lah ye..unless mmg dah sah2 tknk lagi hidup tanpanya n kita dah boleh hidup bersendirian...Org lelaki ni egonye setinggi gunung everest...so hati2lah ye...

No comments: