Thursday, November 27, 2008

MY LIFE...part 14

I LOVE THESE TOO..
Photobucket
Photobucket
AND THIS...DADIH..
Photobucket

@@@
Terasa lama betul mami tidak berkongsi hati di sini.
Semakin lama mami mengharungi kehidupan,semakin ramai mami temui org yg jauh lebih tidak bernasib baik berbanding dgn kehidupan mami.

Kadangkala kita berasa kehidupan kita bersama suami sebaiknye di akhirkan
saja pada saat itu.Perasaan yg penuh dgn sifat2 negatif terhadap suami dan berfikiran positif terhadap kemampuan diri sendiri.

Namun sekiranya kita diberi kekuatan untuk memilih kesabaran untuk bertahan ,bererti kita memberi peluang untuk suami maupun diri kita memperbaiki keadaan.

Jika ini yg berlaku,maka Allah lah yg lebih Mengetahui akan apa yang ditakdirkan kepada kita untuk kesekian kalinya.Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar.

***selalu gak masok topik ni tapi jarang posting..
apa yang ila tau
arwah ayah mertua ada tiga isteri
menurut husband....MIL skrang ni yang ketiga...
dua ke atas tu......dah meninggal...
tapi anak2 tiri sumer baik ngan MIL
sbb MIL ila ni baik orgnya

so bg iLa poligami tu boleh
tapi kena give n take, dan timbang rasa
iLa pun tak kisah tuk husband untuk berpoligami
tapi ukur baju di badan sendiri
boleh ke idak

@@@TQ Dik Ila..mami tau ramai yg mengikuti topik ni.Tapi hanya untuk menimba sedikit pengetahuan atau pengalaman org lain.Itu lah juga sebenarnye tujuan mami untuk membuka topik ini pada dasarnye.

Ye lah adik2 semua masih mude dan usia perkahwinan masih baru,namun tak salah kalau ingin menyelami hakikat berpoligami.
Tak kiralah kita ni ditakdirkan menjadi isteri yang keberapa,namun hakikat yg perlu diterima adalah kita ni hidup bermadu(kalau lah itu sudah tersurat) dan kehidupan yg kita lalui ini sama saja dgn madu2 kita yg lain.

Memang mami akui sikap bertolak ansur perlu ada.Bila usia kita semakin meningkat,maka kita menjadi lebih dewasa dlm membuat pertimbangan.

Telling u d truth mami ni asalnye 'memang kisahlah' bab2 bermadu ni.Mana mungkin selama ini kita yg beranggapan diri kita perfect rupenyer terpaksa menerima hakikat yg kita ini masih jauh kekurangan dimata suami.Sekiranya itu yg berlaku maka di sinilah letaknye yg kisah tadi menjadi tkkisah.Terpaksa akur dgn segala kelemahan diri
seperti yg tersirat dimata suami.
@@@
KISAH BENAR.

Mami citer lah skit kisah ni semoga menjadi iktibar....
Kawan mami seorang surirumah...'A'.Anak 5 orang.Hubby bekerja sebagai pemandu teksi.A menjadi tukang jahit untuk menampong sara hidup membesarkan anak2.

Sebagai pemandu teksi..berapa je lah gaji sisuami.Namun ujian Tuhan tak siapa dapat menolaknye.Hubby A berkahwin seorang lagi.Anak A yg sulung diharapkan dapat memberi cahaya kpd kehidupan mereka krn anak sulung ini bakal bergelar jurutera.Sekali lagi A diuji dgn berita yg sungguh memilukan.Anak sulung A ditakdirkan mengidap penyakit barah dan telahpun meninggal dunia 2 tahun kemudian.A meneruskan hidupnya seperti biasa.Hubby seolah2 tidak mahu mengambil tahu hal2 nafkah maupun berkongsi kesedihan yg ditanggung oleh A.

Moral of the story..
-Kita kenelah bersedia dgn segala kemungkinan yg bakal mendatang.Kata org 'mentally prepared'.
-Hubby kita tidak seperti yg kita fikirkan.Umpamanya dlm bab ini,siapa sangka dalam usia 50an...hubby yg bekerja sebagai pemandu teksi dan beranak 5 akan berkahwin lagi...

Bersedialah dengan berbekalkan doa dengan penuh pengharapan kepada Allah bahawa kita dilindungi dengan rahmatnya...
Lama dah tak tengok bab ni...
Tetiba kwn mami (A) membawa perkhabaran ini:

Dia telah singgah ke rumah 'pengantin baru'...kawan mami (B)...
B baru sahaja bulan keempat menjadi isteri ke 2...sudah jodohnya..
B berusia 50 tahun..sebaya dengan mami.
Dari berita yg dibawa oleh A,B kelihatan bahagia sekali namun B yg selalu dikatakan cantik bergaya sudah tidak bergaya lagi macam dulu2...seolah2 macam tk kisah je diri dia...B yang sememangnye cantik ,kalau dulu2 sememangnye terserlah kecantikannya pada bila2 masa saja walau duduk rumah tidak sperti setelah kawin...

Mami mula merenungkan kembali perkataan ini.....
semoga memberi kita sebuah iktibar..

No comments: