Thursday, November 27, 2008

MY LIFE...part 10

HEPI MOTHER'S DAY MUMMY...
Photobucket

@@@
ADIK2 YG DIKASIHI..masa berjalan terlalu pantas..sehingga kita terlena seketika dgn tugasan n tanggungjawab..serta peristiwa hitam silam yg menjengah..Kadang2 persekitaran membuat kita lebih selesa.Kadang2 pula kita dihimpit dgn kesempitan kewangan.Namun kalau sudah itu juga ujian yg mendatang..adakah mampu kita menolaknya ketika itu??..Faktor umur juga membuat kita menjadi lebih dewasa.Membuat pelbagai pertimbangan dgn akal fikiran yg hampir sempurna..lalu melenyapkan segala cita2 kita untuk berdikari tatkala suami ingin berkahwin lagi.Lalu kita mendewasakan diri.Mengenepikan segala kemahuan diri dan memberi laluan untuk dimadukan.
Jika kita menghadapi situasi ini ketika itu...janganlah bersedih walaupun kepala ini terasa dihempap dgn batu yg berat...sakitnya tiada terkira..kesannya tiada kan hilang selagi nyawa dikandung badan.
Bangkitlah wahai adik2 ku sekiranya ini yg berlaku..janganlah biarkan diri kita terus teraniaya...dapatkan hak2 kita menerusi perundangan syariah yang ada.Bertanyalah kepada yang tahu.Tentunya dgn bantuan Allah unt diberi kekuatan.Waktu ini..tiada siapa yg boleh membantu kita melainkan Allah.Airmata tidak boleh melemahkan semangat suami untuk menukarkan niatnya ketika itu.Hatta sekiranya ada keluarga sendiri pun yg merayu....kalu niat sudah berkobar2..adik2 tahu akan jawapannya ketika itu.

Muhasabahlah kpd diri kita..Salah kah Allah menyampaikan niatnya unt berpoligami???..pasti dihujungnya ada satu jawapan...yg baik dimata kita...tk semestinya baik di sisi Allah...Terimalah dgn redho..walaupun detik hati tidak demikian...pujuklah hati unt menerimanya kembali..
bile baca luahan ni...terfikir jugak..
sorry ek mami...ilynn mmg takde pengalaman mcm ni...
yela...berkahwin pon belum...
tapi ilynn ade dua tiga kawan2 yg ibu mereka dimadukan...
dlm cerita ni..laki die dgn senyap2 tukar name kwsp tu kat name isteri kedua
mungkin itu diboleh kan....
tapi kalo ikut keadilan dan lain2...patut ke suami die buat mcm tu?

nak tau la dr persepsi pandangan mami mcm mane pulak...

***ilynn14 telah menulis:
ladyzie50 telah menulis:
..LUAHAN RASA..
..Harini mami turut merasa sebak bila mendapat tahu bahawa salah seorang kawan mami telah pun selamat diijabkabulkan..Sahabat mami ni yang dikenali sebagai 'F' berusia 50 tahun...seorang ibu tunggal kematian suami..beranak 6..manakala suaminye pula berusia 55 tahun....Takdir Tuhan tak siapa dapt menolaknye..Menurutnye lagi..kalau boleh dia sendiri tidak mahu untuk bermadu dan tidak pernah terfikir bahawa pada usia 50 beliau akan bertemu jodoh sekali lagi...apatah lagi untuk menjadi isteri kedua..mereka ditakdirkan bertemu empat tahun yg lalu...berjiran lagi...selorong..F mengaku bahawa hidupnye penuh kesepian..namun tidak pernah terfikir unt melukai hati wanita lain..tambahan pula mereka adalah berjiran...Sebagai sahabat hanya mami mampu berdoa agar beliau tabah mengharungi satu lagi ujian Allah iaitu berkongsi kasih dgn oranglain.Jika sebelum ini beliau menanggung ujian melayari kehidupan yg penuh kesunyian...kini beliau di uji lagi dgn ketabahan kehidupan berpoligami.
F dihadiahkan dengan sebentuk cincin berlian dgn hantaran 5,000RM..oleh suami yang tercinta...berhoneymoon di Cameron Highland..Untuk mengukuhkan lagi rasa cinta mereka..hubby F telah pun menukarkan nama secara senyap2 KWSP beliau kepada F sebaik sahaja mereke diijabkabulkan...begitulah kehendak Tuhan....
Mami faham tksiapa adik2 mami yg berani memberi komen dlm hal ini..memadailah bahawa ianye menjadi renungan bersama..


***bile baca luahan ni...terfikir jugak..
sorry ek mami...ilynn mmg takde pengalaman mcm ni...
yela...berkahwin pon belum...
tapi ilynn ade dua tiga kawan2 yg ibu mereka dimadukan...
dlm cerita ni..laki die dgn senyap2 tukar name kwsp tu kat name isteri kedua
mungkin itu diboleh kan....
tapi kalo ikut keadilan dan lain2...patut ke suami die buat mcm tu?

nak tau la dr persepsi pandangan mami mcm mane pulak...

@@@
..DIK ILYYN..berdasarkan pengalaman mami,semua tuntutan ke atas nafkah dan harta sepencarian boleh dibuat melalui prosedur mahkamah syariah sebaik sahaja suami ingin berpoligami.Segala tuntutan akan dibicarakan dan tertakluk kepada keputusan Mahkamah Syariah kelak seterusnya menentukan samada suami layak untuk berpoligami atau tidak.Segala keputusan rasmi perbicaraan yg diadakan dalam Mahkamah Syariah akan dikeluarkan melalui satu surat rasmi yg dinamakan PERINTAH MAHKAMAH yang melibatkan tuntutan nafkah dan harta sepencarian akan dikeluarkan .Satu penetapan tarikh pernikahan kemudiannya akan ditetapkan sebaik sahaja mahkamah mendapati suami kita berkelayakan unt berpoligami.Kesemua tuntutan boleh dibuat termasuk KWSP.Menerusi perbincangan dalam kamar,mami difahamkan bahawa tuntutan terhadap kWSP untuk isteri2 selain drp isteri pertama adalah berkuatkuasa dari tarikh suami berpoligami.Segala pembahagian dalam tuntutan KWSP sebelum tarikh tersebut adalah hak isteri pertama dan ahli keluarganya.Ini bermakna tuntutan KWSP selepas tarikh tersebut adalah bahagian isteri pertama termasuk isteri2 yg lain serta pewarisnya.Walaupun begitu rundingan boleh dilakukan secara muafakat antara suami serta isteri2 berhubung dengan pembahagian KWSP tersebut.Sebaliknya suami boleh membuat surat wasiat rasmi ketika masih hidup walaupun penama itu tidak semestinya isteri pertama.Besar kemungkinan perbuatan menukar nama pewaris kepada nama mana2 isteri telah dibawa kemeja rundingan..jika ini yg terjadi maka tidaklah menjadi halangan dikalangan isteri2 yg lain.Namun sekiranya perbuatan ini tidak dibawa kemeja rundingan dikhuatiri akan menimbulkan ketegangan sekiranya suami telah pun meninggal dunia ketika itu..Suami haruslah berfikir dan bertindak dengan bijaksana dalam hal ini.

@@@
..MAKLUMAT TAMBAHAN..
..Semua tuntutan nafkah dan harta sepencarian boleh dilakukan sekiranya suami bernikah mengikut prosedur berpoligami yg dikeluarkan oleh
jabatan agama dinegeri masing2 sebelum dibicarakan.Satu borang permohonan berpoligami perlu diisi dan dikemukakan ke pejabat Agama Negeri diikuti dengan penetapan tarikh perbicaraan.Biasanya isteri pertama boleh lah menyenaraikan segala tuntutan yg difikirkan perlu termasuklah pembahagian KWSP untuk dibicarakan.Mahkamah lah yg akan menentukan keputusan setiap tuntutan tersebut.Suami perlu patuh kepada setiap tuntutan mahkamah seperti yg telah diputuskan.Namun begitu rundingan hati ke hati diluar mahkamah setelah memperolehi perintah tersebut adalah berdasarkan budi bicara pasangan yg berpoligami.Sebaiknya perkara2 yg sensitif begini,khususnya pembahagian KWSP biarlah dibawa ke meja perundingan bersama isteri2..

No comments: