Thursday, November 27, 2008

MY LIFE...part 12

PARIS...
Photobucket
Photobucket

@@@
PERNAH KAH KITA RENUNGKAN...
...mami nak share lah skit apa yg sedang mami fikirkan di saat ini.
Walaupun mami sedar yg ini adalah ketentuan Tuhan namun sebagai manusia kita ni tidaklah sesempurna mana.Hairan kan??Untuk lelaki mmg sudah menjadi fitrahnya..mereka ni boleh membahagikan kasih sayangnya walaupun tk sama rata,tetapi boleh pulak di sana sayang ,di sini kasih,di situ pula cinta.Tapi bagi wanita pula susah nk mcm tu ye.Kalau dah sorang tu,sorang tu je lah sampai mati.
...Walaupun ada jejaka2 suka kat kita samada sebelum berkahwin,dalam alam berumahtangga hatta setelah penceraian.Sukarnya kita untuk memindahkan kasih kita walaupun unt sementara waktu..atau suka2...masih kita teringat2 je suami kita atau masih belum berani untuk mempersendakan kasih kita atau sekadar mengisi kesunyian yg sementara.
...Namun sebenarnye..kasih sayang dan kecenderungan hati suami terhadap isteri2 ni diluar kuasa suami..kebenaran ini diluahkan oleh Rasullullah saw..dalam sabdanya yg bermksd..
...'Ya Allah,inilah sahaja bahagian ku (dlm memberi kasihsayang) oleh itu jgnlah Engkau mengambil kira terhadapku apa yg Engkau miliki sedangkan aku tidak miliki'....
Sekiranya ini yg berlaku,kasih suami dirasakan berkurangan terhadap kita,maka terimalah ia sebagai ujian untuk menghapuskan segala dosa..

@@@
ADIK2..suka mami berkongsi lagi...
pernahkah adik2 mendengar ayat ini????
SURAH AL-BAQARAH :AYAT 216..
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ianya baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya buruk bagi kamu.Dan Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui'

...Salahkah kita menahan dan merayu suami kita dari kita dimadukan???

.. Atau

...Salahkah kita mengambil langkah2 yg difikirkan perlu ketika itu untuk
menggagalkan hasrat suami dgn pelbagai cara???

Sanggupkah kita mendengar dari orang yang tercinta menyatakan begini kpd kita???....
"Sayang..apa boleh buat...sudah takdir kita berdua.."
"Maafkan abang...tak ada apa2 pun yg kurang pada diri sayang...nasik
sudah menjadi bubur..."

Perlukah kita mengalah kepada keadaan???
Sanggupkah kita menyatakan redho dlm keterpaksaan???
Sanggupkah kita menerima perpisahan tatkala hati masih sayang kepadanya???

Sekiranya perkabaran ini mula dibisikkan ditelinga...hati akan menjadi hancur,lebur..umpama racun yg mengalir keseluruh uratsaraf sehingga mental dan fizikal menjadi terlalu lemah...Bangkitlah dgn segala saki baki kekuatan yang ada.

Berusahalah melakar takdir krn mungkin dgn menggagalkan hasrat suami unt berpoligami juga adalah satu TAKDIR...tak siapa yang tahu...

Bagaimana pula suami kita tahu yang berpoligami itu takdir untuknya???
Sebagai manusia tak siapa yg tahu akan takdirnya.Rancanglah kehidupan dgn sebaik mungkin...jgn hanya dgn menyerah pada takdir...krn takdir hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

...Berpeganglah kepada ayat AL QURAN di atas sekiranya takdir adalah sedemikian rupa sebagai ujian Tuhan kepada hambanya...Semoga kita semua diberi petunjuk..Insyaallah...

@@@
ADIK2 YG DIKASIHI..
UNTUK RENUNGAN...andai kita di uji Tuhan..

Untuk org yg berpoligami,janganlah terlalu mengharap kasih dan tumpuan suami..Memadailah sekiranya perhatian suami untuk menunaikan tanggungjawab terhadap nafkah anak2 terutamanya juga kepentingan yang lain.

Anggaplah kasih dan tumpuan yang pernah kita kecapi terdahulu hanya satu pinjaman Tuhan kpd kita..Kenalah menerima hakikat bahawa semakin meningkat usia..besar kemungkinan kita akan berhadapan dgn gelodak perasaan tidakpuashati dgn apa yg kita perolehi ,yg tidak mungkin dapat diluahkan untuk dikongsi bersama suami malah terpaksa dibendung dalam hati untuk selamanya.. Suami kita juga beransur meningkat usianya.Tak mampu untuk dia memikul tanggungjawab dgn sempurnanya dlm menangani masaalah ini..

CONTOHNYA:
Rasulullah s.a.w tidak mampu memberi hak kepada Saudah,maka Rasulullah bercadang untuk berpisah dgn Saudah.Namun Saudah dgn rela memberi hak gilirannya kepada Siti Aisyah r.a asalkan beliau (Saudah) kekal menjadi isteri Rasulullah s.a.w di Akhirat.

Ternyata selepas itu,Siti Aisyah sentiasa berada disisi Rasulullah s.a.w malah menjadi pilihan baginda setiap kali bermusafir.Ini diakui oleh baginda sendiri dalam sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:

' Tidak pernah wahyu turun ketika aku berada bersama2 isteri2 ku ,kecuali dgn Aisyah'

Ini menunjukkan bahawa Siti Aisyah memang mendapat perhatian dari Allah.Oleh yang demikian itu Allah menguji beliau dgn hebat yakni sehingga terpaksa menanggung tuduhan zina.

KESIMPULAN:
Jangan lah kita berasa irihati dgn kasih sayang yang tidak kita perolehi sekiranya ada.Ketahuilah,sekiranya kasih itu berpihak kepada kita,maka ternyatalah ujian Allah terhadap kita sememangnya hebat...Sekiranya pula kita tidak menjadi pilihan suami,anggaplah ianya sebagai satu penghapusan dosa.Bersabar akan melayakkan kita untuk mendapatkan pahala yg tidak ternilai kerana pahala sabar akan masuk ke syurga tanpa hisab.

No comments: