Thursday, November 27, 2008

MY LIFE...part 2

@@@ladyzie50 telah menulis:
DEAR EPALJELITA...mami hanya pernah berjumpa sebanyak 4 kali dlm tempoh 10 tahun....mami bknlah org yg tabah unt hidup sebumbung...mami mngkin terlpaksa mengambilkira hati anak2 mami.Ini dalah lebih baik.Kami berunding secara baik mengenai jumlah hari menikut giliran n sebagainya.Tiada sengketa so far.Mami lebih senang ambik prinsip ini....mami dgn kehidupan mami...dan Dia dgn kehidupan dia...mami hanya mendengar berita perkembangan dia dari jauh...mami dengar dari mulut hubby...mami tksuka denga dari orglain...anak2 mami kini 22th n 21 th...masih blum menerima kenyataan unt menerima adik2 tiri seramai 3 org...masing2 berumur 9 th,7 th n 5 th...2g n 1 boy....bagi mami biarlah hubby bahagia dgn kehidupan dia...mami bahagia dgn kehidupan mami...itu lebih baik...sentiasalah berfikiran positive..walau hakikatnya begitu pedih...

**waaa..bagusnye..
tingin nak share ngan mami...
nnt nina pm mami la..

@@@
DEAR NUNU...Tuhan je yang tahu apa yang terbaik unt kita...pedulikanlah kata2 org atau pandangan serong org akan kelemahan kita...yg penting kita tau siapa kita n kita ade tempat mengadu yg terbaik...iaitu Allah...mcm baguslah plak mami ni...

@@@
NINA SYGGG...mami punye YM not so gd 2day.....nanti mami download YM kat laptop mami satu lagi...leh gak lah kalu nk pm mami kat yahoo mail mami leh tengok nanti
no hal...

@@@
DIK BARYOU....adik kata mcm kenal je mami ni....mami tkisah...walau siapa pun adik....mami harap ianya menjadi iktibar bagi adik2 di sini...niat mami ikhlas....yg baik dijadikan tauladan...mami ni bknlah baik sgt...but at least...ni lah saja sumbangan mami kepada adik2 sekelian...
syhhhhhhhhhhhhh...diam2 je lah kalau pun kenai mami ni noooooooo...

@@@
ADIKKU SEKELIAN...bila mami dah baca kisah2 korang ni mami dpat rasakan yang ade kebahagiaan dihati korang2 ni...terutama bagi pasangan yang baru2 berkahwin ni,,,namun sebagai pedoman untuk para suami...terimalah isteri2 kita ni seadanya....tiada manusia yang perfect...segala kekurangan perbaikilah bersama...bukan menambah masaalah yang ada...
Bukan mudah nak berpoligami ni kalau tidak mempunyai kekuatan zahir dan batin ni...terutamanya financially mesti sound...tiptop nafkah zahir n batin ye adik2....bawang sebiji pun nak gak pakai duit...susu anak lama mesti disediakan secukupnya...sebelum timbul plak anak2 baru...begitulah perumpamaannya....
PESANAN MAMI LAGI.....oh ye adik2...yang mana dah jadi isteri ni...jgn suka merungut2 ya depan suami ni...klau tksuka pun leh tk britau elok2...kalau dia masih tetap ngn keputusan dia....ikutkanlah....lagi satu jgn main hentam je bercakap2 hal rumahtangga ngn keluarga mentua..jgn sesekali drop waterface hubby2 kita TERUTAMA depan mak mentua kita...
Semua ni akan dinilai oleh suami kita mulai dari tarikh perkahwinan kita.....
He...he....di hari pernikahan suami mami....mamilah yg menggosok baju nikah dia,elok2 kemas brg dlm beg dia unt dia berhoneymoon pas nikah...
SEDIH TAK KORANGGGGGGGGGG??......namun menitik jugak airmata dia waktu nk tinggalkan mami berseorangan.....dia kata mami terlalu baik untuk dia cuma dah suratan kita mcm ni n suroh mami bersabar...
Mmmmmh....dia je nk berhonymoon??
Mami pun pack barang.....dia lambaikan tangan dari tingkap sambil tersenyum...mami lambai gak tapi sambil menangisssssssssss.
Nak tau pi mana??....driving sorang2 pi sewa kat SRI MALAYSIA ,PORT DICKSON....hajat dihati nak bawak hati untuk seminggu....tupasal pilih hotel yg murah2 tu.....
DEMIKIANLAH ADIK2222222....nanti kita sambung yeeeeeeee

@@@
DIK NINARIZWINA.....haaaa....YM mami dah ok...bleh lah pm mami ok?...kalu nk kenal mami ngn lebih lanjut atau nk tanya yg sensored2 ni....

**apa ym mami?
saya tk leh nk pm la...ntah apa hal pcm ni..

@@@ladyzie50 telah menulis:
......namun menitik jugak airmata dia waktu nk tinggalkan mami berseorangan.....dia kata mami terlalu baik untuk dia cuma dah suratan kita mcm ni n suroh mami bersabar...

**mami...kate2 ni leh jd senjata pada si suami utk dia kawen lg...huhuhu...sedeh bila baca ayat ni...

@@@
DIK BARYOU...berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.....apa yg kita dapat katakan lagi...airmata menjadi peneman ketika itu....namun kehidupan perlu diteruskan......kesedihan tidak dpt menyelesaikan segala kekusutan.....perlu bangkit untuk terus mencari kalau2 masih ada kebahagiaan menanti..

**mami..nina ada pm mami...check pm mami ek..

@@@
nina cygggggg...mami ni skit2 je pandai IT...nanti mami cuba balas..mami dah baca but kene fahamkan isi kandungan

@@@
DIK NINA...dah dapat ke jwpn bagi soalan2...takut lom...mami ni tak biasa je guna2 tu...yang ni je paandai

@@@ladyzie50 telah menulis:
di hari pernikahan suami mami....mamilah yg menggosok baju nikah dia,elok2 kemas brg dlm beg dia unt dia berhoneymoon pas nikah...


**tabahnya hati mami...

@@@ASKM ADIK2...

SETERUSNYE TIPS ...kadang2 kita tk perasan bab ni....

1..Kenalpasti semua kegemaran suami:
...minyak wangi yg dia guna
...jenis pakaian yg dia minati
...perwatakan dia...adakah dia ni sempoi je,bergaya dll
......pergaulan suami...siapakah sahabat2 nye,kenalan rapat dll
......hobi suami
.....bertanyalah pada suami kita...apa yg dia mahu kita buat untuk dia...ok ke tak
SEKIRANYA...fakta2 tersebut di atas...lari dari norma2 biasa...mksd nye
contoh lah...dulu dia ni jenis tk suka pakai minyak wangi...tetiba je ada parfum dia beli....atau bertanyakan hal2
@@@
DIK FAZAYU...memanglah hancor hati mami waktu tu...sedih tidak terkira..menggosok pun berlenangan airmata...tapi segalanya tidak akan mengubah keadaan...mami terpaksa merelakan...PERINTAH MAHKAMAH HARUSLAH DI PATUHI...

Seminggu sebelum hubby mami berkahwin lagi....kami dibicarakan di bwh MAHKAMAH SYARIAH...mami mengemukakan 18 tuntutan mengenai hak n harta sepencarian
...APAPUN mami bersyukur...segala tuntutan mahkamah mengenai harta sepencarian berpihak kepada mami
@@@ladyzie50 telah menulis:
DIK FAZAYU...memanglah hancor hati mami waktu tu...sedih tidak terkira..menggosok pun berlenangan airmata...tapi segalanya tidak akan mengubah keadaan...mami terpaksa merelakan...PERINTAH MAHKAMAH HARUSLAH DI PATUHI...

Seminggu sebelum hubby mami berkahwin lagi....kami dibicarakan di bwh MAHKAMAH SYARIAH...mami mengemukakan 18 tuntutan mengenai hak n harta sepencarian
...APAPUN mami bersyukur...segala tuntutan mahkamah mengenai harta sepencarian berpihak kepada mami....satu surat perintah mahkamah mami perolehi....


**mami...
ni mesti kena byk bersabar & tabah kan....
@@@
DIK FAZAYU....siapalah mami kan nak banyak songel ...mengalah bkn bererti kalah
bersesuaian dgn tajuk mami...kim tempek jer..mami komen la sket... mgkin yg terjadi pd mami ker..(side 2nd wife la) dan ini lah yg amat ditakuti para isteri kan...huhuhu

Hati terpaut suami orang
MENJADI lumrah masyarakat hanya tahu bercakap tetapi tidak mahu memahami.

Setiap yang berlaku ada sebabnya dan sebahagian daripadanya adalah ujian bagi menguji ketahanan mental dan
bersesuaian dgn tajuk mami...kim tempek jer..mami komen la sket... mgkin yg terjadi pd mami ker..(side 2nd wife la) dan ini lah yg amat ditakuti para isteri kan...huhuhu

Hati terpaut suami orang
MENJADI lumrah masyarakat hanya tahu bercakap tetapi tidak mahu memahami.

Setiap yang berlaku ada sebabnya dan sebahagian daripadanya adalah ujian bagi menguji ketahanan mental dan fizikal manusia dalam mengharungi hidup.

Begitu mukadimah catatan saya minggu ini sebagai pembuka kata kepada kisah yang ingin saya paparkan, kisah seorang gadis yang kini sedang menjalin hubungan dengan suami orang.

Mendengar alasannya mungkin ramai yang mencebik tapi kata empunya diri, tepuk sebelah tangan masakan berbunyi.

Bagi memberi peluang kepada pembaca menilainya dan berkongsi pengalaman, saya catatkan kisah gadis ini yang mahu dikenali sebagai Idayu.

Idayu (bukan nama sebenar), 23, mahu masyarakat tahu bahawa tidak semua gadis yang berkawan dengan suami orang itu dianggap pengikis dan perampas.

“Saya bukan gadis yang lemah lembut dan mempunyai ciri-ciri kewanitaan seperti yang lelaki harapkan sebagai teman hidup. Sikap saya amat kasar dan tidak tahu menjaga adab sopan apabila di khalayak. Tapi sebaik bekerja di syarikat ini saya mula berubah dan punya keyakinan untuk menjadi wanita sejati,’’ katanya.

Lima bulan setelah bekerja di sebuah syarikat korporat di Petaling Jaya, kata Idayu, seorang lelaki dikenali sebagai J cuba mendekatinya.

“Pada permulaannya, J selalu datang ke syarikat saya untuk berurusan dengan pegawai atasan kami. Setiap kali dia berkunjung ke pejabat saya kami hanya berpandangan dan saling melempar senyum.

“Selama tiga bulan itu juga saya merasakan ada perubahan pada diri saya. Hati dan perasaan saya menjadi tidak keruan setiap kali terpandang wajahnya.

“Keinginan untuk berkenalan dengannya semakin hebat. Risik punya risik, saya mendapat khabar J sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

“Menariknya pula, J sering bertanya tentang saya kepada para pegawai atasan. Rupanya saya tidak bertepuk sebelah tangan, dia juga suka kepada saya dan ingin berkenalan.

“Dengan bantuan kawan-kawan, J akhirnya dapat menghubungi saya. Mulanya kami hanya mengirim mesej. Selepas itu telefon bertanya khabar. Mungkin Kak Nor bertanya kenapa saya melayannya?

“Jawapannya mudah saja. Saya sunyi sebab tidak ada kawan lelaki. Layanan dia terhadap saya membuka hati saya untuk terus berhubung dengannya,’’ tambah Idayu.

“Perkenalan itu memberi saya harapan bahawa J baik orangnya. Dia tidak mengambil kesempatan ke atas saya. Selalu dia bercerita tentang keletah anak-anaknya apabila kami berbual di telefon. Dia juga pandai menjaga hati saya, tidak menyakiti perasaan saya, walaupun saya selalu buat perangai. Dia cukup tabah dan sabar. Yang paling penting dia pandai buat saya ketawa. Saya bahagia bila dapat mendengar celotehnya. Itu kelebihan yang dimiliki J,’’ ujar Idayu berterus terang.

Namun kata Idayu, jangan salah sangka J tidak pernah memberi kemewahan, malah tidak pernah mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya.

“Kami juga tidak pernah keluar berdua. Hanya berpandangan di pejabat, telefon dan bertanya khabar,’’ jelas Idayu.

Tambah Idayu, dia ingin tegaskan bahawa bukan semua gadis muda yang berkawan dengan suami orang itu ingin mengikis.

“Seperti saya, sekadar ingin menumpang kasih. Tidak lebih daripada itu. Belum terniat untuk mengahwininya sehingga ke saat ini. Ada masa, saya rasa bersalah pada isteri dan anak-anaknya. Tetapi saya akui semakin hari hati saya semakin sayang kepadanya. Saya cuba tinggalkan dia dan cari yang lain tetapi lelaki-lelaki bujang di luar sana tidak menghargai saya.

“Mereka tipu dan cuba kikis duit saya, itu lebih menyakitkan hati. Sedangkan bersama J, dia terlalu menjaga hati saya. Dia percayakan saya, malah dia benarkan saya berkawan dengan orang lain yang sesuai untuk saya. Hubungannya itu turut diketahui oleh ibu,’’ kata Idayu.

“Saya tidak pernah berselindung apa-apa daripada ibu malah ibu juga pernah berbual dengan J menerusi telefon. Ibu juga mengatakan J seorang yang baik. Tapi ibu mana yang inginkan anak gadisnya berkawan dengan suami orang, tapi ibu nampak bahagia di mata saya apabila J menelefon mungkin sebab saya satu-satunya anak gadis ibu. Walau marah dia terpaksa telan.

“Kak Nor, saya sebenarnya serba salah. Sama ada hendak tinggalkan J atau meneruskan hubungan dengannya. Apa yang perlu saya lakukan? Saya betul-betul menyayangi dia tetapi setakat ini belum terfikir untuk berkahwin dengannya.

“Adakah saya perosak rumah tangga orang? Saya sendiri tidak tahu macam mana boleh berkawan rapat dengan J. Tolonglah saya selesaikan masalah ini Kak Nor?’’

Kalau anda diberi peluang untuk menjawab pertanyaan Idayu apa yang ingin anda katakan? Tentu kebanyakan anda akan marah dan menasihatinya supaya memutuskan hubungan dengan J.

Tapi Idayu punya alasan sendiri untuk mengekalkan hubungannya lelaki idamannya itu.

Apa pun kerana saya ada peluang memberi komen, saya ingin menasihati Idayu agar menjauhkan diri daripada J sebelum terlambat.

Kalau sehingga saat ini masih belum ada niat untuk berkahwin dengannya, kenapa tidak berundur sebelum dibuai perasaan lebih hebat.

Jika sayangkan J dan ada simpati terhadap isteri dan anak-anaknya, elakkan hubungan ini menjadi lebih serius. Saya percaya Idayu cukup bijak untuk menilai yang mana terbaik untuknya. Jika sekadar J boleh membahagiakan dirinya, saya berkeyakinan Idayu boleh mencari lelaki lain yang boleh memberinya kebahagiaan sehingga ke hujung nyawa.

Buktikan yang anda bukan pengikis dan perampas, Idayu. Jangan menganggu kebahagiaan J dan keluarganya. Ada masa kita perlu melepaskan orang yang kita sayang kembali kepada yang lebih berhak kerana mereka adalah pemiliknya yang sah.

Macam mana sayang sekalipun, hak orang tetap hak orang. Sebagai manusia diri kita ibarat cermin bagi manusia yang lainnya. Jika kita berbudi pekerti baik, maka orang lain akan berlaku serupa kepada kita di mana raga akan tenang dan hati akan damai.

Kepada Idayu berfikirlah dengan waras. Saya tidak nafikan mungkin anda telah mula menyayangi dan mencintai J tapi tidak mahu mengaku. Risiko yang bakal dihadapi juga perlu diambil kira.

Menutup kata, sekadar pesanan: Nikmati hari-hari indah yang hanya akan singgah cuma sekali dalam hidup kita. Seiring dengannya, carilah sesuatu yang dapat mencegah berlakunya penderitaan sebelum penderitaan itu datang singgah dalam hidup kita.

- NORMALA HAMZAH

kaknor@utusan.com.my


@@@
DEAR BAIZURA KIM.....

Kesunyian yang datang bertandang tidak pernah mengenal siapa,usia atau dimana saja anda berada.Malahan cinta hadir dalam diri sebagai sebuah dermaga yang sentiasa menanti pedagang datang berlabuh ....Cinta hanya berlalu sekiranya ia tidak dibelai atau dipupuk.

Sebagai seorang wanita akan sampai ketikanya berlabuh perasaan ingin menyintai dan dicintai.Jatuh cinta dan aku tidak dapat menolaknya adalah perkataan yg sesuai bagi gadis ini.Namun si gadis belum mahu membuat perhitungan diri untuk melepaskan J yang diketahuinya adalah suami orang.

@@@
RENUNGAN PARA ISTERI

Perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh.Kita perlu terus berjuang untuk mempertahankan sebuah perkahwinan yang pastinya berlandaskan kasih sayang yang mendalam .Tambahan pula kita sudah pun dikurniakan Allah anak sebagai satu amanah. Sebagai seorang isteri pastinya inginkan jodoh yang berpanjangan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.Tidak hairanlah sekiranya ada yang sanggup berkorban dengan pelbagai alasan demi menjaga erti sebuah kebahagiaan....

DEMI ANAK-ANAK.....ini adalah alasan kukuh yang memerlukan pengorbanan seorang isteri.Biar derita dan kepedihan melanda diri...namun tidak sanggup untuk berpisah dengan suami yang tercinta...Disinilah letaknya kehidupan bermadu.

DEMI MARUAH....ini adalah alasan kukuh bagi seseorang yang mempunyai kekuatan diri maupun kedudukan kewangan yang agak baik.Maka memilih untuk membawa kehidupan dengan harapan menemui cinta sejati maupun berkeupayaan untuk membina kehidupan dengan baik.Penceraian adalah jalan yang difikirkan terbaik ketika itu.

Namun,sebagai seorang gadis apapun pilihan dan alasan ketika itu,sebagai seorang wanita yang ingin berkongsi kasih bersama orang lain perlulah mempertimbangkan dan menilai kemampuan diri.Ia bukan sekadar tumpang sekejap tetapi menumpang sehingga ke akhir hayat.Tuhan akan menduga setiap saat kehidupannya sebagai penumpang kasih tersebut.Disinilah letaknya apa yang dikatakan suratan atau kebetulan.Apakah benar dirinya sebagai penumpang kasih orang atau sebaliknya.Memang benar tiada siapa yang dapat menolak takdir.Namun sebagai manusia rancanglah kehidupan sebaik mungkin agar tidak menjejaskan kebahagiaan orang lain.Sekiranya kehadirannya dapat diterima dengan baik....anggaplah ianya satu BONOS....anugerah Tuhan
kepadanya.Namun tidak mustahil kehidupan yang dipilih kadangkala umpama menanam duri dalam dagingnya sendiri...janganlah disalahkan takdir...kerana ia mempunyai pilihan ketika itu.Kalaulah sudah berusaha sedaya upaya untuk menolaknya namun terpaksa juga bersama J...inilah yang dikatakan jodoh.

Lapangkanlah minda wahai gadis...ada benarnya pepatah mengatakan jangan bermain api...kelak terbakar diri sendiri..Namun tidak kurang pula yang sanggup menjadi lilin yang sanggup membakar diri sendiri untuk menerangi kehidupan oranglain.Kitalah yang merancang kehidupan.Allah lah yang menentukan.Bermunajatlah kepada Allah semoga diberi petunjuk
agar tidak tersilap langkah...

No comments: