Thursday, November 27, 2008

MY LIFE...part 13

I LOVE THIS...
Photobucket
AND THIS..TEMPE GORENG..
Photobucket

@@@
MENYELAMI PERASAAN ISTERI YG BERPOLIGAMI

PERASAAN MENJADI LEBIH SENSITIF
Kebanyakan isteri yg berpoligami perasaannya akan menjadi lebih sensitif.Memendam kesedihan sekiranye ada.Meluahkan kegembiraan dgn tenang.Perasaannya lebih tertumpu kpd rumahtangganya.Boleh dikatakan hampir keseluruhan kasih dan sayangnya dicurahkan sepenuhati kepada anak2nya.Sisa2 yg masih ada ditinggalkan untuk suaminya yg masih dicintai.

Jiwanya akan menjadi lebih sensitif mengenang kelemahan diri walaupun ianya tidak dizahirkan.Kesunyian akan datang menerjah hatinya.Bertarung untuk mempertahankan iman yg sedia ada.Imannya akan memujuk nafsu jahatnya sekiranya ada.Bermujahadah dlm menundukkan kekuatan nafsu dan pujukan syaitan.Kadangkala ianya kecundang dan kadangkala ia mencapai kemenangan.Imannya akan membawanya kembali kepangkal jalan. Itulah hakikatnya kehidupannya ketika itu.

***...saya tkde pengalaman dalam bab poligami tetapi saya turut bersimpati dgn kawan2 saya yg berpoligami.Setelah membaca semua coretan mami,sungguh menginsafkan saya.Saya bersyukur sangat2 dgn suami yg masih ada disisi saya.Kalau terjadi kpd saya,mungkin saya tidak setabah mami.
Semua coretan mami memberi pengetahuan yg berguna.Bukan mudah org
yg mahu berkongsi secara telus bab2 poligami.Masa usia perkahwinan masih baru semuanya indah.Tapi kita tk tahu samada Tuhan akan menduga kita ke tidak.Tambahan pula saya ni dah 40an.
Saja nak tanya mami,harap mami ikhlas menjawabnya.Kalau mami kata org yg berpoligami ni sunyi,orang yg tidak berpoligami pon sunyi.Bezanye org yg yg tidak berpoligami ni tk lah sesunyi mana sebab masih ada suami teman setiap malam.Kalau yg berpoligami ni macamana ye mami???
Saya turut bersimpati.

@@@
Menung mami nak menjawab soalan adik ini krn sukar untuk membuat ungkapan ,memilih perkataan unt menjelaskan keadaan.
Ada kebenarannye apa yg manice katakan itu.Walau sesunyi mana pun hati org yg tidak berpoligami namun sunyi lagi hati org yg berpoligami.Malam2 yg mereka lalui tidaklah seindah mana krn tiada suami disisinya unt bermanja.Kurang mendapat belaian dan lain2 lagi.

Suami menjadi sibuk.Banyak yg perlu difikirkan.Kadangkala rumah hanya menjadi tempat berehat oleh si suami.Perkara yg lebih penting baginya adalah membahagikan masa unt semua keluarganya.Bayangkan kalau suami beristeri 4.Hanya beberapa mlm sahaja yg dapat diperolehi dan dikongsi bersama isteri2 yg lain.

Sabar maupun tidak bukan menjadi persoalan ketika itu.Kehidupan perlu diteruskan.Banyak lagi perkara yg lain perlu dipertimbangkan.ini membuatkan kita yg dahulunya tidak sabar menjadi lebih sabar.

Poligami juga dgn sendirinya melatih kita menjadi org yg lebih bersyukur kalau dahulunya hanya bersyukur.Bersyukur kpd Tuhan yg walaupun suami kita tidak balik ke rumah tapi sekurang2nya kita tahu yg dia masih wujud..menghargai kewujudannye , berbanding kalau suami kita di ambil Tuhan buat selama2nya.Ini menimbulkan keinsafan sekaligus menjadi orang yg kelihatan lebih tabah.

Walaupun apa yg terjadi,hakikatnya kita tidak boleh mengelak hati dari di singgah kesunyian.Pandai2lah merawat hati yg sunyi.Sebagai insan kita masih lagi diuji Tuhan.Kembalilah kepangkal jalan sekiranya kita tersilap langkah.Tuhan Maha Pengampun lagi Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

No comments: