Thursday, November 27, 2008

MY LIFE...part 11

MY HOBBY...travelling
AMSTERDAM...
Photobucket
Photobucket
Photobucket

***saya seorang lelaki dan saya akan bagi pandangan peribadi saya
saya harap mendapat respon dari mami dan tuan2 puan semua

PERTAMA
saya ingin bercerita dalam mengaitkan topik supaya ade gambaran .

dan saya harap dibalas

CERITA MULA.

Cube kite tengok kesah cerita awal dua pasang dipanggil manusia
ADAM dan HAWA

ketika adam dijadikan dan keseorangan maka dia bertanya pada Tuhan bagaimana dia merasai kesunyian

lalu Tuhan membalas Dia akan cipta seorang insan sebiji adam
untuk dijadikan teman kesunyian
tul

dengan kebijaksanaan Tuhan

Insan yang di jadikan rupa2nya bukan yang dibuat sebagaimana adam dibuat
iaiatu dari seketul tanah
tetapi
dari tulang rusuk kiri adam sendiri
cube fikirkan
kenapa


saya sambung episod berikut

harap balas soalan saya
lepas tu saya akan sambung dan ulas
ok ye
semuga ceria
bye

@@@
..TQ kerana sudi melayari laman mami..Sepanjang mami berforum..inilah pertamakali mami mendapat respon dari seorang lelaki.Mami mengalu2kan setiap pandangan.Insyaallah..mami cuba mencari jawapannya untuk menjadi tatapan bersama:

MAKSUD KATA-KATA ; WANITA DIJADIKAN DARIPADA TULANG RUSUK

Daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah S.A.W katanya, “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, ia tidak menyakiti jirannya. Berilah wasiat yang baik kepada perempuan, sesungguhnya mereka dijadikan daripada tulang-tulang rusuk, dan sesungguhnya yang bengkok daripada tulang rusuk itu ialah bahagian atasnya. Jika engkau meluruskannya pasti engkau memecahkannya (mematahkannya), jika engkau biarkan, ia akan terus bengkok. Oleh itu berilah wasiat yang baik kepada perempuan. ” - Riwayat Bukhari.

Beriman kepada Allah dan hari kemudian adalah menjadi ukuran dan asas yang pertama bagi seseorang melaksanakan segala kehendak Islam bagi diri sendiri dan bagi masyarakatnya. Sejauh mana kukuh imannya maka sejauh itu pulalah kesanggupannya menjalankan perintah dan menghentikan segala larangan. Seseorang belum dianggap sebagai benar- benar beriman selama perbuatan dan kelakuannya tidak mencerminkan perbuatan clan kelakuan seorang yang beriman. Dalam hadis ini dinyatakan bahawa di antara tanda-tanda orang yang sempurna iman ialah tidak menyakiti jiran.
Menyakiti orang boleh berlaku dalam berbagai-bagai cara; mengata- ngata, mengintai- ngintai, menghalang jalan ke rumahnya, membuang kotoran ke kawasan rumahnya, membuat bising, bermain di kawasan rumahnya tanpa mendapat keizinan dan lain-lain. Tegasnya, melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kerosakan kepada harta benda dan perasaan, nama baik atau lain- lain yang termasuk dalam erti kata menyakiti orang. Ada tiga jenis orang mengikut maksud sebuah hadis Rasulullah.
Yang Pertama,
Orang yang mempunyai satu hak, iaitu jiran yang bukan Islam.
Kedua,
jiran yang mempunyai dua hak iaitu jiran sesama Islam.
Ketiga,
Orang yang mempunyai tiga hak, iaitu Orang yang punya ikatan kekeluargaan. Jiran yang terakhir ini mempunyai hak-hak Orang, hak Islamdan hak kerabat (keluarga).

Apakah hak- hak Orang yang mesti dijaga dan dihormati? Mengikut sabda junjungan yang diriwayatkan oleh At Tabrani dari Muaz bin Jabal, “Jika ia minta berhutang berilah ia, jika ia meminta pinjam, pinjamkaniah ia,jika ia berhajat sesuatu sampaikanlah hajatnya, jika ia kesempitan ringankanlah, jika ia mendapat kebajikan dan bernasib baik, ucapkanlah tahniah, jika ia mendapat bencana dan kemalangan berilah simpati dan takziah dan jika ia meninggal, iringilah jenazahnya. Jangan kamu membina rumah lebih tinggi daripada rumahnya sehingga menghalang udara masuk kecuali dengan izinnya, dan janganlah bau makanan kamu tercium ke hidungnya, kecuali jika kamu berikan kepadanya sedikit. Jika kamu membeli buah-buahan, hadiahkanlah sedikit kepadanya, atau jika kamu tidak mahu memberinya, bawalah masuk ke rumah kamu senyap- senyap dan jangan dibiarkan anak- anak kamu keluar mempamerkan buah- buah itu sehingga menimbulkan rasa marah dan sakit hati anak jiran kamu.”
Maksud wanita dijadikan daripada tulang rusuk ialah untuk menunjukkan kepada tabiat perempuan yang mudah menerima kejahatan dan mudah bengkok seperti tulang dijadikan daripada tulang rusuk Adam, sedang perempuan- perempuan yang lain adalah dijadikan melalui proses hidup yang sama seperti kejadian kaum lelaki. Dengan itu hadis ini mengarahkan supaya hendaklah diberi pimpinan, nasihat dan ajaran- ajaran yang baik kepada semua perempuan dan isteri-isteri. Mengikut sebuah hadis lain, Rasulullah menyatakan, ” Wanita seperti tulang rusuk, jika engkau luruskan dengan kekerasan ia akan patah,dan jika engkau berseronok dengannya tanpa memperbaikinya, maka engkau berseronok dalam keadaan ia sentiasa bengkok.”
...insyaallah...semoga En.jfauzig sudi berkongsi pandangan bersama2 kami di forum ini dimasa akan datang.

***tumpang lalu ye mami...

en.jfauzig, TQ sudi join bab2 ni (wakil mami ye), hope mami xmarah sy tolong wakilkan tanpe minta kbnrn dr mami dulu...cuma nk minta pandangan ikhlas en.jfauzig sbagai lelaki bab berpoligami ni...
.TQ dik yammi..lain org lain pandangannye.Mami nak juga tau pandangan ni dari En Fauzi..ye lah selain daripada ketentuan Ilahi..benarkah naluri seorang lelaki itu begitu kalau diberi peluang dan berkemampuan?..harap En Fauzi sudi memberi pandangan...

***takde yang komen ke

asal usul kesunyian lelaki mengikut cerita adam
hanya hawa seorang sahaja yang Tuhan jadikan untuk memenuhi kesunyian adam
bermakna hanya satu isteri
tapi napa Tuhan jadikan hawa sorang bukan dua
bukan 3
dan bukan 4

jadi asal usul datuk kite lelaki ni nak sorang je isteri
tetapi sampai satu masa nabi telah menunjukkan kenapa ada lebih satu isteri
cube fikir
harap balas komen ni

@@@
..EN FAUZI...dah lihat ke ms 4..petikan hadis...

***harap balas komen ni

@@@
Secara ringkasnya,Mami ingin menjawab soalan En Fauzie dengan memetik pandangan dan ulasan kertas kerja yang dibentangkan oleh seorang ulamak Sheikh Muhamad Abduh berhubung soal ini.
KEPERLUAN PERKAHWINAN
Berdasarkan sebuah hadith Rasulullah bersabda yang artinya : “Hai pemuda-pemuda, barang siapa di antara kamu yang mampu serta berkeinginan hendak menikah, hendaklah dia menikah. Karena sesungguhnya pernikahan itu dapat merundukkan pandangan mata terhadap orang yang tidak halal dilihatnya, dan akan memeliharanya dari godaan syahwat. Dan barang siapa yang tidak mampu menikah, hendaklah dia puasa, karena dengan puasa hawa nafsunya terhadap perempuan akan berkurang.”
POLIGAMI adalah perkawinan antara seseorang dengan dua orang atau lebih. Namun, cenderung diartikan perkawinan seorang suami dengan dua istri atau lebih.
Dalil Al quran:
Allah SWT. Berfirman di dalam Al-Qur'an sebagai berikut : Nikahilah oleh kamu wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua, tiga, atau empat. Akan tetapi jika kamu kuatir tidak akan dapat berlaku adil, maka nikahilah seorang saja atau nikahilah budak-budak yang kamu miliki. Hal itu adalah lebih baik pada sikap tidak berbuat aniaya.

Sebenarnya poligami sudah lahir jauh sebelum zaman kedatangan agama Islam di tahun Masehi 610.Dalam kitab orang Yahudi perjanjian lama, Daud disebutkan memiliki 300 orang isteri.Mekanisme poligami yang diterapkan Rasulullah merupakan strategi untuk meningkatkan kedudukan perempuan dalam tradisi masyarakat Arab pada abad ke-7 Masehi. Saat itu, nilai sosial seorang perempuan dan janda sedemikian rendah sehingga seorang laki-laki dapat beristri sebanyak mereka suka.Ketika Rasulullah melihat sebagian sahabat telah menikahi 8 hingga 10 sepuluh perempuan, mereka diminta menceraikan dan memilki hanya empat isteri.
DALIL HADITH:
Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah bersabda, "Pilihlah 4 orang dari mereka dan ceraikan bakinya. Dan, inilah pernyataan batasan terhadap poligami yang awalnya tanpa batas sama sekali.
Rasulullah lebih banyak menekankan prinsip keadilan berpoligami.
DALIL HADITH:Dari Abu Hurairah r.a ,Rasulullah pernah bersabda yang artinya : "barangsiapa yang mempunyai dua orang istri , lalu ia bersikap condong kepada salah satu di antara mereka, niscaya ia akan datang pada hari kiamat nanti sambil menyeret sebelah bahunya dalam keadaan terputus atau condong".

Rasulullah marah besar ketika mendengar putri beliau, Fathimah binti Muhammad SAW, akan dipoligami Ali bin Abi Thalib RA. Ketika mendengar rencana itu, Rasulullah pun langsung masuk ke masjid dan naik mimbar, lalu berseru: "Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al-Mughirah meminta izin kepadaku untuk mengawinkan putri mereka dengan Ali bin Abi Thalib. Ketahuilah, aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan, kecuali Ali bin Abi Thalib menceraikan putriku, kupersilahkan mengawini putri mereka. Ketahuilah, putriku itu bagian dariku; apa yang mengganggu perasaannya adalah menggangguku juga, apa yang menyakiti hatinya adalah menyakiti hatiku juga."
Jika pernyataan Rasulullah ini dijadikan dasar, maka bisa dipastikan yang sunah justru adalah tidak mempraktikkan poligami karena itu yang tidak dikehendaki Rasulullah. Dan, Ali bin Abi Thalib RA sendiri tidak berpoligami sehingga Fathimah RA meninggal.
Rasulullah sendiri nyatanya, sepanjang hayat beliau, lebih lama bermonogami daripada berpoligami. Rumah tangga Rasulullah bersama istri tunggalnya, Khadijah binti Khuwalid RA, berlangsung selama 28 tahun. Baru kemudian, dua tahun sepeninggal Khadijah, Rasulullah berpoligami. Itu pun dijalani hanya 8 tahun sebelum beliau wafat.Mengapa Nabi tidak melakukannya sejak pertama kali berumah tangga?

Poligami benarkan secara syar’i dalam keadaan darurat sosial, seperti perang, dengan syarat tidak menimbulkan kerusakan dan kezaliman.Ia adalah perkara yg diharuskan berlandaskan prinsip-prinsip dasar syariah, yaitu keadilan, membawa kemaslahatan dan tidak mendatangkan mudarat atau kerusakan (mafsadah).
Anehnya, ayat tersebut (Surat Nisa 3) menjadi "hak penuh" laki-laki untuk berpoligami. Dalih mereka, perbuatan itu untuk mengikuti sunah Nabi Muhammad SAW. Kaum muslimin juga harus diingatkan bahwa poligami telah dibolehkan oleh syariat. Jika Al-Qur’an telah menyebut kebolehannya, berarti perbuatan semacam ini dipandang sebagai tindakan yang terpuji.Islam tidak menjadikan poligami sebagai sebuah kewajiban atau hal yang disunnahkan bagi muslim, tetapi hanya menjadikannya sebagai sesuatu yang mubah, yakni boleh dilakukan jika memang perlu oleh mereka.

Semoga En Fauzie berkongsi pandangan lagi dlm bab ini.

No comments: